TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

4 Sept 2022

Makan Nasi Arab dan Khunafa di Restoran Sihaf Vista Alam, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Kami makan Nasi Arab di Restoran Sihaf yang terletak di Vista Alam, Shah Alam iaitu berhadapan dengan Hospital Avicenna. Parking banyak sangat di sini asalkan korang bawak touch n go. Restoran ini dibuka pada jam 12 tengah hari. Tak guna datang awal ya kawan-kawan. Khunafa pula dijual seawal jam 1 petang. 

Alhamdulillah portion yang sangat besar! Tak payah nak tamak-tamak. Kalau jenis makan sikit, cukuplah beli kongsi-kongsi. Kami order dua pinggan untuk 4 orang makan pun terlebih. tetapi kalau korang memang makan banyak, tak apalah. Kuah dan sambal sodap gile oi. Rasa asli timur tengah memang ada, no wonder kedai viral kan... Kalau nak bandingkan dengan nasi arab di Mekah, tentulah di Mekah lebih sedap. Gitu je lah tapi ini dah kira sedap sangatlah, memang boleh repeat-repeat dan repeat. 

Kami nak selamat, confirm pilih jenis nasi arab mandy. Nasi arab bukan mandy selalunya berempah, takut kita tak boleh telan. Sepinggan dalam RM20 macam tu kot. Aku lupa sikit


Khunafa di sini memang jenis kering dan cheese banyak. Berbeza dengan khunafa kami makan semasa di tanah arab, lebih berlemak dan lembut. Apa pun tetap sedap!! Harganya pun mampu milik. Semuanya dalam bawah RM100. Berbaloi kan? 

Jemput datang!


Terima kasih. 

No comments: