Wednesday, 11 January 2017

Petua Ruam Kelopak Garam

Assalam wbt

Hari sabtu lepas aku terkena alergik sepi. Eh? Aku ada alahan sikit lah. Gatal2 habis satu badan. Tak tahu kenapa sebab ruam ni bawah kulit. Hari isnin jumpa doktor. Doktor cakap memang ada alergik.

Doktor acah2 nak.trace aku alergik ape. Tapi aku pun tak hengat. So doktor bagi ubat alergik, ubat gatal cum selesema. Tapi tetap tak hilang lah. Kejap ada kejap takde.. Kalau ruam tengah naik tuuu fuhh rasa macam disiat2 bawah kulit, nak menggaru ajee kerjanya..

Jadi aku whatsapp gambo aku kat group sepupu. Depa cakap ni kelopak garam / sopak garam. Petuanya sapukan kapur masak tu kat kulit yg ada ruam ni. Satu malam jugalah panas satu badan. Tapi pepagi alhamdulillah tengok ruam dah takde. Ada la sikit. Tapi sikit sangaaaattt. Terima kasih wahai saudara sepupu sekalian.... Lega dihatiku kembali...

Ni gambo kulit terkena kelopak garam tu.. Sekarang dah okeyyy.. Takde merah2 tu.. Syukur sangat

No comments: