TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

7 Feb 2022

Air Green Tea Super Sedap di Nasi Kukus Ez & Tea Jebok Batu Tiga Shah Alam, Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak minum air green tea super sedap tiada tandingan, hah ini salah satu tempatnya di Shah Alam iaitu di Kedai Nasi Kukus Ez & Tea Jebok yang terletak di Batu Tiga, dekat sangat dengan KTM Batu Tiga. Google je pasti jumpa. Dibuka setiap hari, mungkin kecuali hari Isnin kot. Aku lupa juga yang ini.



Sebungkus air green tea, RM4 yang bekas plastik biasa korang beli kat kedai tu kan. Tak kisahlah ais mencair ke tak mencair ke rasa dia tetap sedap. Aku cuba juga try kat mana-mana kedai yang jual green tea lagi tapi memang belum boleh tandingi. Kalau aku compare dengan warong ambo, masih lagi menang di tea jebok sini. Kalau aku compare juga dengan restoran ttdi jaya shah alam, ada green tea juga tapi masih sedap di sini. taste akulah kan. lain orang, kan lain kan. 

Kedai, boleh dine in. Makanan yang istimewa di sini ialah nasi kukus, juga boleh diterima dek tekak walaupun memang pure orang kelantan, kami sebagai rakyat negara johor tetap suka makan di sini. hehe... alhamdulillah. oh ya, lepastu kedai buka seawal jam 7 pagi. tapi 7-10 pagi jual nasi kerabu dulu, tak ada nasi lemak ye... pastu kalau korang nak beli green tea seawal pagi, aku tak tahu boleh ke tak.. sebab aku tak pernah cuba beli. 


Selamat mencuba.

Terima kasih. 

No comments: