Sunday, 16 April 2017

Review Sasana Kijang Jalan Dato Onn KL

Assalam wbt

Sementelah mencari lokasi free kuala lumpur untuk dilawati. Maka aku menjumpai blog Sasana Kijang... Tengok muzium bank negara lah ni namanya... Best ke best? Jawapannya best kalau orang minat sejarah, kajian tempatan dan geografi. Kalau boring bab camni takyah lah datang... Dirasmikan oleh PM Najib pada tahun 2010. Rasanyalah. Aku lupa pulak sebab perginya semalam hehe..

Link galeri BNM

Datang tu kena check beg. Isi nama kat buku lawatan. Dan tak boleh bawak beg.. kat ground floor ada kafe dan kedai cendermata. Tak sempat masuk sebab anak dah bising. Hoho.. ada surau juga. Toilet setiap floor. Sangat convenient !!! Ada lif dan ada tangga...

First floor ada muzium bank negara... Cerita macam mana boleh wujudnya bank... Camne logo kijang tu boleh dipilih jadi logo kita punya duit... Gabenor bank yg ada sejak wujudnya duit. Cheque pertama 000001.. oh ye boleh bawak enpon jadi adalah amek gambo..








Ini contoh peti besi.. 

Ada soalan untuk tengok apa ada dalam peti besi. Bila tahun bank negara ditubuhkan ? Jawapan 1959 then boleh tengok apa ada di dalam bilik kebal. Itu contoh je tau.. 


Then ada bahagian islamic finance.. yg ni dah start sejarah betol.. boring sket sebab malas baca. Tapi kalau rajin baca mmg factual betul dan cara dorang letak notes tak boring. Cuma aku malas baca wey... Dah berkarat otak. Lagi pula info finance tu banyak sangat istilah macam fiscal, etc yg aku kena gugel pula maknanye... Hehe..


Pastu ada bahagian ni kat level 2.  Buku ada dijual di ruang cendermata tapi aku tak beli.. rm106 termasuk gst.. galeri apa yee...






Pastu level 3 ada bahagian lukisan.. normah apa ye nama dia.. maaf aku lupa sbb semalam.. harini baru tulis blog jadi dah lupa...


Okey mai lah datang. Cintailah negara dan hargai sejarah..  terima kasih


1 comment :

AnaKin Faid said...

Dibuka setiap hari tau kecuali raya