TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

25 Aug 2022

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai,

Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempat-tempat yang kami sudah jelajahi di kawasan Lembah Klang. Ada lagi dalam senarai yang kami belum pergi atas sebab wang dan masa. Haha. Ada rezeki Allah nanti kami pergi. Jom Tengok!

Klik gambar untuk wasap







4. Jom ke Tugu Negara Kuala Lumpur











15. Jom Main Indoor Game di Main Place USJ (murah sangat rate RM10/jam weekend)

16. Larian Milo (boleh alert untuk event setiap tahun)





























45. Jom Tengok Padi di Sungai Besar Selangor



48. Jom Riadah di Taman Eco Rimba Sg Tua, Jalan Hulu Yam Batu Caves






54. Jom Pergi ke Mini Zoo KL Tower






60. Jom Melawat Butterfly Park Kuala Lumpur



63. Jom Naik Dondang Sayang di Tasik Putrajaya


65. 

24 Aug 2022

Jom Naik Motor Elektrik Untuk Bersiar-siar di Sekitar Anjung Floria Putrajaya

Assalam wbt dan Hai,

Korang selalu nampak kan orang naik motor elektrik anak beranak kan, tapi tak tahu nak naik dari mana. Hah jawapannya, korang boleh jumpa di sekitar anjung Floria Putrajaya. Kalau korang nak google map, korang search saja Pantai Floria Putrajaya. Di sini banyak parking dan percuma!

Nak naik motor elektrik, korang kena masuk dulu jalan kaki ke bahagian Pantai Floria, bertentangan dengan itu, korang nampak dah satu pondok sewa motor elektrik. Ada yang untuk 2 orang, 4 orang dan lebih dari 4 orang. Ikutlah kepada kapasiti korang kan. Harga pun bergantung kepada kapasiti. Contoh macam kami 4 orang, harga sewa ialah RM50 untuk masa 30 minit! WOAH! Memang puas hati.

Kami berpusing-pusing di kawasan Anjung Floria, terus ke Masjid Besi terus ke Monumen Putrajaya. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, ya Allah nikmat yang mana mahu kau dustakan. Hah gitu. Jemputlah datang sini ya.... 


Selain itu, adalah kawasan yang instragammable worthy di sini. Bolehlah berhenti kejap-kejap untuk ambil gambar. 

Pemandangan yang menarik di sini. Selain daripada itu, korang juga boleh sewa basikal, berkayak dll. Banyak juga aktiviti di sini. Pun ramai yang ambil gambar untuk Pre wedding, graduasi dll. Rasanya kami nak ambil gambar pun kena ambil turn. Nak lalu pun kena tunggu orang lain ambil gambar. HAHA. adoyai.... 

Nak masuk Pantai Floria, kena bayar tau, siapa ada berpagar. Harganya RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Memang guna pasir pantai tu korang, pantai palsu kot aku boleh cakap. Tiada toilet dalam kawasan berpagar Pantai Floria, jadinya korang nak tukar baju tu macam pandai-pandailah. Yang aku nampak, anak-anak kecil ni, mak pak dorang tukar baju tepi-tepi gitu, naked aje. huii bahaya betul! 


Jemput datang!

23 Aug 2022

Jom Pergi ke Bird Park Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur

Assalam dan Hai,

Bird Park Kuala Lumpur atau Taman Burung Kuala Lumpur terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Boleh waze lokasi dengan mudah. Parking mudah didapati terutamanya di awal pagi. Jam 9 pagi sudah dibuka, kami juga sudah terpacak di sini. Ada hikmah kami pergi awal, parking di hadapan pintu gerbang, kemudian burung-burung baru saja bangun dari tidur. Jadi kami antara yang awal nampak mereka berbunyi, berkicau, sibuk nak cari makanan, terbang sana sini, dan mengembangkan ekor merak. 

Kawasan taman burung ini terbahagi kepada 4 bahagian, Bahagian 1, 2, 3 dan 4. Aku nasihatkan korang pergi ke bahagian 1 dan 2 terlebih dahulu atau bahagian kanan kawasan sebab kebanyakan burung berkeliaran di bahagian ini. Tak banyak burung di bahagian 3 dan 4. Memang hampir semua burung dibiarkan free and easy. Memang kalau jinak belaka dan masing-masing bernyanyi riang. Gembira kami melihat ciptaan Allah swt. Alhamdulillah! Cantik-cantik belaka. 

Apa yang best?
1. Burung free and easy yang banyak!
2. Ada toilet dan tempat makan
3. Boleh beli cenderhati
4. Boleh bagi burung unta makan, makanan disediakan
5. Ada kawasan library kecil boleh tengok video bagaimana burung membesar dalam telur
6. Ada kawasan burung kakak tua yang lincah
7. Ada tempat boleh ambil gambar dengan burung kakak tua

Masa kami tiba, burung merak sedang kembangkan ekor, sempatlah bergambar. Kemudian lalu seorang mat saleh, dia pun selfie dengan burung merak. Lepas omputeh tu blah, burung merak terus kuncupkan ekornya. Memang rare! Alhamdulillah dapat tengok!

Bergambar di sini, buat syarat

Sebenarnya banyak gambar tapi aku malas nak edit hehe, jadi sikit-sikit sudahlah ya.. Hehehe... korang datanglah sendiri tau...



Harga tiket adalah RM35 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Jadi kami bayar RM100 semuanya. Lepastu pakai gelang seperti biasa. Bagi aku berbaloi dan puas hati. lagipun kalau kita lihat, kos nak jaga semua burung-burung pun agak mahal, kira sambil menderma jugalah. Kami habiskan masa selama lebih kurang 2 jam untuk pusing keliling kawasan ini. Dalam jam 11 pagi sudah selesai dan kami pulang ke rumah. Alhamdulillah, pengalaman yang menarik.

Jemput datang sini jika ada kelapangan.


Terima kasih. 

22 Aug 2022

Pergi Petting Zoo Farm in The City, Seri Kembangan Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Kami pergi ke sini sebab banyak sangat feedback kata best. Okaylah datang juga. Untuk dewasa, harganya RM37 dan kanak-kanak RM32. Jadi kami perlu bayar RM138. Dapat percuma 2 baucar. 1 baucar makan, yang boleh berjimat dalam RM15 gitu, dan juga baucar ke Mini Zoo Kuala Lumpur. Kawasan korang boleh google map sendiri ya. Parking banyak di dalam dan di luar. Parking di tepi jalan juga pun boleh, tak akan disaman kalau datang Sabtu dan Ahad. Kalau datang hari berkerja, aku tidak berapa pasti. 

Tempatnya agak terhad tetapi binatangnya banyak, jadi memang nampak penuh sangat. 

Bagus untuk anak-anak kita mengenal binatang. Sebenarnya mana-mana zoo pun memang akan ada binatang yang sama juga, yang common orang cakap. Tapi nak juga ada kenangan pernah masuk di Farm in The City, jadi nak jugalah datang. Hehe...




Masuk-masuk saja sudah nampak kawasan kura-kura. Kura-kura macam batu kau tahu tak, silap-silap boleh terpijak! Hadoyai. Bolehlah nak bergambar ke, nak bagi makanan ke. Kemudian ke kawasan ular, sila lihat atas! Hamek kau, ular sebanyak-banyak ada atas kaca atas kepala kau. Geli gelaman ya hampun, nangis aku terkejut sangat nengok ular. Ular sawa pun ada atas kaca, kalau pecah kaca tu, tak tahu aku nak kabo cemana kan. 

Kemudian pergi ke kawasan burung yang super jinak! Semua burung jalan macam ayam, macam dah tak ingat nak terbang macam mana. Kahkah. Kemudian tengok alpaca, tapi alpaca tengah tidur. Agaknya panas kot sebab ada aircond kat kawasan depa tidur. Yang berlegar-legar adalah beberapa ekor kambing biri-biri yang super excited nengok orang datang. Ada juga rusa, lembu, kambing, arnab, segala macam ayam. Boleh juga korang belajar menangguk ikan dengan penapis. Boleh juga korang belajar macam mana nak ambil air dari telaga. 

Ada satu kawasan, korang boleh tengok beberapa jenis binatang spesis cicak dan guinea pig. Kemudian adalah show mengkarung dan guinea pig. Bolehlah nak try test pegang. Hehe. geli tau.... 

Lepastu ada kawasan yang korang boleh bagi ikan makan. Ada beberapa ekor itik dan flamingo yang join makan makanan yang sama. Hehe. untung-untung diorang makanlah. 


Okaylah lepastu belilah cenderhati sambil main tingting. 


Overall puas hati. Alhamdulillah. Jemput datang sini ya. 


Terima kasih. 

20 Aug 2022

Jalan-Jalan di Petting Zoo - Husin Fauzi Farm Kuala Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Memang berbaloi datang ke sini, Hussin Fauzi Farm yang terletak di Kuala Selangor. Banyak sangat haiwan di sini. Boleh google map/waze sahaja. Mudah nak jumpa. Parking banyak sangat dan ada staff yang jaga parking. Dibuka seawal jam 10 pagi. Kalau lewat datang, memang bertembung dengan ramai orang, takut tak selesa pula. Ada toilet awam, jadi tak adalah risau kan.

gambar ehsan google


Dewasa - RM12 (RM2 akan disedekah/diwaqaf kepada Maahad Tahfiz Dar As Thaqafah)
Kanak-kanak - RM7 (RM2 akan disedekah/diwaqaf kepada Maahad Tahfiz Dar As Thaqafah)

Haiwan yang terdapat di sini seperti arnab, burung-burung, unta, kangaroo, ular, kura-kura, burung undan, skunk, burung unta, ayam, lembu, unta, rusa, kuda, kuda padi, iguana, tikus makmal, itik, angsa, landak dan lain-lain. 

Aktiviti yang terdapat di sini ialah (semuanya bayar sendiri - selain harga masuk tadi):
1. bagi binatang makan makanan (makanan boleh beli di sini)
2. menunggang kuda
3. menyauk ikan guppy
4. indoor playground (gelongsor belon besar itu kan...)
5. naik mini trem
6. naik ATV
7. ada tempat makan - mini restoran yang jual air dan nasi ayam, di bawah atap rumbia gitu

gambar ehsan google

gambar ehsan google

gambar ehsan google


Apa yang pelik-pelik:
1. memegang ular dan bergambar dengan ular
2. boleh pegang semua binatang yang ada, dia macam open dan tak open, tapi boleh pegang selagi korang boleh tanya dengan petugas untuk pegang haiwan tersebut
3. ada seekor burung unta dibiarkan untuk berjalan sekitar petting zoo
4. ada ayam belanda dibiarkan berjalan ke sana ke sini ahaha, bising pulak tu
5. hah dapat bau skunk yang busuk tu kan, selalu nampak dalam tv aje, ini kita nampak betul dan bau betul busuknya, boleh termuntah
6. sudah menyauk ikan guppy, dapat ikan kan, boleh bawak balik sebanyak mana yang kita dapat
7. boleh main-main gelongsor belon selama mana yang kita suka, dah stop kejap kemudian nak sambung semula pun boleh, tak payah bayar semula, unlimited time gitu
8. dengar bunyi kambing cakap hoi hoi macam suara manusia! wahaha, terkejut
9. iguana tengah bersalin kulit jadi sedang hibernate, sesuatu yang pelik kan?


Jom datanglah sini. 


Terima kasih. 


16 Aug 2022

Review Makan Sardin D Heritage Brand

Assalam wbt dan Hai,

Kami beli sardin jenama baru yang ada di pasaran, namanya D'Heritage Brand. Sardin ini dibungkus di dalam bekas plastik yang distril. Kiranya boleh terus makan tanpa dimasak! Sesuai untuk dibawa pergi camping, atau yang nak fast preparation gituh.


Review kami, rasanya sedap dan ada percuma 2 batang cili merah. Didatangkan dua perisa iaitu sos tomato dan sos cili. Yang kami rasa ini sos tomato. Sebungkus 230g, ada 4 batang ikan sardin agak sederhana besar juga. Kira boleh repeat juga ni.... Alhamdulillah rezeki.

Selamat makan.

Terima kasih. 

14 Aug 2022

Pengalaman Naik Bas RAPID BRT *Bas Rapid Transit* di Subang Jaya Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Kami berpeluang menaiki bas iaitu Bas Rapid Transit di Subang Jaya. Aku kirakan agak mahal kemudahan fasiliti ini tetapi mungkin sebab kosnya juga mahal, jadi nak cut cost. Seperti yang kita sedia maklum, kawasan Subang Jaya yang merangkumi USJ dan SS agak macet ya pada waktu pagi dan petang. 




Kalau korang nak tahu, BRT ini laluannya di bahagian atas jalan raya. Maksudnya ada landasannya tersendiri seperti LRT dan MRT. Jadi, korang tak akan menghadapi kesesakan lalu lintas kalau naik BRT. BRT ini hanya terdapat di Subang Jaya tau. Kat tempat lain belum lagi nak buat. Aku rasa kalau ada plan nak buat BRT, boleh buat kat Glenmarie, herlok sangat situ jem gilo oi. 


Di sepanjang laluan, korang akan menikmati pemandangan sekitar Subang Jaya. Nak parking paling mudah di Mydin USJ 1 Subang Jaya. 


Selamat berjalan-jalan. Terima kasih. 

13 Aug 2022

Melawat Obor-Obor dan Ikan Laut Pelik-Pelik di Aqua Sentinel Shah Alam

Assalam Wbt dan Hai,

Sebenarnya bukan ikan air tawar tapi ikan air masin, tapi aku malas nak tukar label. hehe, kira halal saja ya. Kami pergi melawat obor-obor di dalam akuarium. Semua ikan air laut di sini jenis yang pelik-pelik yang laut dalam punya. Cantik-cantik ye. ikan nemo ada, tapak sulaiman ada, batu karang ada, semuanya yang boleh dipegang, korang boleh pegang dengan izin owner. Masa kami datang, ada juga mentimun laut, yang berkemungkinan itulah sponge bob. Haha... dan tapak sulaiman memang tinggal bawah batu, sama betul dengan si patrick! HAHA

Ada beberapa jenis batu karang yang memang mereka ternak untuk dijual. Memang cantik-cantik!



Lepastu di sini juga ada jual mesin atau akuarium setup untuk ikan air masin. Kalau korang berminat, mesti datang sini untuk ambil maklum, ambil peduli dan nak belajar ya. 

WEBSITE NAK BELI IKAN DI SINI (ikan boleh pos juga ya)



Kawasan kedai ini berada di sekitar kawasan perumahan di Seksyen 2 Shah Alam, jadi jangan takut salah rumah, memang kawasannya begitu. 



Tak jumpa pulak gambar dengan obor-obor. Obor-obor cantik, ada keluarkan warna dari badan, katanya itulah tenaga elektrik, cas-cas yang ada. Hoho... Kagum pulak kite.... Subhanallah!!

Jemput datang ya

Terima kasih. 

12 Aug 2022

Jom Pergi ke Taman Aviani & Bunny Taman Botani Negara Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Jemputlah datang sini kalau korang dah tak tahu nak pergi mana. Hehe. Parking kena bayar dalam RM4 kot, aku dah lupa. Lepastu nak masuk, tiap orang kena bayar RM3. Lepastu nak naik trem kena bayar lagi RM5 seorang. Haha. Seingat akulah. Masya Allah aku lupa. Tapi tak adalah mahal sangat, yang korang boleh pokai. InsyaAllah masih mampu milik. Kalau korang taknak naik trem, korang jalan jelah kaki kan. Tapi aku sesungguhnya sangat malas. 

Bila datang sini, kita kan naik trem, kita boleh pilih nak berhenti di mana. Korang boleh naik semula di perhentian yang disediakan. Suka hati korang, masa unlimited. Ada banyak tempat di Taman Botani selain Taman Aviany & Bunny, contohnya Rumah 4 Musim, kawasan Taman Mini (rumah-rumah negeri), Skytrek dll. Menarik juga aku kirakan. 

Kalau korang nak naik basikal pun boleh, lain harga ya sebab nak sewa. Yang ini korang kena datang awal sebab basikal ini most wanted, memang terlalu ramai sangat orang nak try naik basikal di sini. 

Nak masuk Taman Aviani & Bunny kena bayar lagi. Sebab dah terlalu lama aku pergi, cuma aku baru letak dalam blog, inilah akibatnya. Sebenarnya kami pergi tahun 2018. Yang penting sekarang masih ada lagi ya. Apa ada dalam ini, common binatang seperti burung, ayam, arnab, kura-kura, kambing, dll. Binatang seperti petting zoo yang kita pernah pergi. 





Jemput datang ya.


Terima kasih. 

11 Aug 2022

Jom Tengok Movie di MBO Kecil, Atria Mall

Assalam wbt dan Hai,

Ada beberapa tempat yang cinema friendly kids, contohnya MBO Kechil Atria Mall. Kat situ kalau anak korang menangis sekuat-kuatnya, ha tak akan kena marah. Hehe. Lepastu tempat duduk selesa, bersofa bagai macam tengok tv di rumah. Kalau anak-anak korang boring nak tengok cerita, dorang boleh main di play ground di bahagian bawah/hadapan. 

Ketika menonton di wayang ini, lampu tidak dimatikan, hanya dimalapkan. Semua orang pun tak peduli dengan hal masing-masing HAHA. Apalagi memang bisinglah anak kitorang. 

Harganya agak mahal sedikit berbanding di tempat lain, yelah dah korang nak bising-bising kan, kenalah bayar mahal. Kalau nak senyap-senyap kena pergi yang mur mur hehe...


> MBO Atria Shopping Gallery (2 Halls)   BOOKING MOVIE LINK
> MBO the Starling (1 Hall)
> MBO Square One Batu Pahat (1 Hall)
> MBO Falim Ipoh (1 Hall)
> MBO Kuantan City Mall (1 Hal



Sampai jumpa lagi. Baibai.... 

10 Aug 2022

Jom Pergi ke Zoo Negara Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Tempat yang terpaling wajib nak singgah di Malaysia ialah Zoo Negara. Kalau korang tak datang lagi ke sini, pastikan kena datang. Sebab apa, tak Malaysia lah kalau korang tak pergi. Kita kena datang untuk memberi sokongan kepada binatang-binatang ini terutamanya musim Covid yang memerlukan banyak perbelanjaan, sedangkan tak ramai yang datang. 

Dibuka seawal jam 9 pagi, jam 9 pagi kami dah terpacak di sini sebab takut ramai orang. Kami beli di kaunter saja, tidak melalui online. Harga tiket ialah RM45 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Kawasan memang luas dan kami mengambil masa selama 2 jam setengah di situ. Penat sampai sakit kaki, sampai dah tak larat nak baca semua info yang ada. Hehe.. Masa kami pulang, ramai gile manusia beratur nak masuk. Syukur kami awal. 

 



Binatang yang ada memang banyak, tak dapat nak tulis semua. Namapun Zoo Negara. Lagilah banyak binatang berbanding di petting zoo yang lain. Masa kami datang, harimau sedang mengaum tapi biasalah aku kan tak sempat nak rekod bagai. Hehe. 

Di sini apa yang best?
1. Animal show setiap jam 11 pagi ke atas
2. Boleh naik trem, bayar sikit lah
3. Boleh tengok panda, bayar sikit lagi
4. Ada toilet besar
5. Ada kedai jual makanan, tak takut lapar
6. Boleh beli cenderhati


Okay, jom mari datang sini ya!


Terima kasih. 

9 Aug 2022

Melawat Pesta Floria Putrajaya Setiap Tahun

Assalam wbt dan Hai,

Menarik sangat Pesta Floria Putrajaya rupa-rupanya. Posting ini sepatutnya dibuat pada tahun 2019 tapi aku malas sangat jadi terlambat untuk posting. Setiap tahun memang ada Pesta Floria. Harga masuk dalam RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Bergantung kepada promosi, kemungkinan akan menjadi percuma. Setiap tahun, ada tema setiap negeri dan majlis perbandaran yang turut serta. Menarik sangat! Ia dibuka setiap siang dan malam selama waktu yang ditetapkan. Kira kena alertlah kan. 

Nak parking memang bapak ah segala susah weyyyy. Kalau korang nak pergi, memang kena pergi awal dan berdoa supaya dapat parking. Kalau tak, memang jauh giler nak masuk, belum masuk tu. Dah kat dalam pun banyak lagi nak jalan. HAHA.






Ada disediakan trem di perhentian tertentu, jadi kalau dah penat bolehlah naik trem secara percuma sahaja. Ada juga kedai-kedai menjual makanan jadi jangan risau lapar, confirm tak lapar, yang penting jangan lupa bawa duit lebih. 


Floria Putrajaya ini selalunya diadakan pada bulan September setiap tahun kerana dalam bulan September selalunya cerah. 


Jemput datang. Terima kasih, 

8 Aug 2022

Pergi Beriadah di Air Terjun Kalumpang di Hulu Selangor

Assalam wbt dan Hai,


Menarik rupanya beriada di air terjun Kalumpang yang terletak di Hulu Selangor. Korang google sahaja ya alamatnya sebab aku pun tak pasti alamat sebenar. Kami google map saja. Yang penting nak datang sini pastikan tidak hujan sebab time hujan, air pasang lepastu deras. Tak seronok. 

Di bahagian hadapan ada disediakan tempat penginapan. Kalau korang teringin nak menginap dengan suasana air terjun, korang boleh contact di SINI 

Memang ramai orang di sini, jadi perlu datang awal, nak park tempat duduk. Hehe.... di bahagian air terjun, ada juga flying fox yang mereka sediakan, tapi kena ambil turn, kami tak dapat turn. sobbssss.... Jadi tak dapat merasa main flying fox atas sungai. 

Air tak berapa deras tapi agak dalam juga untuk bahagian atas. 

Parking tak banyak dan jalan sempit, jadi berdoa moga dapat parking. Hehe. Masa kami datang, macam perlu bayar tapi aku lupa berapa ringgit tapi tak mahal, jangan risau. Tak adalah sampai RM20 macam masuk wet world. 

Tak ada tempat jual-jual makanan, huk huk jadi kena bawa makanan sendiri masa itu.

Oh ya, ada bahagian kolam renang budak-budak, tapi aku rasa untuk orang yg menginap di sini kot. Fasiliti toilet ada tapi tak banyak, jadi agak lama juga menunggu. Hah lepastu tak ada awning jadi time hujan, basah hehe.. Tak apalah, kita redah saja. 



Jemput datang sini time cuti sekolah ye. terima kasih. 

7 Aug 2022

Melawat Rumah P Ramlee di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Kami berkesempatan untuk melawat ke rumah kelahiran Seniman P.Ramlee di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur. Mudah saja nak ke sini. Masuk bayar RM1 sahaja, lepastu ada tabung kalau korang nak derma seikhlas hati. 

Alamat: 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ada beberapa bahagian seperti filem yang pernah diarahkan, anugerah, sejarah dll. Menarik juga untuk dibaca. 







Kalau ada masa, jemputlah datang. Parking tak banyak. Korang boleh parking sekitar kawasan rumah. Selalunya ada kosong, tetapi kalau tak ada kosong, kena park jauh sikit, jalanlah sikit ya.... 



Semoga bermanfaat. Terima kasih. 


6 Aug 2022

Jalan-jalan ke Agro Pelancongan - Saudagar Nanas Agro Farm Sungai Merab

Assalam wbt dan Hai,

Kami berpeluang untuk melawat ke Saudagar Nanas Agro Farm yang terletak di Sungai Merab, Bangi Selangor. Memang tempatnya berada di Lembah Klang sahaja, dekat juga dengan Putrajaya. Di sini bukan saja mengusahakan tanaman nenas tapi ada juga sebuah restoran yang berasaskan nenas seperti air nenas, jem nenas, kek nenas, nasi goreng nenas dll. 

Ada juga tempat OOTD di sini. wowww!

Parking agak sempit, jadi memerlukan jugalah kepakaran untuk buat u-turn di tempat-tempat yang agak narrow. Kemudian, kalau hujan, mungkin agak berbecak ya, jadi elok-elok jalan. Lepastu kita boleh jalan-jalan di kawasan penanaman nenas ini. Tak adalah boleh nak tengok depa tanam nenas ke, petik nenas ke... Yang tu, kalau bertuah saja baru boleh nampak. Hehe... 

gambar ehsan google

gambar ehsan google lagi


Memang sentiasa ramai dan beratur panjang di sini, jadi sabar menanti okay? Masuk percuma! Kalau nak makan di sini boleh, tak nak makan tapi nak melawat tempat nenas pun boleh, no hal. Oh ya, parking percuma dan ada penjaga jalan, jadi jangan risau nak masuk parking tu tak bertembung dengan kereta lain. 


Okay selamat menjamu pemandangan yang indah!

3 Aug 2022

Sarapan Nasi Lemak Sedap Gerai Di Hadapan Institut Uthmani Darul Hadis, TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Di mana TTDI Jaya? Di area Jalan Opera. Kalau dalam maps, area U2 Shah Alam. Aku pun tak pasti kenapa U2 sedangkan office aku di U8 tapi jaraknya sekangkang kera sahaja. Hehe... 

Okay ini nasi lemak sedap. Sorry gambar tak nampak menarik tapi rasanya boom kebabom! 


Nasi lemak ada ikan masin, rasanya memang sedap. Letak sambal banyak pun sedap. Bagi aku yang suka pedas, level kepedasan biasa tapi kalau yang tak suka pedas, dia rasa pedas sangat. Harganya aku tak pasti berapa dalam RM2-RM2.50 macam itulah. Lepastu nasi lemak cepat habis.

Di sebelah gerai ini ada gerai karipap panas, memang baru lepas goreng di situ, makan panas-panas memang sedap! Belilah sekali, harganya dalam RM0.80-RM1 sebiji, inti penuh! 

Makan time hujan-hujan pada waktu pagi memang indah!


Okay selamat makan!

2 Aug 2022

Makan ODEN Family Mart Denai Alam, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku jujurnya baru pertama kali makan ODEN Family Mart, eh memang sedap sangat rupanya. Hehe... Memang MUST TRY! Cumanya, mungkin banyak sangat ajinomoto atau perisa tiruan, lepas waktu lunch, memang mengantuk gile tak boleh bawa bincang sampai aku pun terlupa apa yang aku kena tulis, teringat-ingat sampai waktu malam. 



Nak order pulak, semudah ABC! Hehe.. Pergi ke kaunter ODEN, lepastu pilihlah yang mana satu kau nak, nak itu nak ini, nak mihun ke, nak oden ke, nak megi ke, suka hati kau, customize sendiri, lepastu bayar kat kaunter itu juga. Kalau Family Mart Denai Alam tak ada kerusi meja, jadi kami makan dalam kereta. Kalau Family Mart Glenmarie ada kerusi meja, jadi boleh makan di situ.

1 cucuk fishball dalam RM0.90 - RM2. Kuah RM2. Oden RM4, Total aku makan RM12.90. Kalau aku pilih megi, harganya RM2.50 je... tapi saja lah pilih mi oden, rasa dia mcm mi tarik. Hehe. Alhamdulillah kena pada tekak dan memang nak repeat lagi bebila. yeahhhhh


Terima kasih