Sunday, 7 May 2017

I Love KL Dataran Merdeka

Assalam wbt

Dapat juga bergambar dengan monumen I love KL ... Kat mana sebenarnya kedudukan i love KL yang besar dan cantik tu? Mesti nak bergambar kan?

Sila datang ke dataran merdeka... Parking ada, RM6 flat rate. Ada underground dataran juga, makanan murah, kedai sikit2, mural cheritera... Okey kalau parking kereta dlm underground, parking ke arah food court.. then jalan sikit... Sampai nampak jalan utama.. nah.. i love kl tu ada di kanan anda.. berdekatan ialah muzium kuala lumpur, muzium batik / jahitan (tak ingat)...

Bergambar sikit dekat dataran. Ramai je datang. Sebab nak datang masa sambutan kemerdekaan memang tak la kan... Okey dapat sampai sini waktu ni dah cukup okeyh... Kat klang valley pun banyak tempat menarik. Kalau naik LRT, turun kat masjid jamek atau pasar seni. Tapi menapak jauh... Dulu masa zaman belum kahwin rajin nak menapak. Sekarang100m pun naik kereta kahkah




Selamat berjalan jalan....

No comments: