TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

25 Sept 2021

Siapakah 7 Wali Quthub di Dunia Sekarang?

Assalam wbt,

Sudahkan anda berselawat?

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Siapakah Wali Allah?

(Petikan buku Misi Misteri Makhluk dan Tokoh Akhir Zaman - Ciri-ciri dan Peranannya, Tulisan tangan Encik Abu Muhammad Arafah Adha, Hijjaz Records Publishing)

Walaupun kita tidak mengenali wali Allah yang sebenar, namun ketahuilah bahawa setiap mereka yang memperjuangkan dan mengembangkan agama Allah ialah orang yang dikasihi Allah. Pada zahirnya tidak salah menganggap mereka sebagai wali iaitu dalam maksud perkataannya sendiri, pembantu membela agama Allah. Jadi terhadap golong ini kita patut hormati mereka kerana golongan ini dicintai oleh Allah. 

Sebahagian mengatakan wali Allah terdiri daripada ulama, sebagaimana Hadis Rasulullah, "Sesungguhnya keutamaan alim dibanding seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, maka dia telah mengambil bahagian yang sangat besar."

Tidak semua ulama adalah wali Allah, tetapi para wali umumnya terdiri daripada ulama, tidak mungkin orang jahil dilanting oleh Allah menjadi waliNya. Imam Syafie berkata, "Bila ulama yang mengamalkan ilmunya yang mempunyai ciri-ciri amalan para wali Allah, dia tidak semestinya wali Allah...!"

Wali Allah tidak menganggap dirinya suci walaupun sebesar dan sebanyak mana amalan yang dikerjakan. Allah berfirman, "Janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang siapakah orang yang bertakwa." (Surah al-Najm: 32). Berdasarkan ayat tersebut, tidak mungkin ada Wali Allah yang mengakui dirinya sendiri sebagai wali, kerana Wali Allah adalah pilihan dan lantikan oleh Allah, bukan yang dilantik dan diakui oleh manusia.

Tanda-tanda Wali Allah
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah
2. JIka mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya
3. Mereka bertakwa kepada Allah
4. Mereka saling menyayangi antara satu sama lain
5. Mereka selalu sabar, warak, berbudi pekerti yang baik
6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana
7. Hati mereka sentiasa bergantung kepada Allah
8. Mereka senang bermunajat di akhir malam dan selalu menangis mengingati Allah
9. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya

Setiap wali mempunyai peranan yang berbeza dan tahap mereka juga berbeza. Hanya Allah yang lebih mengetahui tingkatan amalan mereka. Namun berdasarkan kajian, dapat dikenal pasti bahawa para wali ini dikenali dengan nama berbeza.

Wali Quthub ialah mereka yang arif, benar-benar mengenali Allah.


1. Habib Abdul Qadir bin Ahmad As Seggaf

2. Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri

3. Habib Muhammad Al Haddar

4. Sayyid Muhammad Al Maliki

5. Habib Abu Bakar Al Adni Al Masyhur

6. Habib Umar bin Hafiz

7. Habib Ali Al Jufri

Insha Allah jika diberi kesempatan untuk bertemu Wali Allah, alim ulama, ustaz ustazah yang solehah, kita disunatkan meminta mereka memohon doa semoga Allah mengampunkan dosa kita. Insha Allah amin ya Allah. 

No comments: