TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 May 2020

Bagaimana Hendak Pindahkan NCD Kereta Lama Kepada Kereta Baru?

Assalam wbt dan Hi,


Salam 1 Syawal 1441H. Tahun ini adalah tahun berlakunya pandemik Covid 19 jadi kita beraya sesama sendiri saja. Aku harap tahun hadapan kita boleh meraikan Aidil Fitri seperti biasa. 




Cara memindahkan NCD ini mudah gila rupanya. Aku google punya google ingatkan susah sangat. Hahah. So cara dia, aku perlu datang ke HQ Etiqa (aku ambil Etiqa, kalau korang guna Takaful Ikhlas, pergilah pejabat Takaful Ikhlas ya) yang berdekatan, untuk kes aku ialah cawangan Subang Jaya. Sebelum itu, aku sudah pergi ke cawangan Etiqa tetapi malangnya aku tiada insurance cover note, jadi mereka mencadangkan supaya aku pergi terus ke HQ Etiqa kerana di sana urusannya lebih mudah. 


Aku katakan, aku mahu memindahkan NCD kepada kereta baru. Dokumen yang aku bawa
1) surat e-batal (baca di sini) daripada Carsome
2) insurance cover note
3) gambar road tax kereta lama
4) surat tawaran JPJ untuk nombor pendaftaran kereta yang baru. 

Kalau korang pergi ke HQ Etiqa, sebenarnya korang cuma perlu bawa surat e-batal saja. Yang lain-lain tak perlu bawa sebab pihak Etiqa dah ada semua info dalam computer, just bagi nombor IC dan IC original dia nak scan. Oh mudah ! tapi korang bawalah utk standby, kot-kot lah staff Etiqa yang korang jumpa tu skimas gile ke? 

Kemudian, chong cheng chong cheng, 10 minit saja dah settle. Dia kata sudah membatalkan road tax kereta lama dan bagi satu surat kenyataan drp Etiqa. Hoyyeh ! 

"With effect from (date) the policy/certificate is deemed to be cancelled.
NCD entitlement : 55% on policy/certificate.
In consideration thereof, an additional/refund contribution premium is hereby charged/allowed to the participant/insurance"

Lepastu, pihak Etiqa memulangkan kembali duit aku untuk waktu extra yang belum digunakan. Contohnya, kereta aku sudah bayar road tax sampai bulan April. Oleh sebab aku memindahkan NCD pada bulan Febuari, dua bulan untuk Mac dan April adalah duit extra yang dibayar. Jadi mereka minta no akaun bank semasa aku. Hehe. Dapatlah sikit dalam RM60 kot. Okaylah tu, boleh bikin makan KFC.

Surat ini kemudiannya boleh diberikan kepada penjual kereta / Sales Assistant kereta supaya dia boleh uruskan pemindahan NCD kepada kereta baru. 

contoh surat pindah NCD.



Pautan berkaitan Jual Kereta Dengan Carsome

Sekian, terima kasih. 

No comments: