TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

25 Feb 2022

Senarai Barang-Barang Yang Kami Bawa Untuk Umrah 2022

 Assalam wbt dan Hai,

Seriously saya fikir memang serious betul nak pergi umrah, semua benda kena baru. Sebenarnya kita boleh beli saja di sini dan harganya saya kirakan lebih kurang dengan harga Malaysia. Persediaan sepenuhnya boleh lihat entri saya di sini . Tipsnya adalah, apa pun baju, seluar, tudung yang kita bawa mestilah dipakai semuanya di Mekah dan Madinah. Jangan tinggal satupun tidak dipakai. 

Peringatan penting

1. Ingat duit simpan di mana 

2. Ingat kunci mangga di mana

3. Ingat kad hotel di mana

4. Ingat landyard travel umrah di mana


BENDA PALING WAJIB NAK DIBELI

πŸ‘‰ Uncang Kasut - mesti bawa ya! sebab kalau nak ke mana-mana pun kena ada uncang kasut. Kita masuk di pintu lain tetapi keluar dari pintu lain, jadi sebab itu kita masukkan kasut kita ke dalam uncang. Jadi mudah. Insya Allah.


PEREMPUAN

1. Baju jubah - 6 helai 

Memang saya bawa banyak sebab saya malas basuh. Sebenarnya dalam 4 helai sudah memadai. Satu pakai, satu basuh, satu ready untuk esok, satu ready untuk lusa. Ulang-ulang baju 4 helai itu. Baju kita tidak berbau sebab di Mekah Madinah, panas dan kering. Maka tak pakai deodoran pun tidak mengapa. Memang better tak pakai sebab kita perlu mengelakkan menghidu bau wangi ketika dalam ihram. 

Ada banyak kedai jual jubah di Mekah iaitu di Hotel Safwah, 5 helai 100 Riyal sahaja. Masya Allah murah bebenau. Jadi tak payah bawa banyak-banyak. Beli baru saja senang. Jimat ruang, ringan. 

2. Telekung - 2 helai 

Bawa telekung sebab mudah nak ke sana sini. Tak risau aurat, sebab kita nak berselisih dengan ramai lelaki. Yang sah kalau terpegang itu, saya ambil kalau tersentuh depan Kaabah saja, kalau tersentuh time depan hotel ke, kat kedai makan ke, masih batal ya. Jadi hati-hatilah gitu. 

3. Seluar panjang - 5 helai

Saya tukar-tukar sahaja seluar panjang di dalam jubah, ya memang tak boleh basuh sebab susah nak kering tetapi memang tidak berbau. Alhamdulillah. Jangan pakai jubah dengan inner seluar kerana mungkin tampak seksi. Kita kan nak beribadat.

4. Tudung Segera - 4 helai

Ya saya bawa 4 helai saja. Tak cukup boleh beli di Super Market. Harga serendah 20 Riyal sahaja.

5. Inner baju - 4 helai

Yang ini saya basuh selalu sebab tak selesa berpeluh-peluh walaupun tidak berbau. 

6. Inner seluar - 3 helai

Yang ini saya basuh selalu juga, dan saya pakai setiap kali pakai seluar panjang. Umrah bulan Februari memang sejuk sangat ya tuan-tuan dan puan-puan. Berlapis-lapis pakai. 

7. Pad dan Sanitizer

Bawalah banyak-banyak untuk memastikan bersih ya. 


LELAKI

1. Kain ihram - 3 pasang

Umrah pasca Covid agak leceh sedikit. Jadi untuk lelaki solat di dataran di hadapan Kaabah, perlu memakai kain ihram, jadi perlu ganti-ganti kan. Oleh itu bawa 3 pasang untuk ditukar ganti. 

2. Baju jubah - 2 helai 

Untuk pakai di Madinah sebenarnya, nampak kemas

3. Baju kurta - 4 helai

Untuk pakai di Mekah dan Madinah. Boleh berulang. Kalau tak cukup, beli saja. Harga di Mekah boleh dapat sekitar 50 Riyal. 

4. Seluar panjang - 2 helai hitam, 2 helai putih

Di Mekah dan Madinah susah ya nak jumpa seluar panjang, jadi perlu bawa banyak juga. 

5. Rida - 1 helai

Untuk dipakai di Madinah, nampak handsome, zuhud dan tawaduk betul. Insya Allah

6. Kayu sugi - 2 batang

Susah sikit nak merokok, jadi bersugilah untuk menghilangkan ketagihan merokok

7. Songkok - sekurang-kurangnya 1 pasang

Boleh dipakai ketika solat di Mekah dan di Madinah ketika tidak berihram.


SENARAI BARANG YANG SAMA UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Mask

Bawa yang jenis head loop terus, tak payah nak fikir terlupa bawa mask extender. Kemudian, bawa extra dalam beg hand carry kalian. 

2. Ubat-ubatan

πŸ‘‰ Panadol : 3-4 papan panadol. Oleh sebab perubahan cuaca, jadi kita memang cepat penat dan sakit kepala. 

πŸ‘‰ Cool Fever : sekali Umrah, 1 Cool Fever, gitu perkiraan saya. 

πŸ‘‰ Fisherman's Friends : sebanyak-banyaknya sebab memang kerap sakit tekak. Saya bawa 4 paket untuk 3 orang. 

πŸ‘‰ Himalaya Salt : sebanyak-banyaknya sebab penat. Saya bawa 3 paket untuk 3 orang

πŸ‘‰ Koyok : Saya bawa 3 paket yang dalamnya 10 pcs setiap satu. Memang sakit badan betul ya di sana 

πŸ‘‰ Krim Tiger Balm Active Muscle Rub : Saya bawa 2 pcs

πŸ‘‰ Inhaler nose : Ala yang Hurix tu kan, saya bawalah 3 pcs untuk 3 orang

πŸ‘‰ Krim untuk tapak kaki : Bawa 1 pc sahaja untuk dikongsi. Memang kering ya tapak kaki kita. 

πŸ‘‰ Lip balm : pilih yang tidak berbau wangi untuk bibir kering

πŸ‘‰ Ubat lain, seperti ubat ulser, ubat alergik, ubat darah tinggi, pil hormon (tahan period), ubat selesema, ubat angin, bergantung kepada situasi masing-masing ya. 

3. Wudhuk Spray

Sangat penting kalau nak berwuduk bila-bila. Di Masjidil Haram, masya Allah toilet jauh bangat sih. Jadinya memang kena ready takut terkentut, susah pula kamu. Pastikan simpan dahulu dalam beg bagasi yang di check in, kang tak pasal kena rampas kalau bawa naik atas kabin sebab selalunya wuduk spray ini saiznya lebih daripada 100ml. 

4. Baju Seluar Tidur - 2 pasang

1 pasang pakai 6 hari pertama, 1 pasang lagi dipakai pada hari ke-7 hingga pulang ke rumah. Kita jarang sangat berada di hotel, mungkin pakai ketika tidur yang dalam 2-3 jam sahaja. Buat apa nak bawa banyak-banyak. Kadang-kadang tertidur dengan jubah saja sebab penat sangat. 


5. Toiletries 

πŸ‘‰ Ubat gigi dan berus gigi : di hotel kami, tak berapa best, jadi kena bawa sendiri hehe

πŸ‘‰ Syampu dan sabun mandi : di hotel kan tak berapa best kan, sikit sangat, jadi bawa juga

πŸ‘‰ Pencuci muka 

πŸ‘‰ Sabun basuh baju : bawalah sebab kita nak basuh baju

πŸ‘‰ Sikat rambut

πŸ‘‰ Deodoran : Pakai ketika di Madinah hehe, nak wangi-wangi nak jumpa Rasulullah

πŸ‘‰ Pelembap muka : malam-malam boleh pakai kalau kulit kita kering

πŸ‘‰ Pencukur semua bulu

πŸ‘‰ Pemotong kuku


6. Barang-barang lain

πŸ‘‰ Tali khemah : untuk buat tali gantung baju (kalau ada tempat yang dirasakan sesuai, selalunya di toilet)

πŸ‘‰ Plug adapter : sesetengah hotel tak ada plug Malaysia, kebetulan kami ada plug 3 pin terus, jadi mudah

πŸ‘‰ Extension cable : tempat kami ada 1 saja plug, ya hampun nasib baik bawa extension cable

πŸ‘‰ Gunting : untuk bertahallul

πŸ‘‰ Mangga kunci : kalau beg susah nak dikunci

πŸ‘‰ Beg extra : confirm beg akan beranak di Mekah nanti. Haha. maksudnya, confirm kita akan membeli belah nanti, jadi perlukan beg extra. Kalau beli beg di Mekah dan Madinah sebenarnya agak mahal berbanding beli di Malaysia. Beli yang jenis lipat (foldable) jadi mudah sikit. 

πŸ‘‰ Tisu : Ready dalam 100ply x 2 dah okay kot. Saya bawa banyak gila tapi tak digunakan 

πŸ‘‰ Wet Tissue : Ready 2 paket seorang dah okay. Kalau tak cukup, beli saja di Ben Dawood

πŸ‘‰ Undergarments secukupnya. Hehe

πŸ‘‰ Selipar extra : Di sini selipar susah nak cari. Jadi kami bawa siap-siap. 

πŸ‘‰ Sweater : Kalau kalian tidak tahan sejuk boleh bawa. Saya juga tak tahan sejuk tapi saya suka sejuk jadi saya tak pakai sweater. Sejuk bulan Februari mencecah 14 darjah celcius. Cuma sebab sejuk, panas dan kering jadi tidak rasa sesejuk Cameron yang menggigil itu, sejuk seperti di dalam aircond yang nyaman tetapi selesa. Tak tahu nak khabar macam mana tetapi okay saja kalau tak pakai sweater. 


TAK PERLU BAWA

πŸ‘‰ hair dryer : sudah disediakan di hotel, tak sempat guna pun sebab busy sangat

πŸ‘‰ iron : memang tak ada tapi tak sempat iron betul, busy sangat

πŸ‘‰ termos : tak payah bawa rupanya, memang ada heater di hotel, mudah nak masak air panas

πŸ‘‰ towel : tak perlu tak mengapa sebab kita memang boleh request di lobi.


Semoga bermanfaat.


Terima kasih. 

2 comments:

anonymous said...

assalam,,kak,nak tanya,kt sana akhir feb cuaca nya macam mana ya?sejuk waktu bila ya,,sebab in sha Allah nak bawa orang tua ke sana bulan feb nanti..risau kesihatan dorang,,

anakin faid said...

wassalam. musim sejuk waktu puncak di Mekah Madinah ialah pada bulan Dec-Jan. Masa bulan Feb-Mac, dah semakin berkurang sejuknya. InsyaAllah boleh kalau bawa ibu bapa ke sana. pastikan bawa sweater, extra selipar yang boleh serlung stokin. Bawalah stokin extra. Baju inner/pagoda juga boleh dipakai utk elakkan sejuk. ubat-ubat selesema, bawalah sebab ubat-ubat kat sini, banyaknya tulisan arab juga, kite tak faham kang... semoga dipermudahkan urusannya ya.