Semasa berlaku Perang Uhud, Allah memperlihatkan kehebatan Rasulullah melalui beberapa mukjizat. Antaranya yang berlaku kepada sahabat bernama Abdullah bin Jahsy. Abdullah berperang bermati-matian sehingga pedangnya patah. Oleh kerana Abdullah tidak mempunyai pedang lain, Rasulullah memberi sebatang tandan kurma kepada Abdullah. Tanpa banyak soal, Abdullah melibas dan memukul musuh menggunakan 'pedang'nya itu. Dia mempamerkan keberanian dan semangat namun Abdullah tidak sempat menyaksikan peperangan berakhir kerana mati syahid. Tercapailah cita-citanya untuk berjuang dan mati kerana Allah.
Semoga kita lebih mencintai Rasulullah.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment