TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

25 Oct 2020

Blog Tanpa Muka

Assalam wbt,

Catatan aku hari ini seperti diari. Aku terbaca satu IG Story daripada kawan lama, kawan zaman universiti aku. Dia minta tolong untuk buang semua gambar lama dia yang ada dalam socmed kami. Aku pun pelik jadi aku DM dia. 

Hmm. Dia sepertinya risau dengan keadaan dunia akhir zaman penuh fitnah. Dia takut kalau-kalau ada orang yang akan perkara tak elok dengan gambar-gambar lama dia. Tiba-tiba aku rasa risau. Lalu sepanjang hari semalam, aku mengedit semua gambar aku di dalam blog ini. Jadi, sudah tidak boleh tengok muka lagi lepas ini. Sebenarnya sebelum ini, aku pernah terjumpa juga satu blog orang Cina Malaysia, dia buat perkara yang sama iaitu blog tanpa muka. Pada mulanya aku rasa macam agak pelik juga tapi sekarang aku mungkin faham, dia mahukan lebih privacy. 




Aku berborak dengan adik dan kakak aku tentang perkara ini. Mereka kata, selalunya orang baik, selalu saja ada yang dengki. Hmm.. Susah juga nak komen tapi ada betulnya. Semoga kita semua dijauhkan daripada anasir jahat. 













No comments: