Sunday, 29 April 2018

Pasaraya Borong Matahari, Tempat untuk Bershopping Barang Dapur di Shah Alam

Assalam wbt

Hari ini sengaja sis nak share tempat yang boleh dikatakan murah dan harga berpatutan di kawasan Shah Alam, Selangor. mungkin post ini berguna untuk orang yang baru berpindah di sini. hahaha. 

boleh waze kat mana pasaraya borong matahari berdekatan anda. 


Kat sini yang agak berpatutan itu hanyalah barang dapur sahaja. Sayur pun super duper berpatutan harga dia. kalah Tesco. Susu formula, kadang-kadang, ikut mood dia. Pampers drypers n pet-pet pun ikut mood dia jugak. Yang tak bestnya sini, tak boleh guna debit card atau credit card. diulangi TAK BOLEH ! tapi disediakan atm kat dalam bangunan, cuma kalau tetiba ramai pulak orang beratur kat situ, nasib nak menunggu lama betul. hehe...

Begini mengikut pengiraan sis
1. 99 Speedmart - Kalau beras (beras rata-rata lebih murah, esp Faiza), susu formula (semua jenis) dan telur, sebab lebih bagus harganya dan yakin bersih. kahkahkah. (if guna pampers drypers color kuning, better beli kat sini sebab lebih murah iaitu RM27.50 saja, kat tempat lain RM32.50 kot)
2. Tesco - Susu Dutch Lady, Pampers tescolove, wiped tissue, sabun mandi bebudak jenama tesco, sabun basuh pinggan jenama tesco (RM1.50 je weyh, tapi serius okay) , barang jenama tesco, sis sangat suka! hihi
3. Aeon Big Seksyen 24, Shah Alam - Ikan (sebab murah dan senang nak mintak siangkan tak macam kat Tesco, berkira. hahah), Barang elektrik, Tisu dapur jenama AeonBig(lebih tebal), sabun basuh botol pureen - aeon big seksyen 24 (motip datang sini nak beli ini aje?)
4. Sabun basuh baju - ofcoz SABUNKU
5. Matahari - segala macam barang dapur, ayam, daging, sosej, frozen food, (ikan, sotong, udang better tak payah kot), segala jenis ikan masin, ikan bilis, keropok, tepung, minyak masak paket Rm2.50 kat sini pun ada.
6. Pasar tepi2 jalan - untuk membeli sotong udang longgok. hahaha....



Okay itu saja tulisan hari ini, semoga membantu. hehe.. selamat membeli




No comments: