TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Sept 2016

sinopsis Filem Kapsul lakonan Faizal Hussin

assalam wbt

rasa macam lambat juga aku nak share sinopsis cerita ni. diarah oleh Martias Ali (kottt).. aku lupaa.. sori kalau salah. okey pelakon utama nya faizal hussin. oh ye aku lupa nama watak faizal hussin. jadi aku guna ganti nama diri faizal bila bercerita. okey...

faizal ni suka mencuri barang artifak. dan jual kepada orang kaya. one day dorang terfikir pasal kapsul iaitu amanat yg ditulis oleh dr. Mahathir dan disimpan kemas dalam kapsul. kapsul tu diletakkan di tiang menara putrajaya. alahhh yg ada mercu tanda kt tepi tasik buatan tu kan. sebab smart, faizal dapat curi. dia bawa balik kapsul ke markas dan cuba buka penutup. masa tengah nak try configure password tetiba blinggg

faizal kembali ke tahun 1941 iaitu masa jepun jajah. banyak kekejaman berlaku. oh ye faizal kembali ke zaman lalu tapi jadi orang lain. gini, orang nampak faizal ialah abu. muka pun abu. dirinya sebagai abu... abu hanyalah contoh nama. faizal tahun 1941 sebagai askar melayu. fam dia dah kena seksa,wife pun dirogol, bapak dipancung.then masa dia nak balas dendam....

faizal kembali ke tahun 1957 iaitu masa pemerintahan tunku Abdul Rahman. faizal sebagai driver. driver atau sekecil2 watak juga penting dalam menjayakan misi tunku nak ke london dan discuss pasal merdeka. depa sanggup hilang nyawa demi anak bangsa nak merdeka...

tahun 1970 an.. zaman tun Abdul Razak. faizal sebagai peneroka. tengah giat meneroka tanah supaya masa depan nanti ada harta, takdelah merempat... .

tahun 2000... zaman dr Mahathir.beberapa kali nak letak jawatan.. faizal sebagai PA dr Mahathir. masa scene dr Mahathir borak dgn dr Siti Hasmah, faizal curi2 dengar. isi bicara tentang kebimbangan mereka kpd generasi akan datang. dan wasiat 2020 ada atas meja. faizal baca dan tersentak. isinya tak disebut secara terang.

faizal kembali ke zaman sekarang 2014... dia tak jadi jual kapsul tu kepada datuk2.. dia rasa menyesal dan taknak curi lagi, dan kembali patriotik.. 

faizal ke putrajaya.aku agak, dia kembalikan kapsul ke tempat asal. tetiba bahu ditepuk. "hai anak muda, perjuangan belum selesai" ... bila faizal toleh, rupa-rupanya drMahathir. faizal tersentak dan ingin mengejar tapi dr Mahathir dah masuk ke dalam perut kereta Proton..
faizal buka pintu, scene di hadapannya, zaman hang tuah !! kreatif !!

ulasan aku

1) semangat patriotik yg cuba disampaikan berkesan cuma terlalu sikit sebab masa singkat kot... semuanya risau bangsa kini dijajah kembali. tapi x ramai fikir, yg dijajah bukan fizikal tetapi mentalnya...

2)fiksyen yg menarik. idea kembali zaman lalu.efek grafik pun not bad.. aku puji idea ni. tak semestinya meteor aje penyebab berlaku. idea tu dah boring... sorry

3) ada buat research. bagus. number of accident occured by tunku Abd Rahman, why komunis wujud, why jepun pancung orang yg dengar radio, what happened in baling (rundingan dgn chin peng ketua komunis), why pergi london... etc. atleast produksi buat homework. tahniah!!!
lagi menarik idea kalau faizal cuba nak ubah sejarah... hihi..

itu je ulasan sebab bagi aku filem macam ni patut diperbanyakkan. boring betul cinta dua darjat, kahwin paksa, dengki mendengki, anak luar nikah... bak kata sorang confessor iium.. cerita sekarang nak bagi kesedaran tentang masalah sosial, 90% cerita masalah dan 10% solusi, tak seimbang. harap lebih kretif masa akan datang... 

tu je, sekiannnnn

No comments: