TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Feb 2015

20 Kenapa & Ketidakpuasan Hati di Malaysia

Assalam wbt

Ketidakpuasan hati aku melanda.

1) kenapa la british dulu jajah tanah melayu dah banyak rosakkan attitude kite orang tanah melayu? Huh.. Masa nak merdeka semua dokumen dalam english. dah guna semua english kenapa tanah melayu mase tu tak isytihar je bahasa kebangsaan ialah english? Kenapa perlu bahasa melayu. Tengok skang! Semua guna bahasa inggeris. Banyak Orang melayu ketinggalan terkapai2..

2) kenapa kerajaan tak wajibkan bahasa melayu cina n india wajib diajar semasa sekolah?? Kalau x, kuranglah masalah perkauman since kite tahu nak cakap bahasa depa. Ni tidak. Nama je malaysia, tapi aku sebijik haram xtahu apa yg depa cakap. Nak belajar? Mana sempat bhai. Dah berkeluarga semua. Kalau dari dulu masa zaman sekolah dah diajar kan ke senang. Skang dah la otak da makin slow masa baru realize bende ni penting...

3) kenapa banyak company suka choosy?? "Prefer chinese" "prefer male" "prefer klantanese" ... Padahal jawatan general aje punnnn.... Susah taw nak carj kerja sekarang

4) kenapa kerajaan tak terfikir nak buat lrt dari dulu lagi? Skang masa dah ada kereta banyak baru nak buat! Jam makin teruk. Denggi makin banyak. Patutnya masa lrt kelana jaya n ampang siap haritu teruslah buat mrt semua. Ini politik scandal x sudah2. Skang setiap masa jam aje kerjanya. Perjalanan setengah jam jadi dua jam. Bazir masa lah.

5) kenapa kereta x suka bagi signal ha kalau nak tukar lorong?? Sesuka hatikus kau aje kan. Pastu kita ni yg berhati2 mestilah elak. Kalau nasib baik, xde pape. Kalau nasib x baik langgar orang lain pulak. Signal ko mati ke ape? Bateri xde ke ape? Kedekut nak mampos agaknye. (Ayat kasaq).. Kalau lah langgar belakang kereta orang x jadi kesalahan, aku dah langgar kereta orang tak bagi signal tadi. Haizz

6) kenapa kerja kerajaan banyak sangat jawatan kerani?? Tapi wujudkan banyak gilossss universiti... Banyak graduan. Banyak degree holders. Then nak apply punya lah susah kat gomen. Jawatan exec 1-2 aje. Yg non exec berlambak2. Bile nak dapat join camtu ? Pastu tolong ah kurangkan waktu pencen. Bagi peluang orang lain pulak merasa dok kerja gomen... Patut sistem kpi dari dulu dah pakai. X perform, lucut jawatan! Baru betol. Bukan swasta je kena buat.

7) asal perkhidmatan yg berasaskan gomen je mesti lembap. Imegresen. Passport. Polis aduan report. Lesen. Beratur panjang berjela2... Pastu yg depan komputer menaip macam baru belajar menaip. Lambat nau. Ase nak tolong taipkan. Dah la tu taim waktu puncak la tetibe kaunter yg bukak 3 jadi 1. Why why why? Kenapa kerajaan taknak buktikan dorang bukan camtu ?? Kerajaan = lambat servis

8) kenapa bukan hanya doktor and nurse perempuan aje kat wad o n g hospital gomen? Weols segan ah dengan hok2 jate...

9) kenapa rumah mahal sangat skang? Kenapa kerajaan tak limitkan setiap orang yg kekaya kaya tu beli 5 buah rumah aje. Ha pastu.. Limitkan atlis 5 tahun utk jual balik ke. Sekurang2 nya kitorang ni ade la peluang beli rumah. Kira pantau laa penjualan rumah ni... Ni tidak. 1st buyer beli rm200k then dalam masa setahun dia jual. Umah kt kl. Harga mencanak naik jadi rm300k ! Mahai nye umah. Sampai bile nak ade umah sendiri camni.... ;(

10) kenapa hanya 1 jalan dari glenmarie ke arah kilang gula csr? Jam lah hari2.. Takde ke cadangan nak buat fly over kedua.. Jenuh kot drive hari2 camtu. Jalan sekangkang kera. Tapi jam nak sama dengan jam 3km ! Ayoyo... Abes masa kat dalam jam je... Punah masa bersama keluarga.

11) kenapa saiz duit syiling ditukar? Saiz dah nak hampir sama kot !!! Nanti setiap kali nak bagi duit mesti tengok betul2 takut salah bagi. Dah buang masa kat situ. Sian orang buta. Mesti susah sikit nak bezakan. Saiz patutnya sama tapi ketebalan ke apa ke berbeza tu takpe.

12) kenapa nak masuk company pape pun skang mesti kena ade cable. Lagi besar cable lagi senang dapat kerja. Kalau xde. Ha susah nak dapat kerja. Nak tunggu luck nye. Memang parah. Aku hantar 50 resume setiap bulan darab 12 bulan, dalam lebih kurang 500 company kot... Interview yg dipanggil, 5 aje out of 500!!!!! Erkkk....

13) kenapa ramai sangat2 orang bukan malaysia skang? Kerja normal yg patot dibuat oleh orang malaysia telah diambil alih oleh mereka. Adakah sebab kita demand? Wey mestilah demand. Kita ada keluarga, kita kat negara kita sendiri kot. Tapi jangan demand lelebih. Skang cashier DIY, tukang susun barang DIY giant tesco, tukang tolak troli kat pasaraya, ketua pak guard, ketua cleaner, cleaner, cashier pam minyak, waiter, operator kilang, tukang masak, semua bukan malaysian. Dah la cakap melayu x pandai. Cakap english x pandai. Bukan main susah nak komunikasi. Mana tah pergi rakyat malaysia ni? Cuba lah bagi peluang kat malaysian, kalau boleh gaji mestilah 900 ke atas utk diploma, jangan lah fikir cut cost aje kilang,kedai semua.

14) kenapa tol plus tak penah turun harga?? Tak pulang2 lagi ke modal? Lebuh raya nun ke arah selatan.semua guna simen. Bukan tar. Kalau hujan mau nye myvi tu cam tak cecah tanah. Bahaya kot !!

15) kenapa trafik light kat kawasan rumah aku tu, simpang tiga sri medan tu takde?? Dorang cakap sebab ada bukit. Tak cukup ke kalau ade signage, bonggol? Susah lah kami nak melintas. Nak nak masa raya! Ha kan ramai yg meninggal kat situ but still x nak buat trafik light. Mana DUN sri medan??? Ok yg ni aku nak buat surat aduan nanti.

16) kenapa highway seremban plus tu asek jam aje? Besarkan jalan tu cuma boleh selesaikan masalah ni dalam 3-4 tahun. Nanti akan jadi balik lagi teruk bila semua beli kereta. Carilah alternatif lain lagi. Tambah tol. Buat flyover rentas negeri sembilan ! Skip negeri sembilan masa nak balik johor melaka. Hahahaha.

17) yg ni sensitif. Kenapa ***** tak ceraikan aje ****** !!! Kan senang !!! Aku kesian beliau asek kena troll kat malaysian gag. Sebenarnya kalau wife nye x camtu. Die boleh berfikiran waras dan matang ! Grrrrrr....

18) kenapa pelakon yg curik rantai wan maimunah tu di zoom kat muka dia. Kesiannnn sangatlah sampai ke sudah kena troll.. Hahahahaha

19) kenapa sepol yg masalah liwat ngan anwar tu. Even betul pon. Sanggup nak cerita keaiban sendiri. Hmmm sampai bebila orang ingat. X segan ke gi giant, tesco beli barang? Anak die nanti camnelah. Malunyeeee... Family die... Orang kat luar janganlah buat fitnah besar camni. Malu taw....

20) Kenapa semua company tak macam maxis ?? Fleksibel ! Kawan2 best ! Rinduuuuunyeeeeee.......

21) kenapa orang gomen, artis2, orang kaya boleh tinted sampai macam 100% aje agaknya. Tapi rakyat marhain ni buat kena pulak lah saman. Tak adil woi

22) kenapa menteri2 datuk2 x hadap jam sama2 ngan kita? Tak aci la gune escot2. Rasalah penangan jam sama2 ngan kami. Baru experience bertambah.

23) kenapa kereta2 menteri datuk2 boleh laju gilaaaaaa kat lebuh raya! Harap2 pls pls kena saman juga !

24) kenapa kita jeles kpd anak2 orang kaya, tak kerja tapi asek abeskan duit mak pak, update ig fb g melancong sana sini, gi pub. Xde lak kantoi. Duit mak pak x abes2 lak. Xyah ade degree pun masih kaya. Hahaha...

Okey dah setakat ini... Kenapa yg xde jawapan. Aku x perlukan jawapan sebab aku tahu banyak yg mustahil. Haha.. Just fefeeling ummah marhain yg sesat dalam arena kenapa kenapa... Kbai

No comments: