Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

17 Mar 2026

Perbezaan Kadar Zakat Fitrah di Malaysia

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Kadar zakat fitrah di negara kita, Malaysia. Memang sudah dijangkakan Selangor dan Wilayah mencatat nilai zakat yang paling tinggi kerana populasi yang ramai dan taraf kehidupan lebih tinggi daripada negeri lain. Adapun begitu, kami berharap pengurusan lembaga zakat yang telus. InsyaAllah. 


Terima kasih. 

16 Mar 2026

Bagaimana Hendak Khusyuk Dalam Solat?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Bagaimana hendak khusyuk dalam solat?
1. Tenang sebelum solat
2. Bedoa minta khusyuk
3. Hayati bacaan
4. Rasa keagungan Allah
5. Rasai ibadah terakhir
6. Rasa takut

Bagaimana hendak mewujudkan 6 rasa ini? dengan cara bersyukur, kita adalah umat Nabi Muhammad ﷺ  Insya Allah.


15 Mar 2026

Siapakah Syiah?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Siapakah Syiah? (kredit kepada Ustaz Wadi Anuar dan Team)

Suatu Tinjauan Awal Sejarah Istilah Syiah sering muncul dalam perbincangan sejarah Islam, khususnya apabila membicarakan tentang Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun begitu, untuk memahami siapakah Syiah sebenarnya, perlu dilihat terlebih dahulu makna asal istilah tersebut serta perkembangan yang berlaku dalam sejarah umat Islam. Dari sudut bahasa Arab, perkataan syī‘ah bermaksud pengikut, penyokong atau kelompok yang mengikuti seseorang. Dalam konteks sejarah awal Islam, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang menyokong Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta mencintai beliau. Mereka berpendapat bahawa Ali lebih layak memegang jawatan khalifah selepas kewafatan Rasulullah ﷺ. Pada peringkat awal sejarah Islam, terdapat sebahagian sahabat yang dikenali sebagai penyokong Ali. Antaranya termasuk Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghifari, ‘Ammar bin Yasir, Hudhaifah bin al-Yaman dan Jabir bin Abdullah r.a. Walau bagaimanapun, selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, para sahabat akhirnya sepakat melantik Abu Bakar al-Siddiq r.a sebagai khalifah pertama. Sayyidina Ali sendiri memberikan bai‘ah kepada Abu Bakar, sebagaimana beliau juga memberikan bai‘ah kepada Umar ibn al-Khattab dan Uthman ibn Affan r.a. Bahkan dalam sejarah pemerintahan mereka, Ali turut terlibat dalam pentadbiran negara dan menjadi antara tokoh penting dalam kalangan sahabat. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun wujud orang yang lebih cenderung kepada Ali, mereka tetap berada dalam kesatuan umat Islam di bawah kepimpinan para khalifah. Selepas beberapa generasi, istilah Syiah mula mengalami perubahan makna. Muncul kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Ali tetapi membawa pemikiran yang berbeza daripada maksud asal tersebut. Sebahagian daripada mereka memasukkan pelbagai cerita dan ajaran yang tidak mempunyai asas dalam Islam sehingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Dalam kalangan kelompok ini juga muncul golongan yang melampau dalam memuliakan Ali. Ada yang mengatakan bahawa Ali bukan sekadar manusia biasa. Bahkan terdapat kelompok yang melampaui batas sehingga mendakwa bahawa Ali mempunyai sifat ketuhanan. Antara kelompok yang disebut dalam sejarah ialah Saba’iyyah, iaitu pengikut Abdullah bin Saba’. Golongan ini mendakwa bahawa Allah berada dalam diri Ali dan bahawa Ali adalah Tuhan. Dakwaan seperti ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam riwayat sejarah juga disebut bahawa Sayyidina Ali sendiri menentang fahaman tersebut dan mengambil tindakan terhadap golongan yang menyebarkannya. Dalam masa yang sama, sumber-sumber sejarah menunjukkan bahawa hubungan antara Ahlul Bait dan para sahabat Nabi sebenarnya baik dan saling menghormati. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara mereka. Sebagai contoh, Sayyidina Ali r.a menamakan sebahagian anaknya dengan nama Abu Bakar, Umar dan Uthman. Muhammad bin Abi Bakar pula dibesarkan dalam jagaan atau asuhan Ali. Selain itu, terdapat juga hubungan perkahwinan antara keluarga Ahlul Bait dan para sahabat Nabi. Imam Ja‘far al-Sadiq pernah menyebut bahawa beliau dilahirkan oleh keturunan Abu Bakar sebanyak dua kali. Hal ini kerana ibunya ialah Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar, dan neneknya (ibu kepada Ummu Farwah) pula ialah Asma’ binti Abdul Rahman bin Abi Bakar. Beliau juga berkata: “Sesungguhnya orang-orang bodoh atau keji dari Iraq mendakwa bahawa aku berlepas diri daripada Abu Bakar dan Umar, sedangkan kedua-duanya adalah datukku.”
Dalam riwayat lain, Ali bin al-Husain (Zain al-Abidin) atau dikenali Ali Zain al-Abidin al-Sajjad kerana banyak bersujud (kerap solat sepanjang malam). Beliau pernah berhadapan dengan sekelompok orang yang mencela Abu Bakar, Umar dan Uthman r.anhm. Beliau kemudian bertanya kepada mereka sama ada mereka itu termasuk dalam golongan Muhajirin atau Ansar yang disebut dalam al-Quran.

Apabila mereka menjawab tidak, beliau menegaskan bahawa mereka juga bukan termasuk dalam golongan yang datang selepas para sahabat dengan hati yang bersih terhadap mereka (khulafa al-rasyidin). Peristiwa ini menunjukkan bahawa dalam tradisi Ahlul Bait sendiri, penghormatan terhadap para sahabat merupakan sesuatu yang sangat ditekankan. Kesimpulannya, dari sudut sejarah, istilah Syiah pada asalnya bermaksud pengikut atau penyokong Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun dalam perkembangan kemudian, muncul pelbagai kelompok yang menggunakan nama tersebut dengan fahaman yang berbeza-beza. Sebahagian daripada mereka bahkan melampaui batas sehingga menisbahkan sifat ketuhanan kepada Ali. Memahami latar sejarah ini membantu kita melihat bahawa istilah Syiah bukanlah konsep yang statik, tetapi telah mengalami perubahan makna sepanjang perjalanan sejarah umat Islam. Rujukan Kitab Ahlu Qiblat karya al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim rah. (Raid al-‘Asyirah al-Muhammadiyah)

Semoga sedikit sebanyak mendapat ilmu. InsyaAllah.

13 Mar 2026

Amalan Ramadan ialah Sunnah Nabi ﷺ


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Tahu atau tidak, semua amalan yang digalakkan untuk menghidupkan Ramadan, adalah sunah Nabi Muhammad ﷺ dan sangat dituntut dalam Islam. Ingat ye, puasa untuk orang beriman, bukan untuk orang Islam semata. 


Semoga istiqamah. InsyaAllah

1 Feb 2026

Jangan Percaya Waktu Solat di GOOGLE??


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selalunya, dan kebanyakan orang akan google je waktu solat, kat GOOGLE. tapi sebenarnya korang sedar tak, tak semestinya tepat tau. ingat, syarat sah solat ialah masuk waktu solat, jadi janganlah pulak korang suka-suka je, tak masuk waktu solat kang tak sah. dah maknanya korang kenalah qada solat. kalau tak pasti pulak, dah berhutang dengan Allah sebab tak qada lagi. panjang consequence dia. 

Tengok dua gambar ini, berbeza ya.

Yang diperakui JAKIM vs Google

Subuh 👉 6:18 pagi vs 6:19 pagi (TAK SAMA!)

Zohor 👉 1:30 petang vs 1:28 petang (TAK SAMA!) 

Asar 👉 4:47 petang vs 4.47 petang 

Maghrib 👉 7:29 malam vs 7:29 malam 

Isyak 👉 8:39 malam vs 8:39 malam


Boleh check di sini kalau guna website. Waktu Solat Malaysia 


yang ini google je pemalas sikit kan. tapi jangan percaya bulat-bulat tau!


Semoga memberi manfaat.


Terima kasih!

16 Jan 2026

Nak Copy Ayat Al-Quran dari Website

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Cantik betul orang punya content ada ayat Al-Quran, tapi tak tahu nak tiru kat mana. Okay, meh sini aku share. Korang boleh buka website ini AL-QURAN ONLINE




Okay, korang nampak yang aku bulatkan warna merah itu, yang itu untuk copy ayat Al-Qurannya. kalau korang nak copy makna ayat dalam bahasa Melayu, tak ada cari lain, select ayat yang korang mahukan. Dah tahu ini, maka boleh buat content yang elok-elok lepas ini ya. 


Semoga bermanfaat! Terima kasih!

2 Jan 2026

Mana Nak Baca Al-Quran Online?


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Nak baca Al-Quran online kat mana? Meh aku share. korang boleh guna dua website ini. Insya Allah yakin. 

1. SURAH.MY

2. QURAN.COM

Memang mudah nak baca, boleh baca di mana-mana. Cuma, make sure kalau yang dalam haid, jangan tersentuh masa scroll, kan tak boleh pegang al-quran, jadi sama sahaja konsepnya. lepastu, masa kau dalam jamban, jangan kau bukak website ini pulak, pun tak boleh! okay?


Semoga memberi manfaat.


Terima kasih. 

1 Jan 2026

Aplikasi Baca Al-Quran di Handphone

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Nak baca Al-Quran guna apps, tapi tak pasti nak guna apps apa. Ada beberapa yang korang boleh guna, tapi kebanyakannya di Malaysia, guna Smart Quran. aku guna apps Al-Quran Melayu sebab dah biasa, cuma banyak sangat iklan. hehe. 




Aplikasi Al-Quran Melayu:


Dua ini sahaja yang boleh disyorkan, lain-lain aku tak pasti sangat. tak pasti jangan kongsi kan? OKaylah, semoga bermanfaat! Terima kasih!


27 Oct 2025

Beli dengan Toyyibpay RM5 sahaja: Doa dari Al-Quran untuk Ibu Hamil (pdf)


Assalamualaikum wbt
,

Saya ada jual satu himpunan doa untuk ibu mengandung.



Oleh sebab tak jumpa kompilasi daripada orang lain, jadi saya susun sendiri. 
Doa dari Al-Quran dan doa-doa terpilih.
Semoga bermanfaat kepada semua. 
RM5 sahaja!!!



Jemput tekan link dan beli nota yang saya susun sendiri.

Terima kasih. 

22 Mar 2025

Senarai Nama Surah di Dalam Al-Quran

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Mari hafal nama-nama surah di dalam Al-Quran.

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) - Mekah

2. Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) - Madinah
3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran) - Madinah
4. Surah An-Nisaa’ (Wanita) - Madinah
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan) - Madinah
6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan) - Mekah
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tertinggi) - Mekah
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) - Madinah
9. Surah At-Taubah (Pengampunan) - Madinah
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) - Mekah
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) - Mekah
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) - Mekah
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) - Madinah
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) – Mekah
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) - Mekah
16. Surah An-Nahl (Lebah) - Mekah
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) - Mekah
18. Surah Al-Kahfi (Gua) - Mekah
19. Surah Maryam (Siti Maryam) - Mekah
20. Surah Taahaa - Mekah
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) - Mekah
22. Surah Al-Hajj (Haji) - Madinah
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) - Mekah
24. Surah An-Nuur (Cahaya) - Madinah
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) - Mekah
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) - Mekah
27. Surah An-Naml (Semut) - Mekah
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) - Mekah
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) - Mekah
30. Surah Ar-Rum (Bangsa Rom) - Mekah
31. Surah Luqman (Luqman) - Mekah
32. Surah As-Sajdah (Sujud) – Mekah
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) - Madinah
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) - Mekah
35. Surah Faatir (Pencipta) - Mekah
36. Surah Yaasin - Mekah
37. Surah As-Saaffat (Yang Teratur Berbaris) - Mekah
38. Surah Saad - Mekah
39. Surah Az-Zumar (Rombongan) - Mekah
40. Surah Al-Ghafir / Al-Mu’min (Orang yang Beriman) - Mekah
41. Surah Fussilat (Dijelaskan) - Mekah
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) - Mekah
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) - Mekah
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut / Asap) - Mekah
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) - Mekah
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) - Mekah
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW) - Madinah
48. Surah Al-Fath (Kemenangan) - Madinah
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) - Madinah
50. Surah Qaaf – Mekah
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) – Mekah
52. Surah At-Tur (Bukit) – Mekah
53. Surah An-Najm (Bintang) – Mekah
54. Surah Al-Qamar (Bulan) – Mekah
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) – Mekah
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) – Mekah
57. Surah Al-Hadid (Besi) - Madinah
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) - Madinah
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) - Madinah
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) - Madinah
61. Surah As-Saf (Barisan) - Madinah
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) - Madinah
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) - Madinah
64. Surah At-Taghabun (Dinampakkan Kesalahan) - Madinah
65. Surah At-Talaq (Cerai / Talak) - Madinah
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) - Madinah
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) – Mekah
68. Surah Al-Qalam (Pena / Kalam) – Mekah
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar / Hari Kiamat) – Mekah
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) – Mekah
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) – Mekah
72. Surah A-Jin (Jin) – Mekah
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut) – Mekah
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselubung) – Mekah
75. Surah Al-Qiyaamah (Hari Kebangkitan / Kiamat) – Mekah
76. Surah Al-Insaan (Manusia) - Madinah
77. Surah Al-Mursalat (Malaikat Yang Diutus) – Mekah
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) – Mekah
79. Surah An-Naazi’aat (Malaikat Yang Mencabut) – Mekah
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) – Mekah
81. Surah At-Takwiir (Menggulung) – Mekah
82. Surah Al-Infitar (Terpecah & Terbelah) – Mekah
83. Surah Al-Mutaffifiin (Golongan yang Curang) – Mekah
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) – Mekah
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) – Mekah
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) – Mekah
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) – Mekah
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan) – Mekah
89. Surah Al-Fajr (Fajar / Sinar Mentari) – Mekah
90. Surah Al-Balad (Negeri) – Mekah
91. Surah Asy-Syams (Matahari) – Mekah
92. Surah Al-Lail (Malam) – Mekah
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi) – Mekah
94. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah (Melapangkan) – Mekah
95. Surah At-Tin (Buah Tin / Buah Ara) – Mekah
96. Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah) – Mekah
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) – Mekah
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) - Madinah
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) - Madinah
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) – Mekah
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar / Kiamat) – Mekah
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) – Mekah
103. Surah Al-‘Asr (Masa) – Mekah
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) – Mekah
105. Surah Al-Fiil (Gajah) – Mekah
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) – Mekah
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) – Mekah
108. Surah Al-Kauthar (Sungai Di Syurga) – Mekah
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) – Mekah
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) – Mekah
111. Surah Al-Masad / Al-Lahab (Nyalaan Api) – Mekah
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah) – Mekah
113. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh / Dinihari) – Mekah
114. Surah An-Naas (Manusia) – Mekah

 




Semoga sama-sama kita amalkan membaca Al-Quran. 

21 Mar 2025

Senarai Surah Ayat Lazim (Juzuk 30)

Assalamualaikum wbt.

Surah Ayat Lazim

1. Surah Ad-Dhuha - Pagi Yang Cemerlang - diturunkan di Mekah

2. Surah Al-Insyirah - Melapangkan - diturunkan di Mekah

3. Surah At-Tin - Buah Tin - diturunkan di Mekah

4. Surah Al-Alaq - Segumpal Darah - diturunkan di Mekah

5. Surah Al-Qadr - Kemuliaan diturunkan di Mekah

6. Surah Al-Bayyinah - Bukti yang Nyata - diturunkan di Madinah

7. Surah Al-Zalzalah - Kegoncangan - diturunkan di Madinah

8. Surah Al-Adhiyat - Yang Berlari Kencang - diturunkan di Mekah

9. Surah Al-Qari'ah - Hari yang hingar bingar (kiamat) - diturunkan di Mekah

10. Surah Al-Takastur - Bermegah-megah - diturunkan di Mekah

11. Surah Al-Asr - Masa - diturunkan di Mekah

12. Surah Al-Humazah - Pengumpat - diturunkan di Mekah

13. Surah Al-Fil - Gajah - diturunkan di Mekah

14. Surah Quraisy - Suku Quraisy - diturunkan di Mekah

15. Surah Al-Maun - Barangan Berguna - diturunkan di Mekah

16. Surah Al-Kaustar - Sungai di syurga - diturunkan di Mekah

17. Surah Al-Kafirun - Golongan kafir - diturunkan di Mekah

18. Surah An-Nasr - Pertolongan - diturunkan di Madinah

19. Surah Al-Lahab - Nyalaan api - diturunkan di Mekah

20. Surah Al-Ikhlas - Kemurniaah keesaan Allah - diturunkan di Mekah

21. Surah Al-Falaq - Waktu Subuh - diturunkan di Mekah

22. Surah An-Nas - Manusia - diturunkan di Mekah

 



Semoga kita istiqamah membaca Al-Quran. 

27 Feb 2025

Maksud Bacaan Dalam Solat - Info daripada JAKIM

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Maksud bacaan dalam solat adalah seperti berikut.







Terima kasih.




25 Feb 2025

Bacaan Wirid Selepas Solat

Assalamualaikum wbt

BACAAN WIRID SELEPAS SOLAT

1. ISTIGHFAR *TIGA (3) KALI

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Makna: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

 

2. LAFAZ PENGAKUAN TAUHID *TIGA (3) KALI

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Makna: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

 

3. LAFAZ MOHON DIJAUHKAN DARI AZAB API NERAKA *3/7 KALI

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ

Makna: Ya Allah, Jauhkanlah kami dari azab api neraka

 

4. LAFAZ ZIKIR MOHON KESELAMATAN

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكت رَبنَا وَتَعَالَيْت يَا ذَا الْجلَال وَالْإِكْرَام

Makna: Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

5. LAFAZ TA’AWUZ

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Makna: Aku mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

 

 

6. BACAAN AL-FATIHAH

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Terjemahannya:-

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  1. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
  1. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  2. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  1. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 

6. SURAH AL-BAQARAH – AYAT 163

وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ    

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

7.   SURAH AL-BAQARAH – AYAT 255

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

 

 

 

8.   SURAH AL-BAQARAH – AYAT 284

لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الۡاَرۡضِ​ؕ وَاِنۡ تُبۡدُوۡا مَا فِىۡۤ اَنۡفُسِكُمۡ اَوۡ تُخۡفُوۡهُ يُحَاسِبۡكُمۡ بِهِ اللّٰهُ​ؕ فَيَـغۡفِرُ لِمَنۡ يَّشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَنۡ يَّشَآءُ​ ؕ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيۡرٌ‏

Milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah memperhitungankannya (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.

9.   SURAH AL-BAQARAH – AYAT 285

اٰمَنَ الرَّسُوۡلُ بِمَاۤ اُنۡزِلَ اِلَيۡهِ مِنۡ رَّبِّهٖ وَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَ​ؕ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰٓٮِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖلَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ اَحَدٍ مِّنۡ رُّسُلِهٖ​وَقَالُوۡا سَمِعۡنَا وَاَطَعۡنَا​ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيۡكَ الۡمَصِيۡرُ‏

Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Alquran) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), "Kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya." Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali."

 

10.              SURAH AL-BAQARAH – AYAT 286

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَاۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَࣖ

Allah tidak membebani seseorang, kecuali menurut kesanggupannya. Baginya ada sesuatu (pahala) dari (kebajikan) yang diusahakannya dan terhadapnya ada (pula) sesuatu (siksa) atas (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa,) “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami. Maka, tolonglah kami dalam menghadapi kaum kafir.”

 

 

 

 

11.              SURAH ALI IMRAN – AYAT 18

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْعِلْمِ قَآئِمًۢا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ١٨

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

12.   SURAH ALI-IMRAN – AYAT 19

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

 

13.  SURAH ALI IMRAN – AYAT 26

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ٢٦

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

14.              SURAH ALI IMRAN – AYAT 27

تُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍۢ ٢٧

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

15.              BACAAN SURAH AL-IKHLAS

16.              BACAAN SURAH AL-FALAQ

17.              BACAAN SURAH AN-NAS

18.               

19.              BACAAN MEMULAKAN TASBIH

Ya Allah Ya Tuhanku Maha Suci Allah

20.              BACAAN TASBIH (33 KALI)

سبحان الله

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

 

21.              BACAAN ALHAMDULILLAH (33 KALI)

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ  Maksudnya: Segala Puji Bagi Allah

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

22.              BACAAN ALLAHUAKBAR (33 KALI)

الله اکبر Maksudnya: Allah Maha Besar



Terima kasih.