TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

7 Aug 2021

Teka-Teki MCO : Mana lagi duit RM1 saya??

Assalam wbt dan Hai,

Masa MCO 3.1 kali ini, ada jugalah teka-teki berlegar.


Teka-teki berbunyi:

"Saya nak beli baju RM97 tapi saya tak ada duit. So saya pun pinjamlah RM50 kat kakak, RM50 kat adik. Sekarang saya ada RM100 dalam tangan. Lepas beli baju, cashier pulangkan RM3. Saya pun pulangkan RM1 kat kakak, RM1 kat adik. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang saya hutang kakak RM49, hutang adik RM49. Tapi bila saya campur dua-dua hutang kakak dan adik, RM49 + RM49 = RM98. Campur duit dalam tangan saya RM1 jadi RM99. Mana lagi RM1 duit saya?"

Haaa... banyak soalan ini berlegar-legar di whatsapps sebab ayat yang tak tersusun. Haha. 

Pinjam kakak = RM50
Pinjam adik = RM50
Jumlah = RM100

Beli baju = RM97
Pulangkan kat kakak = RM1
Pulangkan kat adik = RM1
Saya ambil = RM1
Jumlah = RM100

***************************************************************

Kita pecahkan:
Pulangkan RM1 kepada kakak, dan pulangkan RM1 kepada adik.

Hutang baru kepada kakak = RM50 - RM1 = RM49
Hutang baru kepada adik = RM50 - RM1 = RM49

***************************************************************
Mengulang semula situasi:
Beli baju = RM97 iaitu RM48.50 daripada kakak dan RM48.50 daripada adik.
Saya ambil RM1 iaitu duit sebenarnya kepunyaan kakak dan adik.
Maksudnya, RM0.50 daripada duit kakak, dan RM0.50 daripada duit adik.

Hutang baru:
Hutang baru kepada kakak = RM48.50 + RM0.50 = RM49
Hutang baru kepada adik = RM48.50 + RM0.50 = RM49

***************************************************************

Jumlah duit:
Hutang baru kepada kakak = RM49
Hutang baru kepada adik = RM49
Pulangkan kat kakak = RM1
Pulangkan kat adik = RM1
Jumlah = RM100 (MASIH SAMA !) 

***************************************************************

SEBENARNYA penggunaan ayat yang mengelirukan membuatkan kita terlupa tak sedar sebenarnya jumlah duit itu sama saja. Jangan panik-panik, semua bisa diatur... hehe...

No comments: