TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Jan 2020

Bahaya ke Sabun Basuh Sudah Tamat Tarikh Luput?

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Bahaya ke Sabun Basuh Baju yang sudah tamat tarikh luputnya?

Boleh guna lagi ke sabun basuh baju yang dah expired?

Itu soalan yang bermain-main di fikiran aku apabila aku lihat tarikh luput sabun basuh yang aku baru beli adalah tarikh yang sudah lama berlalu.

Sebenarnya, aku beli bersama-sama dengan ahli rukun tetangga rumah. Jadi, barang datang dalam bungkusan sebuah kotak yang memiliki 6 botol x 1.5kg yang berharga RM60. Apabila kita bahagikan, 1 botol berharga RM7.50 sahaja. Oleh kerana harganya yang murah, aku memang tanpa berfikir panjang telah menempah 2 botol. Hahaha... Sebab kalau kita beli di 99 Speed Mart, harganya RM9 kalau tak silap aku. Itupun dalam bentuk refill. 

tarikh luput ialah 12.12.2019 yang lalu. OMG!

inilah sabun basuh baju yang aku beli dah expired tadi, haha 


satu lagi sabun basuh baju yang aku ada mempunyai tarikh manufacturing saja atau tarikh ia dibuat. 


Memetik laman web The Spruce, adalah sebuah laman web yang mengulas tentang tips kehidupan dan inspirasi untuk membina rumah yang terbaik.  Laman web ini sangat menarik kerana banyak perkara yang kita boleh pelajari seperti menanam tumbuhan hiasan, mendekorasi rumah dll. Trylah tengok. 


Kita masih boleh menggunakan sabun basuh yang sudah taman tarikh luputnya tetapi mungkin dikhuatiri kurang berkesan. Sungguhpun begitu, ia tidak memberi kesan yang bahaya. Kemungkinan besar, sabun basuh kita agak berkepal-kepal dan tidak boleh melarut dalam air. 



Sungguh pun begitu, jika tiada tarikh luput yang tertera di atas botol sabun basuh baju, kita boleh menggunakan peraturan ini. 

1. Botol sabun basuh yang tidak dibuka masih boleh digunakan sembilan bulan atau setahun selepas tarikh pembelian. 
2. Botol sabun basuh yang sudah dibuka, perlu digunakan dalam tempoh enam bulan untuk mendapatkan kesan yang baik. 


Semoga bermanfaat!

No comments: