TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

23 Mar 2020

Teka Teki MCO: Surah di Dalam Al-Quran dengan Jawapannya

Assalam wbt dan Hi

Oleh sebab banyak sangat aktiviti berwasap ketika musim kuarantin Covid19, marilah kita sama2 jawab soalan ini.

Teka teki berkaitan nama-nama surah di dalam AlQuran.. Mari kita cuba..

1. 🧕🏻 -
2.🕷🕸-
3.🍲🥘-
4.🐮🐄-
5.🏔-
6.🐎-
7.🕰⏳-
8.🌞-
9.🇺🇸🗽-
10.⭐-
11.🌠✨-
12.🐝-
13.🚶🏻‍♂🌚-
14. 🕋-
15. 🌄-
16.🔥-
17.🐘-
18. ⚡🌩-
19.⚙⛓🔩-
20.🚪🚪🚪🚪-
21.💍-
22.👑-
23.🐜-
24.🏆🥇👏🏻-
25.🐪🐂🐐🐃-


Jawapan untuk Teka teki berkaitan nama-nama surah dlm AlQuran adalah seperti berikut

1. 🧕🏻 - Annisa'  (Perempuan)
2.🕷🕸- Al-'Ankabut (Labah-labah)
3.🍲🥘- Al-Maidah (Hidangan)
4.🐮🐄- Al-Baqarah (Lembu Betina)
5.🏔 - Al A'raaf (Tempat yang Tinggi)
6.🐎-Al-'Adiyat (Kuda Perang)
7.🕰⏳-Al-'asr (Masa)
8.🌞- Ash-Sham (Matahari)
9.🇺🇸🗽-Al-Balad (Negeri)
10.⭐- An-Najm  (Bintang)
11.🌠✨-Al-Burj (Gugusan Bintang)
12.🐝- An-Nahl (Lebah)
13.🚶🏻‍♂🌚- Al-isra' (Perjalanan di Malam Hari)
14. 🕋- Al-Hajj (Haji)
15. 🌄-Ad-Dhuha (Matahari pagi, waktu dhuha)
16.🔥- Ad-Dukhan (Asap)
17.🐘- Al-Fiil (Gajah)
18. ⚡🌩- Ar-Ra'du (Guruh)
19.⚙⛓🔩- Al-Hadid (Besi)
20.🚪🚪🚪🚪-Al-Khujurat (Bilik-Bilik)
21.💍- Az-Zukhruf (Barang Perhiasan)
22.👑- Al- Mulk (Kerajaan)
23.🐜- An-Naml (Semut)
24.🏆🥇👏🏻- Al-Fath (Kemenangan)
25.🐪🐂🐐🐃- Al An'aam (Binatang Ternakan)


Terima Kasih.

21 Mar 2020

Harga No Plat di Laman Web JPJeBid

Assalam wbt dan Hi,

Memandangkan cuti masih ada, jadi aku nak share apa itu laman web JPJeBid 

Korang perlu ada ID JPJ iaitu mySIKAP, kalau tak, tak boleh login ya. 

Selepas login masuk, korang akan nampak no plat apa yang sedang aktif untuk dibida. Untuk tarikh 18 hingga 23 Mac 2020, terdapat 3 jenis no plat iaitu ALQ, CEG dan VET. Selalunya nombor yang dibida ini belum lagi dipaparkan dalam website mySIKAP. Untuk menyemak no plat kenderaan yang terkini, boleh check di sini

Untuk tarikh 21-Mac-2020 contohnya
1) di Perak untuk setakat ini adalah ALP tetapi yang aktif dalam pembidaan ialah ALQ
2) di Pahang untuk setakat ini adalah CEF tetapi yang aktif dalam pembidaan ialah CEG
3) di WP Kuala Lumpur untuk setakat ini adalah VEP tetapi yang aktif dalam pembidaan ialah VET

Jadi aku simpulkan di sini, JPJ sengaja membuka no plat di JPJeBid lebih awal daripada di mySIKAP untuk memberi peluang kepada sesiapa yang ingin membeli nombor yang diingini lebih cepat.  


sila klik pada tab "Bidaan" dan masukkan nombor yang korang mahukan

Kadar bayaran untuk pendaftaran ialah RM10 iaitu sama dengan di mySIKAP. Bayar dahulu RM10 then baru boleh start membida.


Aku boleh mengatakan yang JPJ sudah menetapkan harga mengikut kecantikan atau keunikan nombor tersebut. Oh ya, suka aku ingatkan yang di JPJeBid kalau ada beberapa orang yang sama suka nombor yang sama, mereka boleh membida sehingga tarikh atau masa yang diberikan oleh JPJ itu masih aktif. Memang ala-ala Chilindo hokey! 

Harga no plat kereta adalah seperti berikut 

1. Nombor 1 hingga 10 adalah RM10,000 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM1000.
2. Nombor 11 hingga 19 adalah RM3,000 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM150.
3. Nombor cantik berulang seperti 55,88,99, 999 dll adalah RM3,000 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM150.
4. Nombor 2 digit seperti 20, 26 dll adalah RM800 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM40.
5. Nombor cantik jenis berpagar seperti 818, 7171 dll adalah RM800 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM40.
6. Nombor 3 dan 4 digit yang random sangat seperti 813, 419, 2910 dll, RM300 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM15

Kesimpulannya, sesiapa pun boleh menggunakan no plat yang cantik, asalkan ada ongkosnya. Oh ya, kalau korang guna runner, maka kos RM200 akan ditambah. Kalau buat sendiri memang mudah tapi korang kena pergi JPJ untuk mendaftar ID pengguna.














Sekurang-kurangnya selepas 24 jam tarikh atau waktu pembidaan selesai, korang akan dapat surat yang mengatakan korang berjaya bida. Jadi boleh mengemukakan surat tersebut kepada penjual kereta yang korang nak beli, nanti dia akan daftarkan no plat korang ke atas kenderaan baru. Hoyyeh. sangat mudah !


Pautan berkaitan. Bagaimana Hendak Membeli No Plat Kereta Tanpa Runnerer 



Semoga bermanfaat.


Terima kasih.

20 Mar 2020

Bagaimana Nak Beli No Plat Kenderaan JPJ Sendiri Tanpa Runner

Assalam wbt dan Hi.

SHOPEE KAKNA

Di kala sibuk dengan perintah berkurung, aku nak berkongsi pengalaman bagaimana ingin membeli no plat kenderaan sendiri tanpa runner. Untuk membeli no plat baru ada dua cara, satu kita tanpa khidmat runner dan satu lagi dengan khidmat runner. Untuk pengetahuan korang kalau guna runner memang mudah tak payah buat apa-apa, tahu-tahu saja sudah ada nombor plat kereta yang baru tetapi perlu ada kos upah. Kalau kita buat sendiri tiada kos upah dan ada pengalaman baru.

Nombor plat kenderaan melambangkan identiti kepada si pengguna. Contohnya family aku mengamalkan konsep no plat cantik seperti 199 iaitu tarikh anniversary. Kemudian, aku memilih untuk mendapatkan no siri plat YY kerana mengikut nama asal Bang Ajid. Jadi aku mencari contact nombor plat siri istimewa di facebook. Kemudian aku wasap untuk bertanya, katanya sudah tidak jual  sebab no plat yang biasa sudah expired. Macam mana expired tu? Nanti aku terangkan di bawah. Yang tinggal hanyalah no plat yang sangat mahal seperti YY 1, YY99 dan harganya mencecah ribuan ringgit. 

Kesimpulan yang aku dapat: Kalau huruf pelik-pelik seperti UU, G1M, YY, UITM, UTM, UTHM dll, memang dijual oleh EJEN tau, jarang JPJ nak jual. Yang ada dalam website JPJ itu aje yang JPJ jual. Tolong cari di dalam Facebook info mana nak beli ya. 

Jika korang teringin hendak memiliki nombor plat siri istimewa, korang perlulah alert dengan iklan-iklan di facebook seperti Iklan 1 , Iklan 2, Iklan 3 Tempoh pembelian atau pembidaan selalunya selama sebulan. Tempoh penggunaan no plat tersebut pula adalah setahun. Kalau korang nak tahu, no plat siri istimewa ini dibeli oleh pihak tertentu dengan kebenaran JPJ. Contohnya, pada tahun 2018 harga jual JPJ untuk no plat siri YY 1 sehingga YY 9999 adalah RM500,000. Namun harga jual pihak ketiga kepada orang awam untuk satu nombor plat YY adalah bergantung kepada bilangan digit, satu digit seperti 9, dua digit seperti 99, tiga digit seperti 999 dan empat digit seperti 9999. Semakin cantik nombor tersebut, semakin mahal harganya. Korang bayangkan berapa banyak untung yang JPJ dan pihak penjual ini dapat ya!!

Oh ya, untuk huruf special macam YY yang aku cakap di atas, JPJ akan memberikan tempoh penjualan selama 6 bulan contohnya (tempoh ditetapkan oleh JPJ). Kalau dalam masa 6 bulan beberapa nombor masih tidak dapat dijual ia akan dikira luput atau expired dan tidak akan boleh dijual sampailah ada pihak ketiga nak jual lagi.  Makna kata, contoh YY 199 memang ada, available, belum ada kenderaan di Malaysia yang guna tapi dah expired iaitu dah lebih 6 bulan, maka kau tak boleh beli, faham ke? Lepastu, yang syahdu, yang tinggal yang tak expired selalunya nombor yang cantik-cantik saja. Hehe, faham-fahamlah harganya pun syahdu mahal betul. 

Hmm lepastu, contohnya, kalau macam aku nak pangkal Kuala Lumpur iaitu V, nombor plat 1604, harganya cumalah RM310 sebelum kos upah. Jadi mungkin selepas ditambah upah, harganya ialah RM800. Nak murah, gunalah tenaga sendiri. 

Contoh lainnya, kalau macam korang nak pangkal Kuala Lumpur iaitu V, tapi nombor sesuka hati korang, iaitu dikira running number, jadi boleh tempah terus dengan penjual kereta (tempat korang beli kereta), nanti bayar RM50 sajo untuk dia daftarkan. 



Oklah, mari aku terangkan caranya nak beli no plat. Sonang bobonar aih. 

Langkah 1 - Dapatkan Kata Laluan Kali Pertama di JPJ berdekatan anda

Jika korang berdekatan dengan JPJ Seksyen 7 Shah Alam, sila terus ke Kaunter 2 iaitu Unit Komunikasi Korporat. Kaunter ini dibuka pada hari Isnin sehingga Jumaat. 

Isnin - Khamis : 8:00 pagi hingga 4:30 petang (rehat 1 - 2 petang)
Jumaat : 8:00 pagi hingga 4:30 petang (rehat 12:15 tengahari - 245 petang)

Kata laluan ini akan diberikan oleh staff JPJ yang bertugas. Kata laluannya sangat random yang dihasilkan oleh algoritma komputer. Kemudian staff JPJ mengesyorkan kalau-kalau kita hendak cuba login di sini atau di rumah. Pada pendapat aku better korang terus cuba login di situ. Kalau ada masalah nanti senang. Oh ya jangan lupa bawa IC masing-masing ! Pendaftaran PERCUMA, diulangi PERCUMA ! 



Langkah 2 - Daftar Pengguna di mySikap 


Page depan mySIKAP


Terus masuk ke bahagian "Tempahan No Pendaftaran"

Pilih no plat yang korang nak, cari sampai dapat ! haha

Tekan seterusnya

Langkah 3 - Bayar melalui kaedah pembayaran yang disediakan. 

Bayaran khidmat no tender = RM10 (WAJIB) 
Bayaran no plat = RM300 

Kadar harga no plat, Contoh

WHB 1604 iaitu empat digit yang random = RM300
WHB 160 iaitu tiga digit yang random = RM800
WHB 16 iaitu dua digit yang random = RM1000
WHB 1 iaitu satu digit yang random = RM1500 

Kebanyakan nombor  yang boleh dibeli di website mySIKAP ialah tiga dan empat digit saja. Nombor pelik-pelik lain sama ada sudah dibeli terlebih dahulu oleh mana-mana penjual nombor kenderaan berdaftar (dan akan dijual dengan harga yang lebih mahal) atau boleh dibida melalui JPJ eBid https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/login 

Selingan, melalui JPJ eBid portal,  harganya sama saja cuma pembelian korang boleh disailang dirampas oleh orang lain. Ala-ala Chilindo uols ! Contohnya Ahmad membida nombor WHB1604 dengan harga RM300. Oleh sebab Ali juga sukakan nombor yang sama, maka Ali membida semula dengan menaikkan bidaan sebanyak RM310. Kenaikan bidaan hanyalah RM10 untuk sekali bida. Okaylah yang ini aku cerita next post ya.  


Bayar sajo. RM310


OK SETTLE ~ ~ ~ ~ 

Dan akhirnya korang akan dapat satu surat daripada JPJ di mana akan diberitahu korang berjaya beli atau tidak no plat yang korang inginkan. Kalau tidak berjaya, refund akan dibuat jadi jangan risau. tapi yang RM10 tu tak dapatlah. Mesti guna nombor dalam masa setahun ya. kalau tak, expired nombor plat kereta kau. Hehe.

Surat ini kemudiannya korang share dengan penjual kereta yang korang nak beli. Nanti dia akan daftarkan untuk korang. 

Just nak share dengan korang kalau korang melalui runner, lebih kurang seperti di bawah kos yang akan ditanggung oleh korang. Kalau rasa-rasa malas, boleh saja guna runner ya, hehe 




Perkongsian lain, 
1. kalau korang rasa-rasa nombor yang korang nak belum ada, login besok pulak. kalau tak jumpa lagi, login besoknya lagi sampai jumpa. Untuk nombor Wilayah KL cepat sangat nak bertambah.
2. no Wilayah Putrajaya iaitu bermula huruf F tidak dijual di sini
3. no plat siri istimewa seperti G 1 G, YY 1, UTM 1 dll tidak dijual di laman web JPJ dan korang kena cari di penjual no plat berdaftar yang korang boleh jumpa nombor contact mereka di serata internet
4. no plat siri istimewa tidak dijual selalu, ada tempoh waktu contohnya aku nak cari YY 1604 tetapi no plat YY hanya dijual pada Ogos 2018 yang lalu. 
5. korang boleh beli no plat kereta untuk suami / isteri , adik-beradik, mak ayah, atok nenek dan anak, pendek kata yang mempunyai pertalian darah saja. masa nak transfer nama, korang kena bawa segala bukti ada pertalian darah dan bawa ke kaunter JPJ. 


Semoga membantu!!!!



17 Mar 2020

Kenapa Saya Pilih Emas Zhulian?

Assalam wbt

Selalu teringin nak pakaikan anak emas tulen tapi belum mampu, jadi saya pilih untuk membeli emas Zhulian saja. Oleh sebab emas Zhulian disadur dengar cecair seperti emas tulen, sekali pandang memang seperti emas tulen. 






Memang sangat murah! jadi korang pun boleh beli drp saya untuk sama-sama cantik pada pagi Hari Raya :) 

Boleh contact saya di wasap (www.wasap.my/60176806258)


Terima kasih !

16 Mar 2020

Pengedar Emas Zhulian Subang Jaya dan USJ

Assalam wbt dan Hi,

Saya, Fara dengan bangganya ingin memberitahu yang kalian sekarang boleh membeli Emas Zhulian dengan saya. Kepada penduduk sekitar Subang Jaya dan USJ, bolehlah hubungi saya di Sini ya. 


Sudahlah murah, mudah dan tampil elegan.

Saya ingin bercerita bagaimana saya akhirnya boleh menjadi ejen Emas Zhulian. Sebenarnya saya juga teringin hendak pakaikan emas pada anak saya tetapi harga emas memang sangat mahal ya tuan-tuan dan puan-puan. Harga untuk 1 gram mencecah RM200 ! Memang belum mencapai akal saya. Jadi, saya beralih kepada emas korea. Emas korea ini sangatlah murah iaitu seutas gelang boleh mencecah sebanyak RM30 sahaja! Oleh sebab iklan di instagram sangat meyakinkan, beberapa kali jugalah saya beli. Sayang seribu kali sayang, emas korea sangat tidak tahan ya. Kalau terkena air dan udara berulang-ulang kali maka hasilnya adalah karat, terutamanya rantai. hmmm... 


Ini tidak boleh jadi...!


Maka, tercetuslah idea saya ingin membeli Emas Zhulian.. memang nampak seperti emas tulen! saya sangat suka!!! hehe...



Kenapa pilih emas zhulian? jom ramai-ramai !!!!


Suka saya ingatkan, memang benar Emas Zhulian tidak boleh dijual dan dipajak gadai. 

Anda kini boleh bergaya dengan emas yang lebih murah. 

Siapa tak mahu jadi cantik dan bergaya.



Terima kasih ! 


Pengedar Emas Zhulian anda,
Fara,
0176806258.


10 Mar 2020

Melawat Muzium Diraja di Jalan Istana Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hi.


Alhamdulillah pada 23 Februari yang lalu, kami berpeluang melawat Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana Kuala Lumpur. Boleh rujuk website ini. Muzium Diraja ialah Muzium Nasional yang lama iaitu tempat tinggal YDPA dan Raja Permaisuri Agong pada tahun 1957 hingga 2011. Muzium ini dibuka kepada awam pada 1 February 2013 sehingga kini. 





boleh bergambar di luar sahaja.

Mari kita menyoroti sedikit sejarah tentang Muzium Diraja

Sebelum menjadi istana, ia adalah bangunan biasa. Bangunan ini dibina pada 1928 yang lalu oleh seorang jutawan Cina yang digelar Chan Wing sebagai tempat tinggalnya. Bangunan dua tingkat itu di reka khas oleh arkitek terkenal dari Singapura iaitu Swan dan MacLaren. Senibina itu adalah berkonsepkan stail Palladian yang memberi impak  kemewahan dan keagungan (opulence and granduer). Semasa zaman pemerintahan Jepun di Malaya, istana ini asalnya menjadi tempat tinggal staff mereka sebelum diambil oleh BMA (British Military Administration) pada akhir Perang Dunia ke-2. BMA menggunakan bangunan itu sebagai tempat letaknya Angkatan Udara Diraja. 

Kemudian pada tahun 1950, bangunan ini dijadikan sebagai istana sementara untuk Sultan Selangor, iaitu Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sehingga habis tempoh waktu sewaan pada Februari 1957. Kemudian, bangunann ini dibeli oleh kerajaan persekutuan untuk dijadikan sebagai Muzium Nasional iaitu tempat tinggal rasmi YDPA dan Raja Permaisuri Agong. Istana ini kemudiannya melalui beberapa proses perubahan dan penambahbaikan pada tahun 1980-an untuk memberi ruang Balairong Seri sebagai tempat rasmi majlis-majlis diraja. 

Objektif adalah untuk sebagai rujukan untuk Raja Perlembagaan di Malaysia, memberi maklumat tentang senibina istana itu sendiri, untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah sebagai harta kebangsaan (national treasure), dan juga memberi program pendidikan kepada rakyat. 

Pendapat aku

Bagi pendapat jujur aku sebagai rakyat Malaysia, ilmu yang ada ketika kita melawat muzium tersebut agak terhad. Maklumat yang digantung pada dinding sangat terhad. Kita juga dilarang mengambil gambar di dalam muzium. Kawasan yang kita boleh pergi juga agak terhad, palang di mana-mana, tidak boleh sentuh itu ini dan tidak boleh duduk di kerusi sembarangan, cctv juga di mana-mana jadi janganlah buat perkara bukan-bukan. 

Tiket masuk
Dewasa RM5
Warga emas RM3
Kanak-kanak (6 tahun ke atas) RM2

Kemudahan, tempat parkir kereta agak banyak, ada tandas, dan ada mesin air gedegang. (read : vending machine). Daripada pondok tiket ke istana agak jauh, tiada shuttle so kena jalan kaki sendiri ya. Mungkin berjalan dalam 300m di kawasan berbukit sedikit. 

Perlu berjalan ke atas (belakang kami). Kiri kami ada padang bola yang luas. 


Baru nampak jauh.

padang bola atau tempat landingnya helikopter

berjalan lagi ke bahagian tengah istana untuk membuka kasut dan masuk ke dalam Muzium Diraja


bergambar di pintu pagar. cantik pintu pagarnya tau! hehe


Namun begitu, oleh kerana kami memang suka melawat tempat-tempat menarik di Malaysia, jadi kami semua rasa sangat gembira kerana dengan wujudnya Muzium Diraja, kami dapat mengetahui betapa kayanya raja-raja di Malaysia dan beruntungnya mereka kerana lahir dalam kalangan orang yang berada. 

aku ada pernah terbaca tentang roh kita yang memilih menjadi manusia atau haiwan. apabila roh memilih menjadi manusia, menjadi rahsia Allah pula ke dalam manusia jenis apa, roh akan ditiupkan. oleh itu, kita sebagai manusia wajib bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah dan selalu kembali ke jalanNya. jangan terlalu berfikir tentang kelebihan orang lain sehingga kita lupa pada apa yang kita ada. Terima kasih.