Sunday, 15 April 2018

Riadah di Taman Layang Layang Kepong

Assalam wbt

Sebenarnya aku pun tak tahu nama taman ini apa sebenarnya. Maybe taman layang layang kot? Yalah taman ini tempat bermain layang layang paling best di area lembag klang. Maybe sebab kedudukannya berdekatan dengan bukit-bukit banjaran dan menjadi laluan angin. Memang berangin saja. Best betul.

Okay... Ada ramai orang jual layang layang kat sini. Boleh pilih yg mana satu. Range harga daripada RM5. Harga tali termasuklah. Memang best sangat main layang-layang kat sini tau.
Layang-layang seperti gambar di atas berharga RM12. Brader penjual ini siap explain kenapa layang-layang yg itu mahal, yg ini murah, jadi berbaloi sangat. Oh ya, senang sangat hokey nak main layang-layang. Sis pun pestaim main, terus pandai... ! 😅😅😅 Asal ada angin kekdahnyaaaaaaa..... 

Awal-awal excited ya... 

Beberapa minit kemudian, babah main sensorang. Hehe

Nah dua budak ini main bubble je. Lagi excited! Maybe sebab diorang belum pandai kot... Okay bubble ni harga standard, RM5. 


Di sini:
1. Ada juga taman permainan. Ramai sangat orang ! Yg tak ramai orang, kedudukannya sangat jauh ! Malas nak menapak. Heheh
2. Boleh sewa basikal. Taman sangat besar !
3. Boleh bagi ikan makan... (Roti ada dijual di kedai orang jual layang-layang)
4. Boleh main kereta bebudak tu kan, yg guna remote control tu... (Bayar tau) 
5. Boleh jogging, ada tasik
6. Boleh simple work out, tempat nak sit up etc
7. Lepas dah penat riadah, ada pulak gerai2 jual makanan. Hahaha. Merosakkan aktiviti
8. Boleh bawak stroller dont worry, tapi pandai2 jaga okay
9. Parking tak banyak. Kat luar pun boleh parking, cuma menapak jauh nau 
10. Toilet ada. Tapi surau macam tiada
11. Macam mana nak pergi? Waze sahaja. Atau... Jika anda datang dari arah sg buloh / damnsara / puchong, buat pusingan uturn di bulatan besar (yg ada laluan ke selayang / rawang)... Selepas itu,, sebelah kiri, landmark, shell, petronas,, mcd, PPA1M (perumahan penjawat awam 1 malaysia) depan sikit tu dah jumpaaa.... Tak payah laju sangat nanti terlepas pula. 


Okayyy. Selamat bermain layang-layang !  

No comments :