TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

15 May 2020

Resepi Biskut Mazola Yang Super Simple daripada Surianti Kitchen

Assalam dan Hi,

Semalam lupa pula buat posting. Okay hari ini aku nak share resepi yang dibuat oleh Surianti Kitchen. Aku memang tak berapa pandai masak tetapi resepi aku confirm menjadi kalau aku follow Surianti Kitchen. So, aku sangat happy jumpa orang yang kongsikan resepi dengan baik. Alhamdulillah sangat2, cuma aku sedih sebab katanya selepas Ramadan, Surianti Kitchen sudah tidak bersiaran di Instagram, hanya di You Tube. Sedih sebab kena buka You Tube. haha, tapi sebenarnya tak mengapa asalkan terus berkongsi ilmu dengan orang yang tak pandai masak macam aku. 

Aku sebenarnya dah banyak cuba resepi, dengan orang random di internet dan facebook, termasuk pakar-pakar berkongsi seperti Azie Kitchen, Rasa, Saji dll (tak boleh recall), malangnya semua tak menjadi. Aku pun tak tahu kenapa apabila follow resepi Surianti Kitchen boleh menjadi pula. Semoga posting ini akan dibaca oleh Kakak Surianti Kitchen satu hari nanti. 


KREDIT KEPADA SURIANTI KITCHEN. 
TERIMA KASIH SIS ! 


Resepi Biskut Mazola

(intro - sebenarnya mazola, tapi guna minyak jagung biasa)

2 1/2 cawan tepung yang sudah diayak
2 cawan kacang yang sudah dikisar (dipanggang terlebih dahulu)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak mazola 
Hiasan : kuning telur

Cara-cara 
1) ayak tepung 
2) sukat 2 cawan kacang yang belum dikisar, kemudian panggang. Sila panggang tanpa minyak sampai ada sebahagian besar kacang sudah terkupas. 
3) sebelum blend kacang, tolong kupas kulit kacang dulu ya sebab kulit kacang tak mudah diblend, nanti tak sedap pulak
4) masukkan gula pasir ke bekas tepung yang sudah diayak tadi
5) masukkan hasil blend kacang ke dalam bekas yang sama
6) gaul sebati
7) kemudian baru masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai boleh jadi doh, mungkin tak sampai 1 cawan pun sudah boleh jadi doh. macam kes saya, 3/4 cawan saja

Tips penting
Penggunaan sukatan mesti konsisten. kalau kita guna cawan A untuk sukat tepung, guna cawan yang sama untuk sukat kacang dan minyak mazola. 

Okay sudah jadi doh, boleh bentukkan dan bakar 160 darjah selama 20-25 minit mengikut kapasiti ketuhar masing-masing. Jangan lupa pre-heat oven 10 minit sebelum membakar kuih okay?

cantik sangat kejadiannya untuk orang yang first time ever buat biskut mazola ! 


Alhamdulillah, bang Ajid pun cakap enak banget sih. Tak sangka, akhirnya aku pandai buat biskut raya. haha.. ingatkan selama ini aku tak berbakat.. terharu macam tak boleh nak gambarkan. 



Terima kasih SURIANTI KITCHEN ! 





No comments: