11 Nov 2021

Melawat Taman Saujana Hijau Putrajaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak bawa anak pergi berjalan-jalan, lokasi ini menjadi idaman kalbu. Memang ramai sangat orang setiap masa setiap hari. Tak tahu bila taman ini kosong. Huhuk. Korang boleh google sahaja Taman Saujana Hijau Putrajaya, memang terus ke destinasi. Korang boleh klik link yang aku sudah sediakan. Manalah tahu nak tengok-tengok dahulu.

Terletak di Presint 11 dalam keluasan lebih kurang 117 ekar. Besar sangat tak larat nak pergi semua. Kalau rajin, memang boleh nampak taman bunga semua, memang cantik sangat! Dikenali dengan hutan tanah tinggi atau hutan konifer kerana dipenuhi dengan tumbuhan dari spesis gymnosperma. Taman ini ada 3 landskap, iaitu Bustan inggeris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah. Sikit saja yang aku tahu. 

Parking limited jadi berdoa sajalah dapat parking. 


Bustan Eropah katanya, ada pokok spesis wine tree. Cantik macam pergi oversea, takpun ala-ala Nami Island Korea Selatan, Eh yeke. 

Perjalanan jauh, jangan lupa bawa air. Tiada trem, Korang boleh bawa basikal sendiri. Tapi basikal tak ada laluan basikal dari parking, so kira korang kena angkat sendiri basikal naik tangga ya. Tangga pulak kecil. Penat kejap saja. 




Terima kasih. 

10 Nov 2021

Tempat Dating Yang Best Iaitu Thirty8 di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang terfikir nak dating di mana, bolehlah book meja di sini. Memang sudah well known sangat. Harga, memang kena ready dalam RM150 rasanya. Sekali-sekala why not. Tempat memang menarik untuk instagram korang. Yang best betul sebab boleh nampak view KLCC. 
 







Cantik pemandangan, cantik makanan, semua cantik. Jadi pakailah cantik-cantik. Kami datang waktu lunch dan belum ramai. Alhamdulillah.


Terima kasih. 

9 Nov 2021

Bercuti di Grand Lexis Port Dickson

Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah kami berpeluang nak tinggal di Hotel Grand Lexis di Port Dickson. Masa kami pergi ada promo, tidak sampai RM500 untuk satu malam, sepatutnya lebih mahal daripada itu. Yang penting instagrammable worthy. Tempat bergambar yang memang boleh masuk dalam instagram. Hah gitu. 

Boleh ke datang Grand Lexis tapi tak tinggal di sini? Jawapannya ya boleh. Trem tak tanya masa kami pergi. Hehe... Servis bagus, tempat bersih, selesa. Kami tak ambil pakej breakfast dan dinner, jadi kami beli di luar kemudian makan dalam hotel. Boleh juga korang nak grab atau panda saja. Ada masa, korang naiklah trem pusing keliling ataupun jalan kaki, atau jogging. Boleh saja mana-mana, tak salah.

Tempat ini menjadi lokasi cerita Miwapilzah.

Boleh juga beli boucer di SHOPEE Yang ini ramai juga yg bagi review. siap ada breakfast. Kalau tak ada orang yang pernah beli, seriau juga kita nak beli kan. Cubalah mana tahu, boleh jadi lokasi percutian seterusnya. Banyak percutian lain ya kalau mahu....




Terima kasih. 

8 Nov 2021

Pergi ke Victoria Bridge di Kuala Kangsar, Perak

Assalam wbt dan Hai,

Kami berkesempatan berkunjung di Victoria Bridge, Kuala Kangsar Perak. Kita google sahaja alamat dan know-know-arrive. Sesiapa yang suka jalan-jalan tempat instagrammble worthy, hah bolehlah datang sini ya... 




Masuk percuma. Parking ada banyak jugalah boleh tahan. Korang berzikir selawatlah moga ada parking. Dari bandar besar Kuala Kangsar ke sini, boleh tahan jauh. Kawasan agak bahaya, jadi hati-hati bila bawa anak.


Terima kasih. 

7 Nov 2021

Naik Bot di Tasik Shah Alam (Antan Batura Watersports)

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Oleh sebab baru habis PKP, beriya-iyalah kita kan nak pergi ke sana ke sini. Jadi apa kata bawa anak-anak naik bot di Tasik Shah Alam. Untuk dewasa, RM8 sahaja dan untuk kanak-kanak hanya serendah RM5 sahaja. Boleh naik bot seawal jam 8 pagi. Tiada cuti ya tempat ini, hari-hari buka. Kita akan naik bot dalam masa 15 minit begitu. 1 trip bot dalam 16 orang macam itu kot, atau bersamaan 4 keluarga. 

Di sini banyak parking. Jangan lupa waze "Antan Batura Watersports". 







Untuk korang yang terasa nak duduk depan, tiada pandangan terhalang, korang pilihlah tempat duduk yang jauh dengan pemandu bot. Pemandu bot sebenarnya di bahagian belakang semasa bot bergerak.


Terima kasih. 

6 Nov 2021

Pergi ke Elmina Iconic Bridge di Denai Alam Shah Alam

Assalam wbt dan Hai.

Jika orang Kuala Lumpur berbangga dengan Saloma Bridge, kita orang Shah Alam boleh berbangga dengan Elmina Bridge yang terletak di Denai Alam atau Seksyen U16 Shah Alam. Baru-baru ini selepas selesai PKP, barulah Elmina Bridge ini dibuka untuk orang ramai. Meriah betul ! Alhamdulillah tak hujan jadi seronoklah lari-lari bebudak ni. 




Sebelum ini, kami ada juga cuba nak pergi ke Putrajaya, nak lepak malam-malam di hadapan Masjid Putra. Malangnya, memang ramai sangat sampai kami tak boleh masuk pun ke laluan biasa kita, yg dekat pejabat PMO. Jadi tercari-cari juga tempat mana untuk melepak di malam minggu. 

Tak sangka di kawasan ini hampir serupa dengan Putrajaya cuma belum ramai penjual makanan dan yang menyediakan servis sewa basikal elektrik dll. Ada 3 sahaja food truck, satu jual air dan sosej/fish ball, satu jual sotong/ayam goreng, satu lagi lori tealive. Ada dua motor menjual ais krim. 

Ramai sangat orang nak bergambar, kebetulan kami ambil gambar, tiada yang photoboom.




Memang tersedia parking halal, dan ada juga parking haram di tepi jalan. Tak ada polis nak saman, so tak mengapa kot. hehe. 

Terima kasih. 

5 Nov 2021

Soalan Seterusnya, Apakah Kekuatan Anda atau What is Your Strength?

Assalam wbt dan Hai,


Soalan seterusnya ialah apakah kekuatan anda?
During interview, interviewer always ask about what is your strength ? So how to answer this. Looks like you cant really talk big-big over reaction, because they might be thought that you are showing off. Thus, the safest way, 



First Strength 

I work well in teams. Last time my division was people with different background and experience. I did regular bonding sessions to mingle around to help break the ice. I also took some tasks that other people didnt want to. E.g volunteer and english class. During discussion or meeting, I always tried to speak up to give suggestions and comments. It might be wrong but I didnt afraid to tell them what I thought. This was to show that I supported my colleague well. Better to response than just sat down and looked at the wall as if nothing happened. When I left, a number of staff thanked me for the diplomacy and harmony I fostered in our work environment.


Second Strength

I think one of my greatest strength is creativity. I have tendency to recognize ideas to solve problem. For example, when superior sent us training to learn new software design, I learn myself from time to time, during recess, try and error, even downloaded the software and installed in my laptop so that I can learn more. Finally I understood and taught others. I like to try something new, to look the differences before and after even though that is not in the job scope. 


Semoga bermanfaat.


Terima kasih. 

3 Nov 2021

Soalan Temuduga, Apakah Dua Kelemahan Anda atau What is Your Weakness?

Assalam wbt dan Hai,

Aku tulis terus ya. Boleh copy paste terus. 

We will be questioned about strength and weakness during interview. 
So I have this kind answer for all my interviews. Or you might say the answer sheet for me.

What is your weakness?



First Weakness

I have a tendency to work until I reach burnout. I noticed in my career I would work very hard on projects, staying up all nights, going home late at night and continued to work at home to finish on the deadlines. This caused me sick and have to miss work. I am now learning how to impose healthy limits on myself and to stick with schedule so that I dont risk burning out.


Second Weakness

I have always been nervous when speaking to large group of people. I dont enjoy it at all. English is not my mother tongue. I always speak Malay language at home. And also it has not been part of my past jobs. It has not been a problem but I have assumed it might be good in future. So I have been trying to speak more in our team meetings and I volunteered for the office social committee. I became MC for HSE weeks and presented few presentation of projects. 


Dua sahaja kita senaraikan, jangan banyak sangat. Takut tak ter-elaborate. Mudah. Hehe. Jangan lupa terangkan dengan ayat yang mudah. Moga bermanfaat. 


Terima kasih. 

2 Nov 2021

Ijazah Dari Habib Umar bin Hafidz Amalan Supaya Anak Yang Nakal Menjadi Anak Yang Soleh

Assalam wbt dan Hai,

Petua daripada Habib Umar bin Hafidz, keturunan Rasulullah SAW dari nasab Sayidina Husin bin Ali. Petua untuk melembutkan hati anak-anak yang nakal. Buat istiqamah jangan langsung jemu okay? Alhamdulillah memang nampak perubahan sangat-sangat. Saya pun sudah mencuba amalan ini. Alhamdulillah. 



"Ijazah Dari Habib Umar bin Hafidz Amalan Supaya Anak Yang Nakal Menjadi Anak Yang Sholeh dan Wanita Hamil Akan Mendapatkan Anak Yang Sholeh"

Ambil Segelas Air Hujan.Kalau Tidak Ada,Maka Ambillah Segelas Air Susu.Kalaupun Tidak Ada Juga,Ambillah Segelas Air Putih.
Baca Surah aL-'Alaq Ayat 1-5 Dibaca 11×.
Kemudian Baca Surah aL-Fatihah 1×.
Setelah Itu Tiupkan Ke Air Didalam Gelas Itu.
Dibaca Setiap Hari Setelah Shalat Shubuh Sebelum Waktu Isyroq.

Insya Allah,
Anak Yang Nakal Menjadi Sholeh.
Anak Yang Lambat Faham Akan Ilmu Agama,Cepat Faham.
Anak Yang Durhaka Sama Orang Tuanya,Akan Bakti Kepada Kedua Orang Tuanya.
Dan Anak Itu Cepat Hafal Serta Mudah Mengingat Pelajaran.

Dan Juga Wanita Hamil Kelak Akan Mendapatkan Anak Yang Sholeh.

Barakallah.


Semoga bermanfaat. 

1 Nov 2021

Tadabbur Surah Al-An'am Dalam Bentuk pdf oleh Ustaz Syahmi Syazeril Azmi

Assalam wbt dan Hai,

Ada tadabbur Surah Al-An'am dalam bentuk pdf. Penerangan dalam bergambar, jadi mudah faham.




Terima kasih.