TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

6 Apr 2021

Beli Mi Bandung, Soto, Laksa Johor dan Begedil Dengan Harga RM55 daripada Muo.Le

Assalam wbt dan Hi,

Oleh sebab tak boleh rentas negeri, jadi saya rindu betul pada negeri kelahiran iaitu negeri Johor yang tercinta. Nak cari mee bandung Johor memang susah. Namun, berita baik sebab sekarang saya sudah jumpa pilihan nak makan mee bandung! Wow! Memang terus teringat kampung halaman tatkala menyuap mi bandung! Hikhik



Saya beli set ini yang berharga RM55 sahaja! Wow ke Wow?? Ada soto, ada mee bandung, ada laksa johor, dan ada bergedil siap! Menarik sangat! Penghantaran RM8 untuk kesemua kawasan Lembah Klang. Tak faham mana diorang dapat untung. Hikhik. Bagi kami, kuantiti boleh dikatakan banyak sebab kami memang makan tak banyak tapi kalau untuk orang normal, semangkuk itu memang sesuai untuk seorang makan. 

Hah apa lagi korang kalau teringin nak makan apa hujung minggu ini, bolehlah membeli daripada IG Muo.Le Korang tekan URL di sini ya. BTW ada banyak pakej yang disediakan. Korang jenguklah IG diorang okay, untuk lebih faham. Selamat makan! Terima kasih!

No comments: