TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Feb 2022

Umrah - Aplikasi Tawakkalna, Eatmarna dan Gelang Umrah

 Assalam wbt dan Hai,

Aplikasi Tawakalna dan Eatmarna (kami sebut I-ta-mar-na). Untuk mengaktifkan aplikasi ini, kalian perlu beli nombor Arab Saudi, atau korang perlu roaming nombor Malaysia. Mana-mana pun boleh asalkan boleh dapatkan nombor TAC untuk pertama kali pendaftaran. Pastikan korang guna password yang mudah-mudah saja sebab kalau tersign out susah pula. Kedua-dua aplikasi ini boleh didaftarkan di Arab Saudi sahaja kerana gambar dan info generated semua melalui pihak Imigresen Arab Saudi masa kita masuk negara ini. Mungkin boleh buat di Malaysia tetapi nanti kena repeat beberapa langkah, macam leceh pula kan... 


Kami guna nombor telefon Arab Saudi, Mobily +966, harganya 90 Riyal 12GB data (details tak ingat). Cukup untuk guna selama 12 hari di Mekah dan Madinah. 

Aplikasi Tawakalna ini seperti aplikasi Mysejahtera kita di Malaysia. Di Mekah dan Madinah, jika nak masuk masjid kena tunjuk Tawakalna, automatik tahu kita dah vaksin. Jika kita masuk mana-mana premis di Mekah dan di Madinah juga, kadang-kadang pekerja nak tengok juga applikasi Tawakalna, tunjuk sajalah. Saya tak boleh screenshot sebab aplikasi ini tidak membenarkan. 

Aplikasi Eatmarna digunakan untuk memohon semua permit, permit solat di Masjidil Haram, Umrah, Tawaf Sunat, Rawdah di Madinah (lelaki dan perempuan) dan Ziarah Rasulullah (lelaki sahaja). Bonus untuk orang yang masuk Mekah dahulu kerana, kita pergi Madinah seminggu lagi jadi kita boleh booking slot ke Rawdah di Madinah dan Ziarah Rasulullah menggunkan aplikasi sahaja. Jika kita ke Madinah dahulu, ditakuti slot Rawdah dan Ziarah Rasulullah sudah penuh; dari itu, Muasasah dan Mutawif perlu memainkan peranan untuk mendapatkan slot daripada pihak pengurusan Masjid Nabawi. 

untuk Eatmarna, klik pada External Mutamer untuk mendaftar sebagai pengguna, baru jumpa negara Malaysia ya

Permit yang ada di dalam Eatmarna yang saya cerita tadi



Contoh kita klik pada Eatmarna, Praying in the Noble Rawdah (solat di Rawdah Masjid Nabawi). Boleh pilih slot dan masa. 

Kita tidak dibenarkan masuk ke bahagian Rawdah dan Ziarah Rasulullah jika tidak ada slot. Slot ini hanya boleh dipohon sekali sahaja dalam masa 30 hari. Ya, dalam masa 30 hari. Sedih juga tapi okaylah dapat ziarah daripada tiada langsung. Alhamdulillah. 

Hari di mana kita boleh ziarah, datang seawal sejam, staff Masjid Nabawi akan scar QR code. Selagi mereka belum scan QR code kita, selagi itu kita masih boleh masuk. Jadi, doa-doalah mereka tidak scan QR code kita. Bahagian muslimat lebih strict daripada bahagian muslim. Di Madinah, semua staff Masjid memang agak strict, jadi follow saja lah ya. Sabar... 

Gelang Umrah Special Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Sehari selepas kita tiba di Mekah atau di Madinah, mutawif atau travel agency akan bagi gelang ini, gelang macam masuk ke taman tema air. Jangan potong dan jangan buka ya sampai KLIA. Kalau tak, tak dapat masuk Malaysia kang, kalau hilang mungkin jadi susah sikit je lah. 

Tunjuk saja dan boleh masuk ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kebanyakan staff Masjid tidak check secara terperinci sebab kemungkinan mereka percaya dengan kita orang Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, kami tetap memohon permit Umrah seperti biasa, kami risau juga kalau-kalau tiba-tiba mereka ingin memeriksa permit di dalam handphone. 

Untuk wanita, tiada masalah untuk solat di hadapan Kaabah, asalkan pakai gelang biru atau memohon di dalam aplikasi Eatmarna. Untuk lelaki, lelaki perlu memakai ihram, eh WAJIB memakai ihram, baru boleh lepas nak solat di hadapan Kaabah. 


Solat di tingkat 1, tingkat 2, atau Rooftop Masjidil Haram, tidak perlu tunjuk aplikasi atau gelang umrah. Cukup sekadar, kalian hadir. Duduk di mana-mana bahagian pun tidak mengapa cuma kalau dapat melihat Kaabah, lagi banyak Rahmat Allah yang kita peroleh. Insya Allah.


Okay lain tajuk, lain hari. Moga bermanfaat. Terima kasih. 

No comments: