TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Sept 2021

Selawat Sultan dan Maksudnya, Selawat Sultan dalam pdf

Assalam wbt dan Hai,


Sekiranya kalian ingin memuat turun dalam bentuk pdf, boleh klik Selawat Sultan.

Saya print screen dan kongsikan dalam post saya ini. Mudah-mudahan bermanfaat.

Selawat ini nisbah kepada Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau adalah pemerintah DInasti Ghaznawiyah. Beliau adalah seorang Khalifah Muslim, pemimpin tertinggi dalam autoriti keagaam dan pemimpon politik bagi sebuah wilayah kekuasaan yang sangat luas yang jika diukur dengan pemetaan hari ini, mencakup negara-negara Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Afghanistan, Pakistan dan India Utara. (Saya tulis semula sahaja)

Sultan ini dikatakan selalu berselawat sebanyak 300,000 kali sehari dan rakyatnya lama menunggu untuk berjumpa dengan sultan. Maka, satu hari Rasulullah muncul dalam mimpi Sultan ini, kemudian mengajar Selawat Sultan. Sumber ini Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas.









Sekali bacaan Selawat Sultan, bersamaan 100,000 kali selawat. Subhanallah.
Sekurang-kurangnya baca 3 kali sehari semalam. 
Digalakkan membaca 3 kali siang dan 3 kali malam.



Cadangan membaca Selawat Sultan Insha Allah:
1. Membaca sebanyak 3 kali sehari selepas selesai solat fardhu. Sekali Selawat Sultan mengambil masa dalam 5 minit. Tiga kali Selawat Sultan mengambil masa 15 minit. 
2. Jika kalian sukar mencari waktu lapang, bacalah 3 kali selepas selesai solat Subuh dan 3 kali selepas selesai solat Maghrib.
3. Jika kalian sukar juga, bacalah sekali setiap hari waktu selesai Solat Subuh, sekali selepas solat Zohor dan sekali selepas solat Asar. 3 kali dibaca selepas waktu Maghrib. 


Semoga bermanfaat dan semoga ada masa membacanya. 

Tahniah kami ucapkan, semoga berjaya.


Terima kasih :)



No comments: