20 Mar 2026

30 Ramadan Masih Belum Raya sebab Anak Bulan Tak Penuhi Kriteria

Aku rasa, aku wajib simpan penjelasan nak tengok anak bulan supaya boleh dirujuk pada tahun hadapan. 

Kena letak gambar supaya boleh dapat bayangkan. Anak bulan memang nampak dah tapi tak cukup kriteria untuk mengatakan hari ini hari raya. Agituewwww. Semoga jangan sedih sebab belum raya sebab bulan Ramadan ada keberkatannya, jangan lupaaaa! 

Terima kasih. 

19 Mar 2026

Cara Masak Nasi Impit 5:30:7

Oleh sebab aku tulis dalam post dalam apps, jadi pendek-pendek jelah.
 

1. Didihkan api lepastu masukkan nasi impit 5 minit.
2. Tutup api, biarkan dalam periuk 30 minit. 
3. Hidupkan balik api, biarkan 7 minit. 

Kemudian angkat dan sejukkan seperti biasa. Aku simpan sini eh (thread nashnordinn) 

Moga bermanfaat! Terima kasih. 

18 Mar 2026

Dua Laut yang Bertemu di Selat Gibraltar: Airnya Tidak Bercampur Selama Ribuan Tahun!

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



"Dua Laut yang Bertemu di Selat Gibraltar: Airnya Tidak Bercampur Selama Ribuan Tahun!" (kredit petikan di Facebook)

Setiap kali kita menatap laut, nampak seperti satu hamparan besar yang bersambung tanpa batas. Namun di antara Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik, tersembunyi satu keajaiban alam yang luar biasa. Dua lautan ini bertemu di Selat Gibraltar, tetapi airnya tetap terpisah walaupun bersentuhan setiap detik selama ribuan tahun.



Fenomena ini boleh dilihat jelas dari udara. Di kawasan pertemuan dua lautan itu, air kelihatan seolah-olah dibelah dua warna. Satu biru gelap, satu lagi hijau kebiruan seakan-akan ada dinding halus yang memisahkan keduanya. Perbezaan warna ini bukan sekadar ilusi, tetapi hasil daripada perbezaan ketumpatan, suhu dan kadar kemasinan antara dua badan air tersebut.

Air Laut Mediterranean lebih panas dan lebih masin, manakala Lautan Atlantik lebih sejuk serta kurang tumpat. Perbezaan ini menjadikan kedua-duanya sukar bercampur dengan sempurna. Fenomena ini bukan sahaja menarik dari sudut visual, malah mengandungi nilai ilmiah yang besar dalam bidang oseanografi.

Menurut saintis dari Institut Oseanografi Sepanyol, air Mediterranean yang padat sentiasa mengalir keluar ke Atlantik di dasar Selat Gibraltar. Pada masa yang sama, air Atlantik yang lebih ringan bergerak masuk ke Mediterranean di lapisan atas. Pertukaran dua lapisan ini mencipta arus berganda yang kompleks, seperti dua sungai yang mengalir bertentangan arah di bawah laut.

Di bahagian sempit selat yang panjangnya kira-kira 60 kilometer ini, arus bawah laut boleh mencapai kelajuan lebih daripada 5 knot, menjadikannya antara sistem arus paling dinamik di dunia. Kajian menggunakan sonar dan pemetaan akustik menunjukkan lapisan percampuran antara dua lautan ini hanya setebal beberapa meter.

Setiap laut di bumi memiliki “identiti” tersendiri, ditentukan oleh suhu, tekanan, saliniti dan kandungan mineralnya. Inilah sebabnya dua air besar ini tetap mengekalkan keunikan masing-masing walaupun sentiasa bertemu dan bersentuhan setiap hari.

Fenomena ini sering dikaitkan dengan ayat al-Quran dalam Surah Ar-Rahman ayat 19 hingga 21:
"Dia membiarkan dua laut mengalir yang kemudian keduanya bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Ayat ini menjadi inspirasi kepada ramai ahli tafsir dan saintis Islam untuk memahami tanda kebesaran Allah dalam sistem semula jadi bumi. Ia bukan sekadar puisi, tetapi gambaran saintifik yang nyata dan boleh dibuktikan melalui pemerhatian moden.

Kajian pertama mengenai fenomena ini dilakukan oleh Jacques Cousteau pada tahun 1960-an. Beliau dan pasukannya menggunakan kamera bawah laut untuk merakam pertemuan dua lapisan air yang berbeza di Selat Gibraltar. Rakaman itu menunjukkan dengan jelas sempadan semula jadi yang wujud antara dua lautan, menyerupai dinding air yang memisahkan keduanya.

Fenomena ini digelar oleh ahli oseanografi sebagai “halocline” dan “pycnocline”. Halocline merujuk kepada perubahan mendadak dalam kadar garam, manakala pycnocline pula merujuk kepada perubahan ketumpatan air. Kedua-dua faktor ini menjadi asas kepada fenomena laut yang tidak bercampur sepenuhnya.

Namun pertemuan dua lautan di Gibraltar bukan sekadar keindahan geografi. Ia juga memainkan peranan penting dalam kestabilan iklim serantau. Pertukaran air antara Mediterranean dan Atlantik membantu menyeimbangkan suhu serta kemasinan di kedua-dua kawasan, yang secara tidak langsung mempengaruhi corak cuaca di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Selain itu, kawasan ini juga menjadi laluan migrasi ikan dan mamalia laut yang sangat aktif. Ikan tuna Atlantik contohnya, akan melintasi Selat Gibraltar untuk bertelur di perairan Mediterranean yang lebih panas. Proses semula jadi ini telah berlaku selama ribuan tahun tanpa gangguan.

Di dasar laut, saintis menemui satu fenomena menakjubkan yang digelar “air terjun bawah laut”. Ia terbentuk apabila air Mediterranean yang lebih masin mengalir menuruni dasar Atlantik dengan kelajuan tinggi, menghasilkan arus deras yang bergerak seperti air jatuh dari tebing. Fenomena ini membentuk pusaran air yang luar biasa dan menunjukkan betapa kompleksnya sistem lautan dunia.

Bagi ahli sains, Selat Gibraltar ialah makmal semula jadi terbesar untuk memahami interaksi air laut global. Bagi orang beriman, ia ialah bukti nyata bahawa setiap ciptaan Allah mempunyai hukum dan keseimbangan tersendiri. Tiada apa yang berlaku secara kebetulan dalam sistem alam yang begitu halus ini.

Setiap titik air di laut membawa sejarah panjang bumi. Dari gunung ais yang mencair di Artik hingga titisan hujan yang mengalir ke sungai, semuanya akhirnya bertemu di lautan. Namun Allah menjadikan perbezaan antara laut-laut ini sebagai tanda kebesaran-Nya, agar manusia berfikir dan mengenal siapa yang mengatur setiap gelombang.

MasyaAllah, saat sains dan wahyu bertemu, manusia akhirnya mengerti bahawa setiap fenomena di dunia ini tidak terjadi tanpa hikmah. Fenomena dua laut yang tidak bercampur ini ialah bukti bahawa alam dicipta dalam aturan yang sempurna dan saling melengkapi.

17 Mar 2026

Perbezaan Kadar Zakat Fitrah di Malaysia

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Kadar zakat fitrah di negara kita, Malaysia. Memang sudah dijangkakan Selangor dan Wilayah mencatat nilai zakat yang paling tinggi kerana populasi yang ramai dan taraf kehidupan lebih tinggi daripada negeri lain. Adapun begitu, kami berharap pengurusan lembaga zakat yang telus. InsyaAllah. 


Terima kasih. 

16 Mar 2026

Bagaimana Hendak Khusyuk Dalam Solat?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Bagaimana hendak khusyuk dalam solat?
1. Tenang sebelum solat
2. Bedoa minta khusyuk
3. Hayati bacaan
4. Rasa keagungan Allah
5. Rasai ibadah terakhir
6. Rasa takut

Bagaimana hendak mewujudkan 6 rasa ini? dengan cara bersyukur, kita adalah umat Nabi Muhammad ﷺ  Insya Allah.


15 Mar 2026

Oh Inilah Motor Yang Asslah AI Beli

Aku simpan sini sebab nanti ada duit lebih mana tahu nak beli motor skuter hahaha.

Benelli Panarea 125 berharga RM6988, bayaran kadar RM211 untuk tempoh 5 tahun. 

Kkaaaayyy bai...

Siapakah Syiah?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Siapakah Syiah? (kredit kepada Ustaz Wadi Anuar dan Team)

Suatu Tinjauan Awal Sejarah Istilah Syiah sering muncul dalam perbincangan sejarah Islam, khususnya apabila membicarakan tentang Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun begitu, untuk memahami siapakah Syiah sebenarnya, perlu dilihat terlebih dahulu makna asal istilah tersebut serta perkembangan yang berlaku dalam sejarah umat Islam. Dari sudut bahasa Arab, perkataan syī‘ah bermaksud pengikut, penyokong atau kelompok yang mengikuti seseorang. Dalam konteks sejarah awal Islam, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang menyokong Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta mencintai beliau. Mereka berpendapat bahawa Ali lebih layak memegang jawatan khalifah selepas kewafatan Rasulullah ﷺ. Pada peringkat awal sejarah Islam, terdapat sebahagian sahabat yang dikenali sebagai penyokong Ali. Antaranya termasuk Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghifari, ‘Ammar bin Yasir, Hudhaifah bin al-Yaman dan Jabir bin Abdullah r.a. Walau bagaimanapun, selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, para sahabat akhirnya sepakat melantik Abu Bakar al-Siddiq r.a sebagai khalifah pertama. Sayyidina Ali sendiri memberikan bai‘ah kepada Abu Bakar, sebagaimana beliau juga memberikan bai‘ah kepada Umar ibn al-Khattab dan Uthman ibn Affan r.a. Bahkan dalam sejarah pemerintahan mereka, Ali turut terlibat dalam pentadbiran negara dan menjadi antara tokoh penting dalam kalangan sahabat. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun wujud orang yang lebih cenderung kepada Ali, mereka tetap berada dalam kesatuan umat Islam di bawah kepimpinan para khalifah. Selepas beberapa generasi, istilah Syiah mula mengalami perubahan makna. Muncul kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Ali tetapi membawa pemikiran yang berbeza daripada maksud asal tersebut. Sebahagian daripada mereka memasukkan pelbagai cerita dan ajaran yang tidak mempunyai asas dalam Islam sehingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Dalam kalangan kelompok ini juga muncul golongan yang melampau dalam memuliakan Ali. Ada yang mengatakan bahawa Ali bukan sekadar manusia biasa. Bahkan terdapat kelompok yang melampaui batas sehingga mendakwa bahawa Ali mempunyai sifat ketuhanan. Antara kelompok yang disebut dalam sejarah ialah Saba’iyyah, iaitu pengikut Abdullah bin Saba’. Golongan ini mendakwa bahawa Allah berada dalam diri Ali dan bahawa Ali adalah Tuhan. Dakwaan seperti ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam riwayat sejarah juga disebut bahawa Sayyidina Ali sendiri menentang fahaman tersebut dan mengambil tindakan terhadap golongan yang menyebarkannya. Dalam masa yang sama, sumber-sumber sejarah menunjukkan bahawa hubungan antara Ahlul Bait dan para sahabat Nabi sebenarnya baik dan saling menghormati. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara mereka. Sebagai contoh, Sayyidina Ali r.a menamakan sebahagian anaknya dengan nama Abu Bakar, Umar dan Uthman. Muhammad bin Abi Bakar pula dibesarkan dalam jagaan atau asuhan Ali. Selain itu, terdapat juga hubungan perkahwinan antara keluarga Ahlul Bait dan para sahabat Nabi. Imam Ja‘far al-Sadiq pernah menyebut bahawa beliau dilahirkan oleh keturunan Abu Bakar sebanyak dua kali. Hal ini kerana ibunya ialah Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar, dan neneknya (ibu kepada Ummu Farwah) pula ialah Asma’ binti Abdul Rahman bin Abi Bakar. Beliau juga berkata: “Sesungguhnya orang-orang bodoh atau keji dari Iraq mendakwa bahawa aku berlepas diri daripada Abu Bakar dan Umar, sedangkan kedua-duanya adalah datukku.”
Dalam riwayat lain, Ali bin al-Husain (Zain al-Abidin) atau dikenali Ali Zain al-Abidin al-Sajjad kerana banyak bersujud (kerap solat sepanjang malam). Beliau pernah berhadapan dengan sekelompok orang yang mencela Abu Bakar, Umar dan Uthman r.anhm. Beliau kemudian bertanya kepada mereka sama ada mereka itu termasuk dalam golongan Muhajirin atau Ansar yang disebut dalam al-Quran.

Apabila mereka menjawab tidak, beliau menegaskan bahawa mereka juga bukan termasuk dalam golongan yang datang selepas para sahabat dengan hati yang bersih terhadap mereka (khulafa al-rasyidin). Peristiwa ini menunjukkan bahawa dalam tradisi Ahlul Bait sendiri, penghormatan terhadap para sahabat merupakan sesuatu yang sangat ditekankan. Kesimpulannya, dari sudut sejarah, istilah Syiah pada asalnya bermaksud pengikut atau penyokong Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun dalam perkembangan kemudian, muncul pelbagai kelompok yang menggunakan nama tersebut dengan fahaman yang berbeza-beza. Sebahagian daripada mereka bahkan melampaui batas sehingga menisbahkan sifat ketuhanan kepada Ali. Memahami latar sejarah ini membantu kita melihat bahawa istilah Syiah bukanlah konsep yang statik, tetapi telah mengalami perubahan makna sepanjang perjalanan sejarah umat Islam. Rujukan Kitab Ahlu Qiblat karya al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim rah. (Raid al-‘Asyirah al-Muhammadiyah)

Semoga sedikit sebanyak mendapat ilmu. InsyaAllah.

14 Mar 2026

Nota aku - Jadual Imunisasi

Okay ini jadual imunisasi anak berumur 1 bulan sampai 2 tahun eh 1 tahun setengah. Simpan sini senang tak kalut. Kan blogspot ni macam buku nota aku. 

Kredit gambar Pantai Hospitals. Terima kasih cantik gambarnya! 

13 Mar 2026

Amalan Ramadan ialah Sunnah Nabi ﷺ


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Tahu atau tidak, semua amalan yang digalakkan untuk menghidupkan Ramadan, adalah sunah Nabi Muhammad ﷺ dan sangat dituntut dalam Islam. Ingat ye, puasa untuk orang beriman, bukan untuk orang Islam semata. 


Semoga istiqamah. InsyaAllah

10 Mar 2026

Edit Background Raya macam Photoshoot!

Memula, crop gambar dengan remove background. Lepastu editlah dalam inshot atau canva. Ini cara paling mudah! Boleh cubalah. 



Jadi mudahlah tak payah nak pergi photoshoot. Cuma edit kena cantek-cantek. Hehe.