TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

17 Jan 2020

Petua Membersihkan Dinding Tandas dengan Gansa Kedai ECO RM2

Assalam wbt dan Hi,

Korang pernah rasa annoyed dengan dinding toilet yang kotor lagi berkerak? Saya stress tengok hari-hari. Bukan tidak mencuba, tapi dah cuba sental sehabis baik namun tetap tidak berjaya. Penatlah kita cuba hampir setiap minggu, daripada jenama yg murah sehingga jenama yang mahal. Akhirnya terpaksa biarkan saja dinding sebegitu sehingga terfikir untuk menampal waterproof wall paper. Namun, itu bukan satu langkah penyelesaian yang baik kerana sampai satu tahap, wall paper tersebut akan luntur warnanya dan akan terkopek jua. Sayang pula nanti. 

Baru-baru ini mak dan kakak saya ada memberitahu, satu lagi barang Kedai ECO RM2 yang tersangat menarik ialah cecair pencuci jenama Gansa, Stain Remover yang mempunyai ciri-ciri botol berwarna coklat. Harganya RM2.10 . Sebelum ini saya ada juga membeli cecair pencuci yang lain, bukan jenama Gansa tetapi kesannya tidak terlalu memuaskan. 

Sebelum itu, saya nasihatkan jangan sampai termuntah sebab gambar agak menggelikan. Hehe. Okay di bawah ini ialah gambar sebelum dan selepas dibersihkan. Saya menggunkan berus plastik lembut yang juga dibeli dari Kedai ECO RM2. Untuk satu bilik air saya yg tak besar mana, saya mengambil masa dalam sejam jugalah. Lama juga kan? Penat pun penat sangat tapi puas hati betul. 

Sebelum

Ada banyak lagi gambar yang teruk, tapi saya tidak sampai hati nak kongsikan di dalam blog. Hehe. Jadi saya kongsikan yang ini sahaja ya. 

 Selepas

Beza, memang berbeza!!


Nah ini dia penyelamat kami. 

Konsep bling-bling tandas kita oi. Saya bagitahu Bang Ajid pasal betapa saya bersusah-payah menyental tandas. Lepas itu, dia sedap saja cakap "kita alergik dengan benda-benda bersih ni" hahaa. memang nak kena dia ni ya! hahahahahaha....


Okay, selamat mencuba ya!


No comments: