TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

3 Feb 2019

Kinabalu Park, Sabah

Assalam wbt

Kami sempat pergi ke Kinabalu Park sebelum hujan. Masuk RM3 untuk dewasa dan kanak-kanak free sahaja. Boleh drive dengan kereta sendiri. Kalau hendak parking di bawah dan jalan kaki sendiri pun boleh tetapi memandangkan kami bukanlah terlalu rajin nak jogging jadi kami prefer untuk drive. jangan pandang rendah kepada saga lama. kakakaka... Oh ya, ada blogger bagitahu simpan tiket kinabalu park dan boleh digunakan jika datang ke Poring Hot Spring. maaf ya, tidak boleh jika anda tidak tinggal di Homestay area Ranau. jangan berharap nak cut cost. haha.

Half way, ada memorial sempena gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu pada March 2018 kalau tidak silap. Siap ada pokok-pokok yang ditanam oleh ahli keluarga Malim Gunung sempena memperingati semangat mereka. 

di pintu masuk di mana pendaki Gunung Everest, eh Gunung Kinabalu mulakan pendakian. wakakakakakaka. nak juga bergambar di sini. 

okay nama gate dia ialah Pondok Timpohon. Boleh saja nak daki gunung Kinabalu dari gate-gate lain tapi yang ini paling famous uols. 

ini peta hendak menuju puncak. memang tidak tercapai akalku untuk tiba di puncak. hehe.. selepas beberapa minit kembali ke kereta, hujan turun dengan lebatnya! uwaaaaa.........................



No comments: