TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Aug 2022

Jalan-Jalan di Petting Zoo - Husin Fauzi Farm Kuala Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Memang berbaloi datang ke sini, Hussin Fauzi Farm yang terletak di Kuala Selangor. Banyak sangat haiwan di sini. Boleh google map/waze sahaja. Mudah nak jumpa. Parking banyak sangat dan ada staff yang jaga parking. Dibuka seawal jam 10 pagi. Kalau lewat datang, memang bertembung dengan ramai orang, takut tak selesa pula. Ada toilet awam, jadi tak adalah risau kan.

gambar ehsan google


Dewasa - RM12 (RM2 akan disedekah/diwaqaf kepada Maahad Tahfiz Dar As Thaqafah)
Kanak-kanak - RM7 (RM2 akan disedekah/diwaqaf kepada Maahad Tahfiz Dar As Thaqafah)

Haiwan yang terdapat di sini seperti arnab, burung-burung, unta, kangaroo, ular, kura-kura, burung undan, skunk, burung unta, ayam, lembu, unta, rusa, kuda, kuda padi, iguana, tikus makmal, itik, angsa, landak dan lain-lain. 

Aktiviti yang terdapat di sini ialah (semuanya bayar sendiri - selain harga masuk tadi):
1. bagi binatang makan makanan (makanan boleh beli di sini)
2. menunggang kuda
3. menyauk ikan guppy
4. indoor playground (gelongsor belon besar itu kan...)
5. naik mini trem
6. naik ATV
7. ada tempat makan - mini restoran yang jual air dan nasi ayam, di bawah atap rumbia gitu

gambar ehsan google

gambar ehsan google

gambar ehsan google


Apa yang pelik-pelik:
1. memegang ular dan bergambar dengan ular
2. boleh pegang semua binatang yang ada, dia macam open dan tak open, tapi boleh pegang selagi korang boleh tanya dengan petugas untuk pegang haiwan tersebut
3. ada seekor burung unta dibiarkan untuk berjalan sekitar petting zoo
4. ada ayam belanda dibiarkan berjalan ke sana ke sini ahaha, bising pulak tu
5. hah dapat bau skunk yang busuk tu kan, selalu nampak dalam tv aje, ini kita nampak betul dan bau betul busuknya, boleh termuntah
6. sudah menyauk ikan guppy, dapat ikan kan, boleh bawak balik sebanyak mana yang kita dapat
7. boleh main-main gelongsor belon selama mana yang kita suka, dah stop kejap kemudian nak sambung semula pun boleh, tak payah bayar semula, unlimited time gitu
8. dengar bunyi kambing cakap hoi hoi macam suara manusia! wahaha, terkejut
9. iguana tengah bersalin kulit jadi sedang hibernate, sesuatu yang pelik kan?


Jom datanglah sini. 


Terima kasih. 


No comments: