TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Aug 2022

Jom Naik Motor Elektrik Untuk Bersiar-siar di Sekitar Anjung Floria Putrajaya

Assalam wbt dan Hai,

Korang selalu nampak kan orang naik motor elektrik anak beranak kan, tapi tak tahu nak naik dari mana. Hah jawapannya, korang boleh jumpa di sekitar anjung Floria Putrajaya. Kalau korang nak google map, korang search saja Pantai Floria Putrajaya. Di sini banyak parking dan percuma!

Nak naik motor elektrik, korang kena masuk dulu jalan kaki ke bahagian Pantai Floria, bertentangan dengan itu, korang nampak dah satu pondok sewa motor elektrik. Ada yang untuk 2 orang, 4 orang dan lebih dari 4 orang. Ikutlah kepada kapasiti korang kan. Harga pun bergantung kepada kapasiti. Contoh macam kami 4 orang, harga sewa ialah RM50 untuk masa 30 minit! WOAH! Memang puas hati.

Kami berpusing-pusing di kawasan Anjung Floria, terus ke Masjid Besi terus ke Monumen Putrajaya. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, ya Allah nikmat yang mana mahu kau dustakan. Hah gitu. Jemputlah datang sini ya.... 


Selain itu, adalah kawasan yang instragammable worthy di sini. Bolehlah berhenti kejap-kejap untuk ambil gambar. 

Pemandangan yang menarik di sini. Selain daripada itu, korang juga boleh sewa basikal, berkayak dll. Banyak juga aktiviti di sini. Pun ramai yang ambil gambar untuk Pre wedding, graduasi dll. Rasanya kami nak ambil gambar pun kena ambil turn. Nak lalu pun kena tunggu orang lain ambil gambar. HAHA. adoyai.... 

Nak masuk Pantai Floria, kena bayar tau, siapa ada berpagar. Harganya RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Memang guna pasir pantai tu korang, pantai palsu kot aku boleh cakap. Tiada toilet dalam kawasan berpagar Pantai Floria, jadinya korang nak tukar baju tu macam pandai-pandailah. Yang aku nampak, anak-anak kecil ni, mak pak dorang tukar baju tepi-tepi gitu, naked aje. huii bahaya betul! 


Jemput datang!

No comments: