TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Jun 2022

Tempat Membeli-Belah Barang Kucing, Cat Supermarket Kini Dibuka Di Seksyen 15 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Sajalah kami pergi melawat hari ini Cat Supermarket yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam, mall untuk beli semua barang-barang kucing, lengkaplah pendek kata. Yang paling suka, harga berpatutan sangat-sangat untuk semua barang. Nak jadi ahli kena bayar RM20, lepastu kalau resit korang melebihi RM50 bolehlah join contest, untung-untung dapat cabutan bertuah. Mall ini dibuka setiap hari pukul 10:00 pagi sehingga 7:00 malam. 

Pasaraya Kucing di Seksyen 15 Shah Alam

Kucing pun ada farmasi...


Yang paling obvious ialah scratching board memang ada banyak sangat jenis, daripada yg murah, semurah kotak kayu berharga RM5+ sehinggalah yang standing pole berharga RM300+ semua pun ada. Standing pole memang boleh aku cakap murah daripada tempat lain. Nantilah gambar tu ye... hukhuk

Tempat letak air dan makanan kucing, semuanya RM10+, kalau kau nak simple-simple saja, belilah kat kedai Eco, RM2.40 saja. Kalau nak canggih, nampak funky, boleh beli yang ini.

Tempat litter kucing, wah semua saiz ada, kecil besar, yang hoodie, tak ada hoodie, yang ada hiding spot, semua pun ada, harga sama macam di Shopee, lebih kuranglah. Tempat litter kucing, kebanyakan ada free scoop, kalau tak ada, korang belilah asing ye.

Beg carrier kucing, ada yang mahal-mahal aje, hahah. Yang ini yang jenis berkualiti, yang beg murmur yang kau selalu nampak orang bawak, corak pelik-pelik tu kan, dia tak ada dijual di sini. Yang itu kena beli kat Shopee. Kalau carrier jenis beg galas yang transparent, ya ada jual RM39.90 kalau ahli. Kalau bukan ahli RM49.90 kau. 

Kalau carrier jenis cage pun ada juga. Harga lebih kurang Shopee. 

Kalau cage kucing aka rumah kucing ada varies daripada besi murah kepada besi yang mahal. Yang besi mahal, boleh cecah RM400 hingga RM1000. Kalau cage yang murah iaitu besi cepat lendut, ya sama harganya dengan kat Shopee juga. Tak jauh beza. 

Kalau tilam bulu-bulu kucing, ya harga masih lebih kurang sama dengan Shopee, macam aku tengok beza RM4+- gitulah ye...

Pasir kucing pun ada, daripada yang biasa, yang eco friendly, yang bentonite, eh semua ada, tinggal nak yang mana satu.

Makanan kucing, jenama Buttons and Bow aje yang tak ada. HAHA. yang lain insyaAllah ada, yang sampai jenama apa yang aku tak pernah ada pun ada kat sini. Hehe. 

Senang kata kalau korang refer dengan harga yang ada di Shoppe, aku boleh cakap di sini harga lebih kurang sama, plus minus dengan pengeposan korang. Aku nak compare memang dengan Shopee je, sebab paling mudah kan... Jadi kalau sesiapa tinggal di Shah Alam, mehlah datang sini, beli di sini. Best sangat, macam semua benda nak beli. Hehe


Cawangan ada dua ya, satu di Melaka, satu di Shah Alam. Jemput datang.


Terima kasih. 

No comments: