Alhamdulillah kami berpeluang jalan-jalan di Singapura pada bulan September 2024 yang lalu. Nampak tak, lama juga nak buat posting. Hehe...
Kami bergerak ke Johor Bahru dengan menaiki bas pada jam 11 malam dan tiba di Terminal Bas Larkin pada pukul 3.30 pagi. Memang laju tahap Tokyo Drift pemandu bas, kecut perut ngantuk lagi. Sampai di Larkin sebab awal sangat, tak boleh rehat di surau. Kami bersandar je di mana-mana tiang. Tak lama itu, ada seorang polis bantuan menegur kami. Dia kasihan kami di situ dengan anak-anak jadi dia bagi kami berbaring di hadapan surau. Surau di Terminal Bas Larkin dibuka pada jam 5.30 pagi sahaja kalau tak silap.
Dalam jam 6.30 pagi, kami gerak ke JB Sentral dengan grab, dalam 15 minit sampai, terus laju-laju bergerak ke pintu masuk Tren Shuttle. Almaklumlah semuanya kena siap sedia seawal 30 minit. Tiket kami jam 7.30 pagi. Korang kena daftar untuk masuk Singapura. ICA SG boleh isi di sini, online saja, 2 hari sebelum pergi ya. Sebelum korang isi, mesti beli dulu tiket shuttle JB-Woodlands sebab nak isi dalam form ICA SG nanti. ia auto approved jadi tiada masalah.
Buka je pintu masuk tren shuttle, kita pun bergegas check in, follow the flow saja sebab tiada yang asing di situ. Kami bawa beg galas saja sebab lawatan sehari jadi amat mudahlah. Hehe. Tiba saja di Woodlands, korang memang akan sampai betul-betul di perhentian bas tepi jalan. Memang banyak sangat bas. Serius banyak dengan nombor yang aneh-aneh alien bethol. Okay, jadi korang kena tengok nombor bas yang akan ke Woodlands Interchange sebab nak naik MRT dari situ. Aku pilih bas 950 sebab nampak meyakinkan. HAHAHA. aku pun tak tahu sebenarnya bas yang mana tapi Alhamdulillah betul ya. Kami guna kad kredit dan debit kad untuk 4 orang. Pintu bas ada di hadapan (tepi pemandu bas) dan di belakang. Kalau korang tak ada kad, pandai-pandailah nak hidup. Sebab ada yang tak bayar weyyyy, aku pun tak tahu cemana dorang check. huhuhu... kalau boleh, beli kad EZ LINK siap-siap dari Shopee.
Tiba di Woodlands Interchange, kalau korang tak ada EZ LINK, korang beli di Woodlands Square. Boleh nampak ada satu eskulator tinggi, signboard Woodlands Square, korang naik atas itu, kemudian boleh nampak Ticketing Counter untuk beli kad Ez Link. Tak semua kad kredit boleh diguna pakai untuk naik MRT. Korang boleh pastikan sendiri di kaunter depan check-in MRT.
Kemudian, korang tengok route map MRT. MAP
Kami tak banyak itineri.
Woodlands > Raffles (Line Merah)
1) Jalan kaki dalam 1-2km dari Exit Raffles untuk ke Merlion Singapore (tengok singa air)
2) Jalan kaki dalam 1-2km dari Merlion Singapore untuk tengok dekat2 Marina Bay Sands Singapore (tengok menara 3 berkembar)
3) Jalan kaki dalam 2-3km dari Marina Bay Sands Singapore untuk tengok dekat2 Garden By Bays (yang macam pokok pinang tu)
4) Jalan kaki patah balik dalam 500m dari Garden By Bays tadi ke Bayfront MRT
Di Garden By Bays, ada tren lain.
Bayfront > Bugis (Line Biru)
1) Jalan kaki dalam 1-2km untuk Makan di Restoran Zamzam (memang sedap gileeeeeeeeeeeeeeeee!)
2) Jalan sikit dari Restoran Zam-Zam untuk Solat di Masjid Sultan
3) Jalan kaki dalam 1-2km untuk ke Jalan Bugis untuk beli souvenir
Nak balik ke Woodlands Interchange:-
Bugis > City Hall (Line Hijau)
City Hall > Woodlands (Line Merah)
Nak balik ke Johor Bahru:-
Naik bas 950 di Woodlands Interchange, lokasi dia agak sulit tapi boleh ditemukan. Tanya dengan polis bantuan kalau tak pasti, kemudian, korang baca anak panah yang disediakan. Bas 950 akan bawa kita ke CIQ Woodlands untuk cop passport online, maksudnya check sistem je, takdelah cop guna stamp pad tu. Kemudian, follow je lane bas korang, bas 950. Contoh, lane kanan ke Bas Express, lane kiri, bas 950, 174, 150. Korang pilihlah lane kiri. haaa centu... Lepastu korang follow je orang lari-lari tu kan, naik je lah bas apa-apa yang ada, tak kisah nombor berapa. Semua bas, menuju ke Johor Bahru. Kami naik bas 174. Kemudian, tuptup sampai di JB Sentral.
Anggaran :-
Tiket bas TBS ke Larkin = RM38 x 4 x return = RM204
Grab Larkin ke JB Sentral = RM11
JB - Woodlands (shuttle) = RM5 x 4 = RM20
Kad EZ Link = SGD 15 x 2 = SGD30 = RM96
Makan di Restoran Zamzam = RM100
Beli Souvenir = RM100
Tiket parking di TBS = RM28
Jumlah lebih kurang = RM628
Kami naik bas dari JB Sentral jam 11 malam kemudian tiba di TBS pada jam 4 pagi. Kami pun pulang dan tidur.
Kesimpulannya, jalan-jalan di Singapura memerlukan stamina yang banyak sebab penat gila. Bawa ringan-ringan je untuk siapa-siapa yang jalan sehari je macam kami. Bawa air mineral juga sebab haus yakmat.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment