TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

4 Feb 2020

Pengalaman Extrade (Trade in) Coway Selepas 5 Tahun

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA 

Akhirnya saya boleh menulis tentang perihal kami extrade penapis air Coway. Kami mula menggunakan penapis air Coway pada bulan Dec 2014. Masa itu kami baru saja berpindah ke Selangor. Penapis air sangat bagus terutamanya kepada penduduk Selangor sebab air kadang-kadang kotor sangat. Kelebihan lain penapis air Coway adalah memudahkan proses membuat susu Naqib dan Nasuha. 

Suka saya ingatkan konsep penapis air Coway, kita boleh bayar selama 5 tahun, 7 tahun atau bayaran penuh one-off pada tahun pertama. Harga one-off pada tahun pertama adalah lebih murah berbanding jumlah harga untuk 5 tahun dan 7 tahun. Berdasarkan pengalaman kami pula, harga untuk 5 tahun adalah lebih murah daripada harga 7 tahun. Jika kita membeli penapis air secara one-off, harga itu tidak termasuk percuma servis menukar spare part sepanjang tempoh bayaran 5 atau 7 tahun. Ambil maklum yang servis menukar spare part agak mahal jika tidak termasuk dalam pakej. Memang boleh tukar sendiri spare part tapi nak beli pun mungkin mahal juga. Selepas 5 tahun atau 7 tahun habis membayar sewa, penapis air tersebut sudah menjadi milik kita. Jika hendak trade in, dapatlah penapis air yang baru. Kalau kita tidak mahu trade in, perlulah tukar spare part sendiri. 

penapis air Coway tahun 2014, jenis Villaem I

Pada tahun 2014, kami membayar sebanyak RM113 setiap bulan untuk penapis air Coway jenis Villaem I selama 5 tahun. Selepas 5 tahun, kami boleh trade in (istilah pekerja Coway menyebutnya Extrade) penapis air Coway yang baru, dan ditawarkan diskaun RM10. Contohnya, penapis air Coway Villaem II, tanpa trade in bayaran harga sebulan ialah RM120 tetapi jika kita trade in bayaran harganya sebulan ialah RM110. Sebenarnya konsep trade in penapis air Coway, bukan semua penapis air boleh trade in dan memperoleh diskaun RM10. Jika penapis air yang kita pilih terlibat dalam promosi pada waktu tersebut, diskaun tidak RM10 tidak boleh digunapakai. Kata pun sudah promosi maka harga juga sudah murah. Dan jika kita membeli produk promosi sebenarnya kita membeli baru dan bukan trade in. 

Bayaran harga sebulan penapis air jenis Neo CHP-260N tanpa promosi ialah RM98 (jika tidak silap saya) tetapi mengikut harga promosi, bayaran harga sebulan jika memilih bayaran untuk 5 tahun ialah RM85. Jika memilih bayaran untuk tempoh 7 tahun, bayaran harga sebulan ialah RM65 sahaja.

Penapis air baru tahun 2020 iaitu jenis Neo-CHP260N.


Jika saya darabkan:

Tempoh 5 tahun
RM85 x 12 bulan x 5 tahun = RM5,100

Tempoh 7 tahun
RM65 x 12 bulan x 7 tahun = RM5,460

Jadi, kami memilih untuk tempoh 5 tahun saja. Selepas 5 tahun kami boleh memilih penapis air Coway yang baru. Yang kami kesalkan ialah, mengapa penjual Coway kata harga untuk 7 tahun lebih murah daripada 5 tahun? Sepatutnya harga bulanan yang murah saja perlu diketengahkan. Jangan buat isu yang membuatkan orang salah faham. Namun sudah katanya iklan, mesti tidak lari daripada konsep misleading info. Hmmm...

Kenapa kami memilih penapis air Coway jenis Neo, CHP-260N yang menghasilkan air mineral? Ini kerana dalam banyak-banyak jenis penapis air Coway, ini satu-satunya paling murah yang menghasilkan air mineral. Kebanyakan penapis air Coway menghasilkan air RO (reverse osmosis). Kami mahukan air mineral dan bukannya air RO. Pada pendapat kami badan manusia masih memerlukan mineral daripada makanan atau minuman tetapi masalahnya makanan atau minuman harian yang kami ambil belum tentu ada mineral. Kalau air jenis RO, tiada mineral langsung dan hampir seperti air suling. Oh ya, penapis air Coway kami yang lama iaitu jenis Villaem I menghasilkan air RO (reverse osmosis). Memang rasa air berbeza untuk mineral dan RO. Saya pun tidak faham mengapa marketing Coway suka menggembar-gemburkan konsep air RO lebih baik daripada air mineral. Sepatutnya mereka perlu bagi dalil khusus apa kelebihan air RO untuk tubuh badan manusia. 



Sebulan sebelum kami menukar penapis air Coway, ramai betul penjual penapis air Coway menghubungi kami untuk menyatakan promosi itu dan ini tetapi tiada seorang pun terangkan dengan jelas tentang bolehkah kami menukar penapis air Coway jenis Villaem I kepada Neo CHP-260N.. Kebanyakan penjual penapis air Coway mengatakan, penapis air Coway kami tidak boleh trade in dengan penapis air Coway yang tergolong dalam promosi. Jika kami pilih juga penapis air Coway Neo CHP-260N, penapis air Coway lama kami tidak akan diambil oleh mereka iaitu, selepas mereka memasangkan penapis air Coway yang baru. Ini kerana kami bukan trade in tetapi membeli yang baru. Di sini saya baru faham apa itu EXTRADE ! huhu. Yang penapis air lama akan dibiarkan di rumah kami ? (suka hati kami nak buat apa). Masalahnya kalau dibiarkan di rumah pun nak buat apa?? Persoalan ini tidak dijawab oleh semua penjual penapis air Coway yang saya tanya sehingga satu hari, XXX whatsapp saya dan menjelaskan hal ini. 

Sebenarnya begini, penapis air Coway yang kita sudah bayar sudah menjadi hak milik kita. Jadi mereka ingin mengambil peluang supaya kita boleh trade in dengan mana-mana produk Coway yang lain seperti penapis udara. 

Kalau kita trade in, mereka akan memasang yang baru dan ambil barang yang lama. 

Kalau kita beli yang baru, mereka memasang yang baru dan tinggalkan yang lama. 

Jadi kalau penapis air Coway yang lama masih di rumah kita, kebarangkalian kita mahu trade in itu tinggi. Oleh sebab saya mengambil sikap tarik tali dengan XXX, maka XXX berjanji yang technician Coway yang akan memasang penapis air yang baru akan mengambil (membawa keluar) penapis air yang lama ke office / warehouse mereka asalkan kami membeli dengan XXX. Bagus! 

Seminggu selepas rumah kami dipasang penapis air Coway Neo-CHP260N, XXX menelefon saya untuk memujuk untuk trade in penapis air Coway yang lama kepada mana-mana produk tetapi saya memang berkeras tidak mahu. Jadi, saya pun tidak pasti apa yang terjadi kepada penapis air Coway kami yang lama. Sebenarnya kami tidak tahu juga adakah keputusan kami ini wajar atau sebaliknya. Cuma satu saja yang saya pasti dengan keputusan kami, 

"Yang penting saya taknak penapis air Coway yang lama di rumah saya. Itu saja dalam fikiran saya, simple! "

Jadi, pada minggu kedua bulan Dec 2019, kami mendaftar penapis air Coway yang baru. Pada minggu ketiga bulan Dec 2019, barulah technician Coway datang untuk memasang penapis air Neo CHP-260. Yang pelik sedikit, pada bulan Dec 2019 juga, kami bayar dua kali iaitu RM113 (penapis air Coway yang lama iaitu Villaem I) dan RM85 (penapis air Coway yang baru iaitu Neo CHP-260N). Mujur pada bulan Januari 2020, tiada penolakan dibuat.




Okay, sekian cerita kami dengan Coway. Semoga pengalaman ini memberi manfaat kepada sesiapa yang mahu trade in penapis air Coway. Terima kasih. 

No comments: