Friday, 26 May 2017

E Hotel Port Dickson

Assalam wbt

Selasa lepas kami ke bandar Port Dickson. Cari hotel tapi nampak banyak hotel lama yg scary. Haha. Jadi kami ke pusat bandar sikit.  Kedudukan hotel ni agak strategik. Landmark bulatan bandar Port Dickson, satu kawasan dgn Family Store. Senang nak cari..

Harga 1 malam ialah RM90 untuk bilik double. Deposit RM50.
Ni weekdays.
Weekend, double RM127.50 ....

5 minit nak ke pantai teluk kemang
10 minit nak ke politeknik port dickson
Dekat juga nak ke hosp port dickson
Dekat juga nak ke kem port dickson

Bilik saiz kecil. Bilik air ada. Tilam extra xkan muat nak masuk sebab ruang kecil. Ada tv channel biasa. Takde wifi okey. Plug 1 aje. Make sure bawak extension lain kali... Then tapi yg paling best ialah tilam lembut empuk ya ampunnn... Naqib dan Nasuha asyik melompat... last2 kena lah tutup lampu...

Tol nak ke sini? Kalau dari KL, ambil exit port dickson. Then lalu hiway baru dalam port dickson tu. Terus je sampai hujung, sampai jumpa bulatan. Nah dah jumpa hotel tu. Senang x?? Hehe

Nah gambar..

Okey selamat bercuti. 

No comments: