TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Dec 2020

Memori Aku dan Hantu di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati Bahagian 1

Assalam wbt dan Hi,

Sebelum aku nyanyuk dan hilang ingatan, aku nak menulis memori aku di sini. Kalau tidak, apa gunanya ada blog. Tak gitu? So hari ini aku nak bercerita tentang memori aku dan hantu. Aku dulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati Seri Medan, Batu Pahat Johor sekitar tahun 1990-an. 

Gambar ehsan google sahaja sebab aku tak jumpa gambar tiada orang. Yang dalam gambar ini bukan aku ya. Hahahahaha. 


Aku dulu "terusan". Hah korang ingat Terusan Wan Mat Saman aje kan. Sebenarnya istilah terusan ini adalah di mana, kita daripada sekolah kebangsaan ke sekolah agama, hanya tinggal di sekolah dan tidak balik rumah. Oleh sebab ruang waktu antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah pendek, jadi aku memilih untuk tidak pulang ke rumah kerana rumah aku jauh dan aku menunggang basikal. 

Sesi sekolah kebangsaan habis pada pukul 12:30 tengah hari pada hari biasa dan pukul 12:50 tengah hari pada hari Isnin. Aku tidak ingat hari itu hari apa. Yang aku ingat, aku berumur 9 tahun dan masih bersekolah Darjah 3 di sekolah kebangsaan dan darjah 2 di sekolah agama. Sistem di Johor dulu begitu, waktu darjah 1 di sekolah kebangsaan, kau baru fardhu ain (kelas persediaan). Jika kini, darjah 1 di sekolah kebangsaan bererti kau darjah 1 di sekolah agama. Okay berbalik kepada cerita aku, seperti biasa aku terusan. Kawan terusan aku sentiasa bertukar ganti ya sebab mereka semua ini anak orang ada-ada yang mak atau abah diorang boleh hantar dan ambil sesuka hati. Macam aku, aku memang anak orang susah jadi nak beli duit minyak motor pun berkira-kira. 

Kemudian, selepas aku makan bekal yang mak aku bawakan pagi tadi. Jap, aku nak cerita tentang bekal terusan. Setiap pagi, mak aku akan membekalkan aku sebungkus nasi, telur mata dan bubuh kicap setiap hari sebagai makanan sementara nak masuk kelas sekolah agama. Setiap hari ya tanpa jemu dan merungut. Baik betul aku. Hehe. Okay, lepas selesai makan bekal, aku pun buat kerja gila dengan kawan aku. Nama dia Nurita Warikun. Hari itu, Nurita terusan sebab apa aku tak ingat, selalunya Nurita balik rumah. Apabila geng nakal ada bersama, macam-macam perkara nakal dirancang. Salah satunya adalah main hide and seek. Eh bukan nak sembunyi apa, sembunyi daripada kawan kami yang sedang menjamu selera. Konon-kononnya biar mereka risau dan menggelabah dengan kehilangan kami. (perangai budak-budak).


aku lukis gambar layout SKSS tahun 1990-an mengikut memori aku. Memori aku yang akan aku kongsikan di lain hari akan berkait dengan layout ini juga. Hehe


Kalau korang memang bekas murid Sekolah Kebangsaan Seri Sejati (SKSS), korang boleh bayangkan di mana tempatnya. Yang nak bayangkan, boleh merujuk kepada gambar layout aku ya. Hehe.  Dulu-dulu, SKSS ada taman mini di antara makmal sains dan pusat sumber sekolah.  Kami berlari di bahagian kaki lima belakang ya. Jadi kejadiannya di situ. Memang ramai orang kata sekolah kami agak "keras" tetapi aku dan Nurita langsung tidak peduli. Jadi, kami lari ke arah situ kerana boleh confirm seratus peratus yang kawan-kawan kami tak akan jumpa. Semasa kami sedang berlari, tiba-tiba kami terasa ada orang mengikut kami di belakang. Jadi kami pun menoleh ke belakang.

"Eh Jiha. Kenapa kau kat sini? Jom lah cepat, nanti diorang nampak", kata kami kepada Jiha.

Jiha tidak bergerak, terpaku di situ sahaja. Kemudian, aku hilang sabar sedikit, aku pergi ke arah Jiha dan ingin menarik tangannya. Otakku ligat dan tiba-tiba aku tidak jadi pegang dia dan kembali ke Nurita. Aku dan Nurita toleh ke hadapan serentak. Apabila kami toleh ke belakang, jasad Jiha sudah tidak kelihatan! OMG! Tapi kami budak lagi masa itu, masih berfikiran khusnuzon. Haha. Aku dan Nurita cepat-cepat lari dan mencari di mana Jiha. Yelah risau kot lah dia terjatuh ke apa ke. Dari jauh, kami nampak pintu darjah 1 dibuka, kami lari ke arah kelas tersebut. Jiha tiada di situ. 

Di kejauhan lagi, aku dan Nurita nampak kelibat Jiha dari luar pagar. Kami jerit dari jauh. 

"Jiha, kau pergi belakang ke tadi?" 

Jiha jawab, "Mana ada. Aku memang ada di kedai sejak tadi. Kalau tak percaya tanya dengan Lek Dowi". (Lek Dowi, pemilik kedai dekat area SKSS). 

Aku dan Nurita pandang sesama sendiri, terus lari keluar dari SKSS. Sejak itu aku tak pernah langsung main Hide and Seek! Never ever! Hahahahaa. Itulah nakal lagi. Sebenarnya ada banyak lagi memori, nantilah aku tulis satu per satu. Mungkin cerita aku boleh jadi senario untuk seseorang di luar sana nak tulis buku ke apa. Haha, untung-untung dapat pahala percuma. Okay sekian terima kasih. 

No comments: