TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Jan 2025

Naik Perahu Dondang Sayang di Putrajaya

Assalamualaikum wbt 

Kami berpeluang menaiki Perahu Dondang Sayang di Putrajaya pada tahun 2024. Biasalah, malas menulis jadi lambat kemaskini. Hehe. Masa kami pergi, harganya RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Tapi kami ada pakej keluarga jadi harganya RM62 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. 

Kami pergi dalam jam 3 petang macam itu. Kebetulan masa kami menaiki perahu, ada satu pasangan dari China Mainland. Dalam 30 minit juga berada di atas perahu di Tasik Putrajaya. Kami dapat menyaksikan pemandangan di sana. Ketika berada di tengah-tengah tasik, enjin perahu dimatikan, jadi kami ambil gambar takdelah goyang-goyang kan. Haha. kemudian, berjalan semula. Review aku, agak goyang-goyang dan sakit kepala selepas keluar dari perahu. Yelah pening juga tapi tak adalah sampai nak muntah. Apa-apapun terbaik!




Jadi apa lagi, mehlah mencuba. Hehe...

Terima kasih. 

No comments: