TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Jan 2019

Review Air Fryer Jenama Birkeshire

Assalam wbt

Pada dua bulan yang lalu, saya telah membeli air fryer jenama Birkeshire sempena Lazada 11.11 Cyber Sale. Tunggu offer sampai pukul 2 pagi. Berbaloi juga sebab harga asal air fryer tersebut RM189 sebelum pos, tapi dapat RM164 termasuk pos. kira penjimatan berganda juga. Tapi sekarang dah naik harga sikit di Shopee tapi okaylah tu kan.





Gambar ehsan google sebab lupa nak ambil gambar yang sebenar. Didatangkan dengan bungkusan yang kemas. Sangat berbaloi. Warranty setahun. kena pandai2 baca komen semua, survey sehabis yang baik baru boleh membeli. Kuasa membeli di tangan anda! chewah... Sebenarnya jenama Amgo dan Russell Taylors memang kerap keluar dalam iklan, namun tidak menarik minat saya. sebab banyak juga baca warranty dan penghantaran tidak berapa bagus.

Tetapi bagi saya sebenarnya semuanya bergantung kepada nasib kalau kita guna poslaju atau sewaktu dengannya ini. kemungkinan barang dicampak-campak ketika dipindahkan sangat tinggi. berdoa sahaja dapat yg elok-elok dan tak merugikan duit anda.



So far, saya gunakan sangat bagus. Penjimatan minyak berganda-ganda. 

Petua yang saya dapat melalui pembacaan
1. jangan basuh ketika air fryer masih panas. biarkan sekurang-kurangnya 30 minit atau memang sudah sejuk barulah dibasuh
2. basuh dengan kain lembut supaya tidak bercalar. kalau calar, maybe ada tindakan kimia ke atas besi tersebut. bahaya juga...

Berapa lama masa pembakaran menggunakan air fryer? saya pun kurang pasti. Tetapi untuk jenama Birkeshire, terdapat gambar arahan yang kita boleh ikut. seperti fries, suhu mesti 180 degree, masa dalam 12 minit. kalau banyak kuantiti, dalam 18 minit. suhu pembakaran mesti 180 degree, yang berubah hanya masanya sahaja. sebab apa, kalau saya gunakan suhu 160 degree atau yang lebih sedikit, memang tak masak terutamanya ayam. 

Kalau nak masukkan apa-apa yang masih frozen pun boleh! tiada masalah. letak dan tinggal. jimat masa, jimat minyak, bersih pulak. Cumaaaaaaaaaaaaaa,,,, yang tidak berapa best ialah kalau kita biarkan makanan yang dimasak air fryer terlalu lama, makanan akan menjadi keras.. contohnya fries. serious keras!

oh ya, Air fryer tidak boleh menggantikan tugas oven okay! nak masak pizza ke? jangan cubalah. sebab kalau letak roti piza, cheese, sosej contohnya, semuanya mengeras ! haha. memang air fryer. habis dry semua. 

************************************

UPDATE 2022, masih boleh digunakan. Kalau nak tahan lama, sila alas penggorengan dengan aluminium foil. Kemudian letak minyak sikit okay, takat renjis-renjis manja saja. Basuh sesudah sejuk! Jangan lupa. Lepastu nombor dia pun makin lama makin hilang, takpe korang buka je gambar yg ada merata kat internet, boleh dah agak. Kalau dah biasa guna, boleh tahu nak pusing sampai mana. hehe


Okay, sekian perkongsian daripada saya... Terima kasih. 

No comments: