TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

9 Nov 2020

Apakah itu Ketinggian Perlembagaan?

Assalam wbt dan Hai,

Baiklah hari ini saya kongsikan tentang Perlembagaan.

Gambar ehsan google

Apakah Yang dimaksudkan Ketinggian Perlembagaan

1.Raja tertakluk kepada perlembagaan

2.Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara

3.Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya

4.Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang didapati bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan


3 Senarai dalam Perlembagaan

1.Senarai Persekutuan (tugas-tugas Parlimen)

2.Senarai Negeri (tugas-tugas DUN)

3.Senarai Bersama (sama-sama)


Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Senarai Persekutuan berikut:-

1.Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.

2.Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan

3.Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen.

4.Undang-undang dan kehakiman/keadilan: 

5.Awam Sivil dan Jenayah.

6.Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara.

7.Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam

8.Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan Negara.

9.Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE

10.Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan.

11.Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan.

12.Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility.

13.Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan Teknik

14.Pelajaran: Pelajaran Persekutuan.

15.Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan.

16.Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh.

17.Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri

18.Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan

19.Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

20.Pelancongan: Kementerian Pelancongan

21.Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.


Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama:-

1.Kebajikan Masyarakat

2.Biasiswa

3.Ternakan

4.Perlindungan binatang dan burung liar.

5.Perancangan Bandar dan kampung.

6.Pemaritan dan pengairan

7.Pemulihan tanah perlombongan

8.Pemulihan tanah perlombongan.

9.Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar.

10.Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit.

11.Perumahan.

12.Kebudayaan dan sukan.


Pembahagian Kuasa Perundangan berasaskan Senarai Negeri:-

1.Hal ehwal agama Islam

2.Tanah

3.Pertanian dan Perhutanan

4.Kerajaan Tempatan

5.Jentera pentadbiran kerajaan negeri

6.Kerja-kerja negeri dan kerja air.

7.Hari kelepasan negeri .

8.Penyu dan menangkap ikan di sungai.

9.Siasatan bagi maksud negeri

10.Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah.


Bahagian Perlembagaan Persekutuan

Berapa banyakkah bahagian dan perkara yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan?

15 Bahagian dan 183 Perkara

1.Bahagian 1 – Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

2.Bahagian 2 – Kebebasan Asasi

3.Bahagian 3 – Kewarganegaraan

4.Bahagian 4 - Persekutuan  

5.Bahagian 5 – Negeri-negeri

6.Bahagian 6 – Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

7.Bahagian 7 – Peruntukan Kewangan 

8.Bahagian 8 - Pilihan Raya

9.Bahagian 9 – Badan Kehakiman

10.Bahagian 10 – Perkhidmatan-perkhidmatan Awam

11.Bahagian  11 - Kuasa Khas menentang perbuatan subversive, keganasan terancang, dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darirat

12.Bahagian 12 – Am dan pelbagai

13.Bahagian 12A – Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak

14.Bahagian 13 – Peruntukan Sementara dan Peralihan

15.Bahagian 14 – Kecualia bagi kedaultan dsb Raja-raja

16.Bahagian 15 – Prosiding terhadap YDPA dan Raja-raja




Sekian, terima kasih.

No comments: