TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

15 Sept 2017

Makan di Besito's Survival Seksyen 23 Shah Alam

Assalam wbt

Tadi baca promosi di laman facebook. Saya mendapati ada sebuah kedai makan, Besitos Survival. Kami waze sahaja. Kami tidak pernah sedar kewujudan kedai ini sungguhpun selalu ke Aeon Big Seksyen 24 Shah Alam. Walhal dekat sahaja.

Nah ini chicken chop RM6. Set western yang sangat murah !! Saiz pun puas hati sangat.. Hari promo sahaja. Harga asal kalau tidak silap ialah RM16.90


Ada fries dan coleslow juga. Sos adalah pilihan peribadi. Kalau hendak mencicah dengan sos, boleh minta kepada pelayan. Sos lada hitam yang disajikan kurang ummph. Mungkin hendak mencapai selera kanak-kanak juga sebab tidak padat dengan lada hitam dan tidak pedas. 

Nampak tak Naqib makan dengan gembira. Sepinggan RM4.90. apa yang aku boleh puji, cheese sangat sedap !! Sedap betul !! Siap ratah. Hihi

Nah gambar dak Nasuha. Maaflah ada gambar tuala good morning pula, tiada pinggan extra, tuala pun boleh. 

Overall okay. Boleh mai lagi kalau rindu dengan cheese sedap ! 

Selamat mencuba !! 


No comments: