Kami pergi ke sini sebab banyak sangat feedback kata best. Okaylah datang juga. Untuk dewasa, harganya RM37 dan kanak-kanak RM32. Jadi kami perlu bayar RM138. Dapat percuma 2 baucar. 1 baucar makan, yang boleh berjimat dalam RM15 gitu, dan juga baucar ke Mini Zoo Kuala Lumpur. Kawasan korang boleh google map sendiri ya. Parking banyak di dalam dan di luar. Parking di tepi jalan juga pun boleh, tak akan disaman kalau datang Sabtu dan Ahad. Kalau datang hari berkerja, aku tidak berapa pasti.
Tempatnya agak terhad tetapi binatangnya banyak, jadi memang nampak penuh sangat.
Bagus untuk anak-anak kita mengenal binatang. Sebenarnya mana-mana zoo pun memang akan ada binatang yang sama juga, yang common orang cakap. Tapi nak juga ada kenangan pernah masuk di Farm in The City, jadi nak jugalah datang. Hehe...
Masuk-masuk saja sudah nampak kawasan kura-kura. Kura-kura macam batu kau tahu tak, silap-silap boleh terpijak! Hadoyai. Bolehlah nak bergambar ke, nak bagi makanan ke. Kemudian ke kawasan ular, sila lihat atas! Hamek kau, ular sebanyak-banyak ada atas kaca atas kepala kau. Geli gelaman ya hampun, nangis aku terkejut sangat nengok ular. Ular sawa pun ada atas kaca, kalau pecah kaca tu, tak tahu aku nak kabo cemana kan.
Kemudian pergi ke kawasan burung yang super jinak! Semua burung jalan macam ayam, macam dah tak ingat nak terbang macam mana. Kahkah. Kemudian tengok alpaca, tapi alpaca tengah tidur. Agaknya panas kot sebab ada aircond kat kawasan depa tidur. Yang berlegar-legar adalah beberapa ekor kambing biri-biri yang super excited nengok orang datang. Ada juga rusa, lembu, kambing, arnab, segala macam ayam. Boleh juga korang belajar menangguk ikan dengan penapis. Boleh juga korang belajar macam mana nak ambil air dari telaga.
Ada satu kawasan, korang boleh tengok beberapa jenis binatang spesis cicak dan guinea pig. Kemudian adalah show mengkarung dan guinea pig. Bolehlah nak try test pegang. Hehe. geli tau....
Lepastu ada kawasan yang korang boleh bagi ikan makan. Ada beberapa ekor itik dan flamingo yang join makan makanan yang sama. Hehe. untung-untung diorang makanlah.
Okaylah lepastu belilah cenderhati sambil main tingting.
Overall puas hati. Alhamdulillah. Jemput datang sini ya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment