TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 Oct 2021

Pokok Bunga Ros Jepun, Pokok Paling Mudah Tumbuh Untuk Orang Noob

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang baru berjinak-jinak nak ada pokok bunga di rumah, dan confirm nak ia berbunga, pokok bunga paling mudah dah tumbuh kalau korang jenis buta tangan (ada ke istilah ini. Haha) memang tetap boleh tanam dan hidup berbunga dengan baik. Alhamdulillah mudah sangat! Namanya pokok bunga ros jepun. Banyak sangat warna, ada kuning, ada pink, ada merah, ada ungu dan lain-lain. Harganya pulak, alahai murah sangat di Shopee, sebatang pokok dalam RM0.40 sahaja. Apa tunggu lagi?? Cepatlah beli! Hehehe.... 


- tak payah duduk bawah matahari
- siram sehari sahaja tapi kalau panas sangat, dua kali sehari
- siram pagi-pagi sebelum jam 8 pagi sebab selalunya pukul 8 pokok ini akan berbunga
- kalau nak siram petang, siram lepas asar, lewat petang sikit sebelum maghrib
- letaklah baja dua minggu sekali kalau rajin
- boleh tanam dalam pasu sahaja



Terima kasih.

No comments: