TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 Mar 2018

Nota - Semua Berkaitan Penswastaan di Malaysia

Assalam wbt dan Hi,

Sebenarnya dapat info daripada Wikipedia dan internet, jadi aku keluarkan isi-isi penting. Semoga bermanfaat ya.. 

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

1. Proses Dasar Penswastaan Negara

2. Dibawah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

 

Langkah Kerajaan Untuk Memastikan Penswastaan Tidak Memberikan Kesan Buruk Kepada Pihak Yang Terlibat

1. Mengenakan kawalan terhadap bayaran perkhidmatan yang diberikan

2. Mengenakan syarat tiada pembuangan kerja untuk satu tempoh terhadap entity yang diswastakan

3. Memastikan pihak swasta membayar cukai yang tinggi

 

Kenapa Program Penswastaan Dijalankan?

1. Meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju

2. Meningkatkan sumber kewangan kerajaan

3. Syarikat gergasi menjadi penaung syarikat yang lebih kecil

4. Perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta

5. Meningkatkan persaingan sihat tentang ekonomi

6. Peluang pekerjaan bertambah

7. CEO dan staff akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka kerana masing-masing mempunyai saham istimewa

8. Bilangan usahawan bumiputera bertambah

9. Menambahkan teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat peruding

10. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi bidang tertentu

 

Strategi Program Penswastaan

1. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yang akan diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.

2. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi memenuhi matlamat sosioekonomi.

3. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan.

4. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangan syarikat tempatan khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur.

5. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang.

6. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor.

7. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi entiti yang diswastakan.

8. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan keberkesanannya.

9. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang diswastakan.

10. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.

 

Sekian, terima kasih. 


2 comments:

anakin faid said...

okay dah ada orang beli,, alhamdulillah thanks

Unknown said...

connector ada lagi tak?