TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Aug 2012

Kelopak Mata Anggota Wuduk?

Assalam....

Info kalini diculik daripada Ustaz Love
Aku selalu tertanya2 sah ke x gune eyeliner biler berwuduk?
Jawapannya tak boleh! kene pakai yg mudah ilang...
Kaedah carik maklumat dalam tenet ni kene rujuk banyak kan...
antara nye adalah seperti berikut.
aku pon rase bersalah ni.. sebab aku penah wat..
tapi taim tu aku tataw .. camne ek?

Info lain :
1)  Senyum itu sedekah
2) Harian Metro



"Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ni, ingin Ustaz Love jelaskan yang Ustaz Love tak pernah pakai make-up atau eye lashes sepanjang hidup ini.. Jadi takde la pengalaman berhadapan dengan situasi sebegitu.. Gincu bibir pun tak pernah pakai gak.. kihkih..

Jadi, jawapan Ustaz Love adalah berdasarkan pengamatan Ustaz Love terhadap make-up itu sendiri.. termasuk bulu mata palsu. Ustaz Love nak selit sikit bab tabarruj ni.. walaupun ianya agak kontroversi, tapi Ustaz Love kena nyatakan juga yang benar, walaupun sakit pahit hendak menjelaskannya.

Tabarruj ini adalah berhias secara berlebih2an, seperti yang dinyatakan oleh Allah, seumpama golongan Jahiliyyah terdahulu. Bibir merah, pipi merah, hidung merah dsb termasuk dalam kategori tabarruj juga. Cuma, ada kelonggaran sekiranya mudarat lebih besar jika tak memakainya (muka nampak mcm hantu mak limah ke, pucat semacam ke, bibir hitam mcm perokok ke dsb).. namun, dilarang melampaui batas hingga bibir tu merah menyala ditonyoh lipstik, pipi itu merah macam ayam BBQ, kelopak mata berkaler2 dsb.. Namun, jika meninggalkannya, itulah yg terbaik.
Juga pemakaian bulu mata palsu ini termasuk juga dalam perkara yg dilarang dalam agama.. sama mcm rambut palsu, misai palsu, janggut palsu, bulu ketiak palsu dan segala kepalsuan yang lain. Jika kita memahami asas hukum ini, insyaAllah, kita tak susah payah dah nak cari pasal hukum2 yang mendatang ni.

Masuk bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk daripada perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm anggota wuduk.

Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu tak sah.. kerana air tak mengenai kulitnya.
Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.

Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. Ustaz Love difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas (rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.

Bila wuduk dah tak sah, maka tak timbul persoalan dahi nak kena menyentuh tempat sujud.. sbb kalau wuduk tak sah, solat pun tak sah.

Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan plak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit2 cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih"


Thanks and regards :)

No comments: