TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Jun 2021

Beli Scones di Zalynz Oven Seksyen 3 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang area Shah Alam atau Subang Jaya atau yang berdekatan, teringin nak makan scones tapi tak tahu nak cari di mana, korang boleh beli scones di Zalynz Oven. Kafenya berwarna pink serba-serbi, letaknya di Seksyen 3 Shah Alam. Memang dibuka sepanjang PKP sebab sudah ada surat MITI. Kalau korang nak order terlebih dahulu, boleh DM terus di IG mereka. 


Sebiji scone berharga RM4.50, setiap scones didatangkan bersama jem strawberi dan butter sekaligus. Memang sedap bagi aku. Cuma tak boleh lawan perasaan makan scones di sini dan kalau makan di Cameron Highlands, nikmatnya berbeza. Hihi. Nak datang sana tak tahu lagi bila kan. Jadi kita makan dulu yang ada di sini. Kalau tidak silap aku, ada juga perkhidmatan transporter makanan dari Cameron Highland di Instagram cuma aku belum pernah cuba. Aku tahu harga penghantaran mesti mahal, jadi aku nak jimat, maka aku beli yang ada di area berdekatan sahaja. 

Gambar scones sengaja aku tangkap bersama cawan dan piring. Cawan dan piring ini adalah hadiah kahwin kami tahun 2013 dan hanya dipakai buat pertama kalinya semasa dihidang bersama scones. memang tak sangka baru nak guna sekarang. Hehe. Air teh decaffeinated katanya, tapi memang sedap! (Bilalah aku nak diet?)


Jangan lupa cuba ya. sekian terima kasih.

No comments: