TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Feb 2022

Pengalaman Umrah 2022, Umrah Pasca Covid - Umrah (Bahagian Mekah)

 Assalam wbt dan Hai,

Maaf panjang dan gambar di upload kemudian. 

Mula-mula fikir nak buat entry satu-satu tetapi saya kurang ada idea. Jadi, saya tulis terus karangan menyeluruh. Pada mulanya, rancangan asal Mahabbaten, kami perlu ke Madinah dahulu, tetapi last minute, kami perlu menunaikan umrah terlebih dahulu. Selepas selesai semua urusan umrah, saya setuju yang kita pergi ke Mekah terlebih dahulu adalah lebih baik daripada ke Madinah. Sebabnya di Mekah, kerja kita umrah dan beribadat sahaja, memang penat sangat-sangat, sangat. Jadi di Madinah, kita boleh relax dan chill dan melawat berziarah Rasulullah dengan tenang dan aman. 

Jika kalian hendak memilih pakej, pilihlah yang menawarkan Hotel Safwah kerana kedudukan Hotel Safwah sangat dekat dengan pintu masuk Masjidil Haram, dekat dengan Kaabah. Sangat dekat, 50m sahaja! 



BAHAGIAN DI MEKAH

16/2/2022 - Rabu

Mandi sunat ihram pagi-pagi. Tiga solat sunat didirikan iaitu Solat Sunat Ihram 2 Rakaat, Solat Sunat Taubat 2 Rakaat dan Solat Sunat Musafir 2 Rakaat. Kami bergerak ke KLIA dalam jam 12:00 tengah hari. Kami solat jamak taqdim di Masjid KLIA dekat dengan Movenpick Tabung Haji. 

Ada sedikit masalah teknikal, flight ditangguhkan dari jam 8:20 malam kepada jam 9:20 malam waktu Malaysia. Sempat kami solat jamak qasar, fardhu Isyak dan Maghrib di dalam kapal terbang, kami perlu ambil wuduk dengan air spray dan kapal sudah hadap qiblat, jadi solat duduk saja. Kami niat di miqat, di Qarnul Manazil. Semasa di dalam kapal terbang, Ustaz Don ada bagitahu lagi sejam, lagi 30 minit kami akan melintasi Qarnul Manazil. Begitu. Tiba sahaja di Qarnul Manazil, kapten kapal bagitahu kemudian Ustaz Don membacakan niat ihram umrah dan niat ihram umrah bersyarat. Mula sahaja membaca niat, maknanya kami tertakluk dengan 13 pantang larang umrah. Hati-hati. 


17/2/2022 - Khamis

Umrah ke-1 (Miqat di Qarnul Manazil)

Tiba di Airport Jeddah dalam jam 1:30 pagi. Airport Jeddah tak berapa ramai orang sebab airport umrah dan haji sahaja. Mudah sangat. Kami check out dari Imegresen Arab Saudi, ambil beg dan tunggu bas, jadi dalam jam 3:30 pagi baru gerak ke hotel. Jam 4:30 pagi tiba di Hotel Safwah 50m daripada pintu masuk ke Masjidil Haram. 5:30 pagi kami check in dan solat subuh di bilik. Jam 7:00 pagi, kami sarapan dahulu di hotel. 

Pukul 8:00 pagi kami perlu tunggu di hadapan WC3 (toilet lelaki), untuk bersedia nak menunaikan Umrah pertama kami. Apabila Ustaz Megat, Ustaz Anas, Ustaz Taufiq dan Ustaz Aiman sudah tiba, kami bergerak berkumpulan. Kami ikut mutawif Ustaz Megat. Ustaz Megat sebenarnya Imam Muda Musim ke-3 tetapi oleh sebab kami memang jarang tonton tv, jadi kami tak kenal Ustaz Megat. Kami masuk beramai-ramai. 

Berdebar-debar nak tengok Kaabah. Pertama kali menjejakkan kaki ke dataran di hadapan Kaabah, memang automatik terus menitiskan air mata. Syahdu rasanya. Untuk pertama kali menunaikan umrah ini, kami hanya mengikut Ustaz Megat. Selepas 7x tawaf, kami solat sunat tawaf 2 rakaat. Kemudian, kami Saie di tingkat kedua bersama Ustaz Don. Yang kalini memang best sangat, sebab Ustaz Don bacakan doa sepanjang ke Bukit Safa dan ke Bukit Marwah. Selesai Saie, kami bertahallul atau bergunting. Ustaz Don dan Ustaz Megat membacakan doa untuk kami. Alhamdulillah.

Alhamdulillah Umrah Pertama kami selesai dengan baik

Selesai Umrah kali pertama, kami bersurai dan boleh buat hal masing-masing. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Masih awal untuk waktu Zohor. Semasa kami hendak pulang ke hotel, kami terlihat Ustaz Don berjalan berkumpulan dalam 10 orang saja otw nak ke Ziarah Dalam Masjidil Haram, senang kata yang berdekatan. Ustaz Don cerita tenang Bukit Kubais, Perpustakaan iaitu rumah asal kelahiran Nabi Muhammad SAW, peristiwa sekitar Masjidil Haram, Masjid Kucing, Masjid Syajarah, Masjid Jin, kawasan Pemakaman Saidatina Khadijah dll. Kami jalan kaki saja, jauh juga dalam 3km. Kami pulang ke rumah dengan teksi, Ustaz Don yang tahankan teksi sebab kami tak pandai cakap bahasa Arab, perlu bayar 20 Riyal. 

bersama dengan Ustaz Don Daniyal mendengar penerangan yang jelas

Kami pulang ke hotel dan makan tengah hari. Petangnya kami membeli nombor prepaid Mobily (bunyinya Mobaili) harganya 90 Riyal seorang. Nombor ini penting untuk mendaftar Tawakalna dan Eatamarna. 

Malamnya kami masih di hotel sebab kami belum dapat gelang biru, dan juga belum dapat mendaftar aplikasi Tawakalna + Eatmarna. Susah hati betul masa itu. Kami risau saja tidak dapat slot Rawdah jika lewat sangat mendaftar. Kami masa itu tidak tahu, kami boleh saja solat di Tingkat 1 Masjidil Haram tanpa gelang biru dan tanpa aplikasi. Tiada sesiapa beritahu kami. 

18/2/2022 - Jumaat

Kami menunaikan solat Subuh di bilik juga sebab kami belum tahu pasal boleh solat di Tingkat 1 Masjidil Haram tanpa gelang biru dan tanpa aplikasi. Tiada sesiapa beritahu kami. 

Pukul 9:00 pagi kami diminta berkumpul di WC3 untuk Ziarah Dalam Masjidil Haram dengan Ustaz Don. Ustaz Don mula berdoa dan majlis dimulakan. Ustaz Don cerita tentang sejarah Masjidil Haram, di mana rumah asal Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan disuruh kami bayangkan bagaimana perjalanan Rasulullah ke rumah sahabat baginda. Dan seterusnya Ustaz Don juga mengulang kembali cerita yang semalam, semalam kan kami join Ziarah Dalam Masjidil Haram dengan Ustaz Don. Pengulangan untuk kami tapi seronok dengar. Alhamdulillah. Pukul 10:30 pagi, kami bergambar dengan perpustakaan yang dulunya menjadi tempat kelahiran Rasulullah SAW beramai-ramai.

tempat kelahiran Rasulullah kini menjadi perpustakaan

Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk solat Jumaat di Masjidil Haram. Alhamdulillah kami datang awal dalam jam 11:00 pagi. Di sini agak pelik. Jam 12:00 (setengah jam sebelum mausk waktu), bilal azan Zohor. Kemudian khutbah, doa. Jam 12:30+ semasa sudah masuk waktu solat Zohor, azan sekali lagi. Kemudian sambung doa sikit, iqamah dan solat. Saya pun tak berapa faham. Yang penting susunannya pelik sikit daripada di Malaysia, mungkin kerana mazhab yang berbeza. 

Hari Jumaat, kami solat di Masjidil Haram. Alhamdulillah, sampai ke Isyak. Lepas Isyak balik, makan. 

19/2/2022 - Sabtu

Umrah ke-2 (Miqat di Jaaranah)

Pagi itu, kami solat Subuh di Masjidil Haram di tingkat 1. Oleh sebab hari itu kami perlu keluar awal, kami mengambil keputusan untuk membeli sarapan pagi di luar iaitu Nasi Arab Unta. Memang sedap sangat! Harganya cumalah 30 Riyal. Balik, cepat-cepat sarapan dengan Mak di hotel. 

Pada 7:30 pagi kami sudah berkumpul di lobi. Hari itu kami dibawa pergi Ziarah Luar Masjidil Haram. Kami melawat kawasan Haji iaitu Muzdalifah, Mina, tempat membaling Jamrah, dan sekitarnya. Mutawif hanya bercerita di dalam bas sahaja. Memang jauh sangat betul, dari tempat kita tinggal nak ke satu-satu tempat. Masya Allah tak dapat bayangkan betapa banyaknya berjalan. 

Di Bukit Arafah kami berhenti sebentar, ada perkongsian dengan Ustaz Don kemudian diakhiri dengan bacaan doa. Seterusnya kami dibawa ke Jaaranah untuk niat di Miqat Jaaranah. Alhamdulillah Ustaz Don membacakan niat dan kami ikut sahaja. Selepas itu, kami dibenarkan untuk mendaki Bukit Arafah dan makan aiskrim. Sempatlah kami daki rendah saja, menyentuk Bukit Arafah di mana Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim, Nabi Adam ada di sini. Ambil berkat. 

berada di Jabal Arafah

Tiba di hotel semula, kami berwuduk semula. Dan selepas makan, dalam jam 2:30 petang baru kami masuk ke Masjidil Haram, bergerak bersama-sama masuk ke dataran Kaabah. Sewaktu kami sedang mengerjakan Saie dari Bukit Marwah ke Bukit Safa, azan Asar berkumandang, lalu kami berhenti sebentar untuk menunaikan solat Asar berjamaah. Ada garis-garis saf di situ. Pastikan jemaah lelaki berada di saf lebih hadapan. Alhamdulillah kami bersama Ustaz Megat lagi sehingga bertahallul. Memang agak penat hari itu, selesai lebih kurang jam 5:30 petang. Kami memilih untuk pulang ke hotel untuk mandi dan merebahkan badan sebentar.

Saya dan mak solat Maghrib di hotel dan Abg Ajid solat Maghrib di Masjidil Haram. Saya tidur sebentar kemudian bila terbangun, saya pergi ke Rooftop Masjidil Haram. Saja melihat pemandangan dari sana. Hanya satu pintu saja dibuka untuk menuju ke Rooftop kerana banyak pembinaan yang sedang dijalankan. Eskulator agak sempit dan bahaya saya kirakan. Jika kalian datang dalam waktu terdekat ini, saya kira untuk orang berumur tidak berapa sesuai untuk ke sini sebab paling susah semasa selesai solat, lebih ramai daripada biasa. 

Selesai solat Isyak, kami pulang dan tidur di hotel. 

20/2/2022 - Ahad

Umrah ke-3 (Miqat di Qarnul Manazil)

Kami diajak pergi ke Taif. Kedudukan Taif dari Masjidil Haram adalah lebih dua marhalah, iaitu dalam 92km. Jika kita berjalan lebih dua marhalah keluar dari Tanah Haram, kita perlu menunaikan Tawaf Wada terlebih dahulu. Ingat ya, selepas selesai Tawaf Wada, kita tidak boleh solat di Masjidil Haram dan tidak boleh membeli apa-apa di kawasan kita tinggal (boleh beli di hotel kita sahaja - maksudnya lobi hotel sahaja). Oleh kerana kita melakukan Tawaf Wada pada waktu sebelum Subuh, Ustaz Aiman dan Ustaz Megat menyarankan kami supaya kami melaksanakan 6 pusingan tawaf wada sahaja, berhenti sebentar untuk solat Subuh. Kemudian selepas solat Subuh, sambung semula 1 pusingan. Jarak berhenti Tawaf Wada hanyalah sekadar dua rakaat solat, tidak boleh terlalu lama. 

Waktu ini, jemaah disarankan membuat umrah dari Qarnul Manazil sekembali dari Taif kerana mengikut syarat masuk ke Mekah dengan ihram. Jika jemaah tidak menunaikan Umrah miqat Qarnul Manazil, jemaah tidak boleh menunaikan umrah seterusnya. Jika hari seterusnya tiba-tiba berubah niat untuk menunaikan umrah lagi, maka dia perlu membayar dam sebanyak 350 Riyal. Namun umrah berikutnya itu sah dan tiada masalah. 

Pada pukul 7:30 kami berkumpul di lobi dan bergerak ke Taif. Taif adalah bandar di sebelah datuk baginda, Manaf. Baginda cuba untuk mengadu dengan suku di Taif kalau-kalau mereka boleh membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah. Namun, penduduk Taif tidak mahu menerima baginda dan membaling batu, sampai luka-luka baginda. Ketika itu baginda ditemani oleh Zaid bin Harithah, anak angkat baginda. Selebihnya kita cerita nanti ya. 

Masjid Qarnul Manazil, Taif

Di Taif, kami hanya naik bas sahaja dan Mutawif, Ustaz Arif Ashraff menceritakan sirah di Taif. Kami singgah solat sunat tahyatul masjid di Masjid Ibnu Abbas. Masjid Addas dan Masjid Kuuk hanya nampak bukit batunya sahaja, kami tak boleh lalu di kawasan itu. Masjid Addas ialah sempena sahabat Rasulullah, beliau yang menerima Islam ketika baginda berdakwah di Taif. Di saat orang lain tidak menerima, hanya Saidina Addas yang menerima yang waktu itu beliau seorang hamba dan memberi segugus anggur kepada Rasulullah. Masjid Kuuk pula masjid di mana Rasulullah bersandar sebentar di sini kemudian ada sebiji batu hendak mengikut baginda tapi baginda tidak izinkan, jadi terapung-apung batu itu. Untuk mengelakkan fitnah dan sihir, batu itu disandarkan dengan batu-batu lain. Jika batu-batu itu dirobohkan, sebenarnya boleh nampak ada sebiji batu yang terapung. Masjid Ibnu Abbas, dimana Saidina Abdullah bin Abbas disemadikan. Malangnya maqamnya sudah diratakan, kalau kita masuk masjid, memang sudah tidak nampak pun. Kemudian, kami diajak pergi ke kedai menjual kacang, gula-gula, perfume dan air teh. Beli juga sikit-sikit. Selepas itu, makan tengah hari di sebuah restoran. 

Selesai makan, otw kami singgah di kedai buah di tepi jalan, rambang mata dibuatnya. Dapat rasa buah free. Hehe. Okay selesai..... kami diajak ke Masjid Qarnul Manazil. Dalam kapal terbang hari itu, kami niat miqat dari atas udara, sekarang melalui jalan darat pula. Alhamdulillah selesai solat tahyatul masjid dan solat jamak taqdim Zohor Asar. 

Dalam pukul 5:00 petang kami tiba di hotel. Kami pergi menunaikan umrah sendiri dalam jam 5:15 petang selepas selesai solat Asar di Masjidil Haram. Jadi kami bersedia masuk ke dataran hadapan Kaabah dan solat Maghrib Isyak di situ. Isyak di sini jam 7:30 malam begitulah.

Selesai menunaikan solat Isyak, dalam jam 7:45 malam, kami memulakan tawaf umrah dan Saie. Memang agak lewat juga. Dalam jam 9:30 malam baru Umrah ke-3 kami selesai. Cepat-cepat kami ke dewan makan. Alhamdulillah masih dibuka terus kami makan. Sebab itu untungnya duduk di Hotel Safwah insya Allah memang tidak akan habis makanan. 

Sebenarnya ada sesi ke Gua Hirak hari itu, tetapi kami memilih untuk tidak menyertai dan berehat di hotel sahaja. 


21/2/2022 - Isnin

Umrah ke-4 (Miqat di Hudaibiyah)

Kami diajak pergi ke kawasan Hudaibiyah. Jam 9:00 pagi, kami ke Wadi Hudaibiyah, yang diterajui oleh orang Malaysia. Ada beberapa aktiviti di situ seperti menunggang kuda, menunggang unta, petting zoo (kucing, keldai, ayam, burung), aktiviti memanah dan makan sarapan pagi (nasi lemak). Kemudian, kami ke Masjid Hudaibiyah. Di sini Ustaz Don ada berkongsi cerita tentang perjanjian Hudaibiyah, dalam peristiwa Fathul Mekah, pembukaan kota Mekah. Tapak asal tempat perjanjian sudah dipindahkan di sebelah, beberapa langkah saja. Kami solat 2 rakaat di situ. 

Kami niat miqat di dalam bas dengan Ustaz Arif. Di dalam bas, ustaz ada cerita serba sedikit tentang sejarah di sekitar kawasan Hudaibiyah. 

Kami tiba di hotel pada jam 12:00 tengah hari. Kami solat Zohor di hadapan Kaabah. Ya Allah memang panas betul. Kami menyantuni Rasulullah macam mana baginda pergi berperang pada waktu panas. Walaupun suhu cuma dalam 25 darjah, tetapi panas dan kering kan, memang panas betul. Mak hampir hendak pitam mungkin. Selesai solat Zohor, kami memulakan tawaf umrah dalam jam 1:10 petang. 

Umrah keempat 2022

Kami selesai Umrah ke-4 dalam jam 2:30 petang. Ada sejam lagi masuk waktu Asar iaitu 3:30 petang. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Tempat makan sudah ditutup, jadi kami beli makanan tengah hari pada hari itu. Cepat-cepat bawa pulang ke hotel kemudian cepat-cepat mandi. 

Waktu solat Asar, kami solat di masjid. Oleh sebab aku mengantuk sangat-sangat, saya tertidur antara Asar dan Maghrib. Kami solat berjemaah Maghrib di kawasan under roof tetapi menghadap Kaabah di tingkat bawah. (ada tingkat bawah, tingkat 1, tingkat 2 dan roof top). Selesai solat Maghrib, saya bawa emak pulang ke hotel. 

Waktu solat Isyak, saya kembali solat Isyak di Masjidil Haram. Kemudian, kami makan di hotel bersama-sama. Waktu itu emak sudah tidur. Emak makan makanan tengah hari yang masih ada tadi, katanya sudah kenyang.

 

22/2/2022 - Selasa

Kami solat Subuh di Masjidil Haram hari itu. Sedih sebab hari terakhir di Mekah. Aku solat tahajjud di dataran Kaabah. Ya memang staff Masjid suka halau-halau kami. Setiap kali mereka halau, aku akan tawaf sekali, kemudian berhenti solat. Kemudian aku tawaf lagi, berhenti solat. Dan berterusan sampai waktu Subuh. Alhamdulillah Subuh di hadapan Kaabah. Syahdu sangat rasa nak menangis. 

Kami booked waktu Umrah pada jam 12 tengah hari untuk Tawaf Wada. Moga ini bukan tawaf terakhir kami dan bukan ziarah terakhir kami ya Allah. Kami pergi menunaikan tawaf wada selepas selesai menunaikan solat Zohor. Setelah selesai tawaf wada, jalan biasa kami lalu ditutup, jauh pula kami menapak. Tengok-tengok whatsapp, kami perlu memulangkan kunci hotel pada jam 2:00 petang. Gelabah betul. Jadi saya berlari dengan mak. Kasihan mak kerana perlu mengikut saya. Saya sudah menyuruh mak saya jangan berlari tetapi mak saya takut sesat jadi lari jugalah. Risau saya. Rupa-rupanya tiada orang lagi ! Penat juga berlari. Huhu. 

Selesai tawaf wada, kami tidak boleh membeli barang di kawasan tanah haram dan tidak boleh solat di Masjidil Haram lagi. Oh ya, tidak boleh tidur juga. Susah untuk aku yang suka tidur. Pukul 2:30 petang kami disuruh berkumpul, iaitu selepas selesai makan tengah hari. Cepat-cepat kami makan. Naik saja bas dalam jam 3:30 petang, abg Ajid dan mak tertidur, sedar-sedar jam 4:30 petang rupa-rupanya kami belum gerak pun kerana ada jemaah yang masih belum menyelesaikan Tawaf Wada. Tidak pasti kenapa. Oh ya, kami ada dua pilihan untuk ke Madinah, iaitu sama ada dengan bas ataupun dengan keretapi berkelajuan tinggi itu. 

KAMI BERGERAK KE MADINAH. ASSALAMUALAIKA AYYUHANNABIYU WARAHMATULLAHIWABARAKATUHU YA RASULULLAH....

27 Feb 2022

Plan Umrah Akan Datang - Insya Allah Jika Panjang Umur Dunia dan Umur Saya

Assalam wbt dan Hai,

Ada beberapa perkara yang saya belum dapat lakukan dengan sempurna. Semoga dapat datang lagi ke Haramain. Plan Umrah akan datang. Insya Allah. Susunan nombor bukan mengikut priority. 

1. Pergi menunaikan sendiri umrah dan miqat di Tanaeem

2. Pergi lawatan ke Gua Hirak di Mekah

3. Pergi lawatan ke Muzium Rasulullah di Mekah

4. Pergi lawatan ke Muzium Rasulullah di Madinah

5. Melawat sekitar Masjidil Haram, hotel tempat tinggal Sayidina Abu Bakar (Hotel Hilton) dan Sayidina Umar (Hotel di sebelahnya)

6. Melawat Masjid di mana Rasulullah solat kerana kemarau (beberapa meter saja dari Masjid Nabawi)

7. Membeli-belah di Mekah sahaja sebab jauh lagi murah dari di Madinah

8. Mesti memilih plan umrah yang duduk di Safwah Hotel ketika di Mekah dan di Madinah okay saja dengan apa-apa hotel

9. Naik skuter untuk tawaf dan saie ketika menunaikan umrah

10. Menunaikan badal haji untuk atuk. 

11. Melawat sekitar Masjid Nabawi iaitu sekitar Madinah seperti Telaga Iziq dll. 

12. Qiyamulail di Masjid Nabawi. Masa kami datang, jam 9 malam wajib keluar dari perkarangan masjid, masjid ditutup sehingga jam 4 pagi. Yang boleh masuk perkarangan masjid yang ada temu janji dengan Rawdah sahaja. 






Terima kasih. 

26 Feb 2022

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 8

بسم الله الرحمن الرحيم

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 8

Kredit Penulis dari Indonesia


Kehancuran Abrahah

Allahlah yang melindungi rumah suci-Nya. Ketika pasukan Abrahah bergerak mendekat, gajah Abrahah berhenti. Sekeras apa pun Abrahah memukulinya, gajah itu tetap duduk tenang, bahkan akhirnya berusaha berjalan lagi ke arah Yaman.

"Maju! Maju! Apa yang terjadi padamu?" bentak Abrahah pada tunggangannya. 

"Dalam berbagai medan pertempuran, belum pernah kamu mengecewakan aku seperti ini! Kamu bahkan tampak ketakutan! Ada apa sebenarnya?"

"Paduka! Ada yang datang dari arah laut!" teriak seorang prajurit sambil menunjuk-nunjuk panik.

Dalam kitab al-Khasha’ish disebutkan bahwa Ibn Sa’ad, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn ‘Asakir meriwayatkan dari Abi Ja’far Muhammad ibn Ali yang berkata bahwa peristiwa ini terjadi pada pertengahan bulan Muharram, antara kejadian ini dan kelahiran Nabi Muhammad  SAW adalah 55 hari.  

Dikisahkan bahwa kejadian penyerangan burung Ababil adalah ada segumpalan awan yang datang dari arah laut, sampai akhirnya mendekati pasukan gajah ini, ketika burung-burung ini persis di atas pasukan, batu-batu yang dibawa oleh pasukan burung dilontarkan dan menimpa pasukan gajah. Setiap seekor burung, membawa 3 buah batu, dua dikaki dan satu di paruh.  

Ada beberapa versi cerita, ada yang mengatakan bahwa mereka yang kena batu ini merasa gatal dan setiap digaruk, maka kulit dan dagingnya ikut terkelupas. Lalu tewas dengan sendirinya.

Ada juga yang mengatakan bahwa bebatuan yang dilempar ke tentara, jika mengenai kepala maka batu itu keluar dari dubur, jika mengenai badan bagian samping, maka batu itu akan menembus keluar dari bagian lainnya. Begitu seterusnya hingga luka itu membawa kematian yang sangat cepat.   

Hasilnya,  tidak ada satu orang pun dari tentara gajah yang selamat termasuk Abrahah Peristiwa ini Allah abadikan dalam surat Al Fil :

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Surah Al-Fil (105:1)

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ

Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka´bah) itu sia-sia? Surah Al-Fil (105:2)

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ

dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, Surah Al-Fil (105:3)

تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ

yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, Surah Al-Fil (105:4)

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ

lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat). Surah Al-Fil (105:5)

Wabah Penyakit

Sebagian ahli tafsir berpendapat bahwa yang dibawa burung itu adalah kuman kuman wabah penyakit cacar. Dalam beberapa hari saja seluruh pasukan mati dengan tubuh rusak seperti daun dimakan ulat. 
Abrahah berhasil kembali ke Yaman, tetapi tidak lama setelah itu ia pun mati seperti pasukannya.

Kembali ke Mekah

Abdullah bin Abdul Muthalib tidak jadi disembelih karena telah ditebus ayahnya dengan 100 ekor unta.

Abdullah adalah pemuda yang berwajah tampan. Kegagahan parasnya banyak menarik perhatian gadis-gadis Mekah. Apalagi setelah mereka tahu bahwa nyawa Abdullah telah ditebus dengan 100 ekor unta, suatu jumlah yang luar biasa yang tidak pernah dialami seorang pun sebelumnya. Walaupun banyak gadis yang berusaha menggodanya, kesopanan Abdullah tetap terjaga.

Gadis yang Meminang

Setelah penebusan Abdullah, Abdul Muthalib menggandeng tangan putranya menuju rumah Wahb bin Abdul Manaf. Wahb mempunyai seorang putri bernama Aminah. Abdul Muthalib sudah sepakat dengan Wahb untuk menikahkan putra-putri mereka.

Namun, di tengah jalan, seorang gadis cantik menegur Abdullah, "Engkau akan pergi ke mana, wahai Abdullah?"

"Aku akan pergi bersama ayahku."

Tanpa memedulikan Abdul Muthalib, gadis itu berkata, "Kulihat engkau memang dituntun ayahmu, tak ubahnya seperti seekor unta yang akan disembelih. Demi engkau, aku akan menerimamu jika engkau mau menikahi diriku sekarang juga."

Abdullah terperangah. Ia menatap gadis itu dengan gugup.

"Siapakah gadis ini? Pikir Abdullah, "dilihat dari pakaiannya yang dipenuhi perhiasan mahal, ia pasti seorang gadis bangsawan. Matanya yang hitam memancarkan sinar yang teduh seperti yang biasa dimiliki gadis-gadis berperangai lemah lembut dan penuh kasih sayang. Apa yang harus kukatakan kepadanya?"

Ketika Abdullah menoleh kepada ayahnya, dilihatnya Abdul Muthalib memberi isyarat agar Abdullah terus melangkah dan tidak menggubris sang gadis .

"Aku bersama ayahku." Aku tak kuasa menolak kehendaknya dan berpisah dengannya.

Abdullah kembali berjalan bersama ayahnya. Hatinya dipenuhi rasa iba dan simpati kepada gadis yang ditinggalkannya. 
Hari itu juga, Abdul Muthalib datang ke rumah Wahb bin Abdul Manaf. Mereka sepakat menjodohkan Abdullah dengan Aminah. 

Keesokan harinya, Abdullah bertemu lagi dengan gadis yang kemarin. Abdullah menyapanya, "Mengapa engkau tidak menyapaku seperti kemarin?"

Gadis itu menjawab dengan ketus, "Sinar berseri-seri yang kemarin kulihat pada wajahmu sudah tidak ada lagi. Karena itu, sekarang aku sudah tidak membutuhkanmu!"

Sinar Kenabian

Sinar berseri-seri yang dilihat sang gadis pada wajah Abdullah menurut sebagian ahli sejarah adalah sinar kenabian yang akan diturunkan Abdullah kepada putranya. Ketika Abdullah sudah dijodohkan dengan Aminah, maka gadis itu sudah tidak bisa lagi berharap akan memiliki putra yang kelak menjadi nabi.



BERSAMBUNG...

25 Feb 2022

Senarai Barang-Barang Yang Kami Bawa Untuk Umrah 2022

 Assalam wbt dan Hai,

Seriously saya fikir memang serious betul nak pergi umrah, semua benda kena baru. Sebenarnya kita boleh beli saja di sini dan harganya saya kirakan lebih kurang dengan harga Malaysia. Persediaan sepenuhnya boleh lihat entri saya di sini . Tipsnya adalah, apa pun baju, seluar, tudung yang kita bawa mestilah dipakai semuanya di Mekah dan Madinah. Jangan tinggal satupun tidak dipakai. 

Peringatan penting

1. Ingat duit simpan di mana 

2. Ingat kunci mangga di mana

3. Ingat kad hotel di mana

4. Ingat landyard travel umrah di mana


BENDA PALING WAJIB NAK DIBELI

👉 Uncang Kasut - mesti bawa ya! sebab kalau nak ke mana-mana pun kena ada uncang kasut. Kita masuk di pintu lain tetapi keluar dari pintu lain, jadi sebab itu kita masukkan kasut kita ke dalam uncang. Jadi mudah. Insya Allah.


PEREMPUAN

1. Baju jubah - 6 helai 

Memang saya bawa banyak sebab saya malas basuh. Sebenarnya dalam 4 helai sudah memadai. Satu pakai, satu basuh, satu ready untuk esok, satu ready untuk lusa. Ulang-ulang baju 4 helai itu. Baju kita tidak berbau sebab di Mekah Madinah, panas dan kering. Maka tak pakai deodoran pun tidak mengapa. Memang better tak pakai sebab kita perlu mengelakkan menghidu bau wangi ketika dalam ihram. 

Ada banyak kedai jual jubah di Mekah iaitu di Hotel Safwah, 5 helai 100 Riyal sahaja. Masya Allah murah bebenau. Jadi tak payah bawa banyak-banyak. Beli baru saja senang. Jimat ruang, ringan. 

2. Telekung - 2 helai 

Bawa telekung sebab mudah nak ke sana sini. Tak risau aurat, sebab kita nak berselisih dengan ramai lelaki. Yang sah kalau terpegang itu, saya ambil kalau tersentuh depan Kaabah saja, kalau tersentuh time depan hotel ke, kat kedai makan ke, masih batal ya. Jadi hati-hatilah gitu. 

3. Seluar panjang - 5 helai

Saya tukar-tukar sahaja seluar panjang di dalam jubah, ya memang tak boleh basuh sebab susah nak kering tetapi memang tidak berbau. Alhamdulillah. Jangan pakai jubah dengan inner seluar kerana mungkin tampak seksi. Kita kan nak beribadat.

4. Tudung Segera - 4 helai

Ya saya bawa 4 helai saja. Tak cukup boleh beli di Super Market. Harga serendah 20 Riyal sahaja.

5. Inner baju - 4 helai

Yang ini saya basuh selalu sebab tak selesa berpeluh-peluh walaupun tidak berbau. 

6. Inner seluar - 3 helai

Yang ini saya basuh selalu juga, dan saya pakai setiap kali pakai seluar panjang. Umrah bulan Februari memang sejuk sangat ya tuan-tuan dan puan-puan. Berlapis-lapis pakai. 

7. Pad dan Sanitizer

Bawalah banyak-banyak untuk memastikan bersih ya. 


LELAKI

1. Kain ihram - 3 pasang

Umrah pasca Covid agak leceh sedikit. Jadi untuk lelaki solat di dataran di hadapan Kaabah, perlu memakai kain ihram, jadi perlu ganti-ganti kan. Oleh itu bawa 3 pasang untuk ditukar ganti. 

2. Baju jubah - 2 helai 

Untuk pakai di Madinah sebenarnya, nampak kemas

3. Baju kurta - 4 helai

Untuk pakai di Mekah dan Madinah. Boleh berulang. Kalau tak cukup, beli saja. Harga di Mekah boleh dapat sekitar 50 Riyal. 

4. Seluar panjang - 2 helai hitam, 2 helai putih

Di Mekah dan Madinah susah ya nak jumpa seluar panjang, jadi perlu bawa banyak juga. 

5. Rida - 1 helai

Untuk dipakai di Madinah, nampak handsome, zuhud dan tawaduk betul. Insya Allah

6. Kayu sugi - 2 batang

Susah sikit nak merokok, jadi bersugilah untuk menghilangkan ketagihan merokok

7. Songkok - sekurang-kurangnya 1 pasang

Boleh dipakai ketika solat di Mekah dan di Madinah ketika tidak berihram.


SENARAI BARANG YANG SAMA UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Mask

Bawa yang jenis head loop terus, tak payah nak fikir terlupa bawa mask extender. Kemudian, bawa extra dalam beg hand carry kalian. 

2. Ubat-ubatan

👉 Panadol : 3-4 papan panadol. Oleh sebab perubahan cuaca, jadi kita memang cepat penat dan sakit kepala. 

👉 Cool Fever : sekali Umrah, 1 Cool Fever, gitu perkiraan saya. 

👉 Fisherman's Friends : sebanyak-banyaknya sebab memang kerap sakit tekak. Saya bawa 4 paket untuk 3 orang. 

👉 Himalaya Salt : sebanyak-banyaknya sebab penat. Saya bawa 3 paket untuk 3 orang

👉 Koyok : Saya bawa 3 paket yang dalamnya 10 pcs setiap satu. Memang sakit badan betul ya di sana 

👉 Krim Tiger Balm Active Muscle Rub : Saya bawa 2 pcs

👉 Inhaler nose : Ala yang Hurix tu kan, saya bawalah 3 pcs untuk 3 orang

👉 Krim untuk tapak kaki : Bawa 1 pc sahaja untuk dikongsi. Memang kering ya tapak kaki kita. 

👉 Lip balm : pilih yang tidak berbau wangi untuk bibir kering

👉 Ubat lain, seperti ubat ulser, ubat alergik, ubat darah tinggi, pil hormon (tahan period), ubat selesema, ubat angin, bergantung kepada situasi masing-masing ya. 

3. Wudhuk Spray

Sangat penting kalau nak berwuduk bila-bila. Di Masjidil Haram, masya Allah toilet jauh bangat sih. Jadinya memang kena ready takut terkentut, susah pula kamu. Pastikan simpan dahulu dalam beg bagasi yang di check in, kang tak pasal kena rampas kalau bawa naik atas kabin sebab selalunya wuduk spray ini saiznya lebih daripada 100ml. 

4. Baju Seluar Tidur - 2 pasang

1 pasang pakai 6 hari pertama, 1 pasang lagi dipakai pada hari ke-7 hingga pulang ke rumah. Kita jarang sangat berada di hotel, mungkin pakai ketika tidur yang dalam 2-3 jam sahaja. Buat apa nak bawa banyak-banyak. Kadang-kadang tertidur dengan jubah saja sebab penat sangat. 


5. Toiletries 

👉 Ubat gigi dan berus gigi : di hotel kami, tak berapa best, jadi kena bawa sendiri hehe

👉 Syampu dan sabun mandi : di hotel kan tak berapa best kan, sikit sangat, jadi bawa juga

👉 Pencuci muka 

👉 Sabun basuh baju : bawalah sebab kita nak basuh baju

👉 Sikat rambut

👉 Deodoran : Pakai ketika di Madinah hehe, nak wangi-wangi nak jumpa Rasulullah

👉 Pelembap muka : malam-malam boleh pakai kalau kulit kita kering

👉 Pencukur semua bulu

👉 Pemotong kuku


6. Barang-barang lain

👉 Tali khemah : untuk buat tali gantung baju (kalau ada tempat yang dirasakan sesuai, selalunya di toilet)

👉 Plug adapter : sesetengah hotel tak ada plug Malaysia, kebetulan kami ada plug 3 pin terus, jadi mudah

👉 Extension cable : tempat kami ada 1 saja plug, ya hampun nasib baik bawa extension cable

👉 Gunting : untuk bertahallul

👉 Mangga kunci : kalau beg susah nak dikunci

👉 Beg extra : confirm beg akan beranak di Mekah nanti. Haha. maksudnya, confirm kita akan membeli belah nanti, jadi perlukan beg extra. Kalau beli beg di Mekah dan Madinah sebenarnya agak mahal berbanding beli di Malaysia. Beli yang jenis lipat (foldable) jadi mudah sikit. 

👉 Tisu : Ready dalam 100ply x 2 dah okay kot. Saya bawa banyak gila tapi tak digunakan 

👉 Wet Tissue : Ready 2 paket seorang dah okay. Kalau tak cukup, beli saja di Ben Dawood

👉 Undergarments secukupnya. Hehe

👉 Selipar extra : Di sini selipar susah nak cari. Jadi kami bawa siap-siap. 

👉 Sweater : Kalau kalian tidak tahan sejuk boleh bawa. Saya juga tak tahan sejuk tapi saya suka sejuk jadi saya tak pakai sweater. Sejuk bulan Februari mencecah 14 darjah celcius. Cuma sebab sejuk, panas dan kering jadi tidak rasa sesejuk Cameron yang menggigil itu, sejuk seperti di dalam aircond yang nyaman tetapi selesa. Tak tahu nak khabar macam mana tetapi okay saja kalau tak pakai sweater. 


TAK PERLU BAWA

👉 hair dryer : sudah disediakan di hotel, tak sempat guna pun sebab busy sangat

👉 iron : memang tak ada tapi tak sempat iron betul, busy sangat

👉 termos : tak payah bawa rupanya, memang ada heater di hotel, mudah nak masak air panas

👉 towel : tak perlu tak mengapa sebab kita memang boleh request di lobi.


Semoga bermanfaat.


Terima kasih. 

24 Feb 2022

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 7

بسم الله الرحمن الرحيم

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 7

Kredit Penulis dari Indonesia

Penyerbuan

Ternyata, apa yang diharapkan Abrahah tidak terjadi. Orang-orang Arab sudah sangat mencintai rumah purba Ka'bah sehingga mereka tidak dapat berpaling ke rumah suci yang lain, betapa pun indahnya bangunan itu dibuat. Orang-orang Arab merasa ziarah mereka tidak sah jika tidak mengunjungi Ka'bah. Bahkan, penduduk Yaman sendiri tidak mengindahkan rumah suci baru itu. Seperti biasa, mereka tetap berbondong-bondong berziarah ke Mekah.

"Tidak ada jalan lain!" geram Abrahah.

"Gerakkan pasukan gajah kita! Serbu dan hancurkan Ka'bah! Aku sendiri yang akan memimpin! Jika bangunan tua itu hancur dan rata dengan tanah, orang orang Arab tidak akan punya pilihan lain selain datang ke tempat kita!"

Sang Penguasa Yaman memang ditakuti orang karena pasukan gajah yang dimilikinya. Abrahah sendiri naik di atas gajah yang paling besar dan kuat.

"Maju!" perintahnya.

Terompet pun membahana dan bumi seolah-olah pecah oleh gemuruh pasukan yang maju ke medan perang. 
Mendengar keberangkatan pasukan ini untuk menghancurkan Ka'bah, penduduk Jazirah Arab terkejut. Walaupun tahu pasukan Abrahah begitu kuat, jiwa kepahlawanan orang-orang Arab menjulang tinggi di hadapan musuh.

Dzu Nafar, seorang bangsawan Arab, mengerahkan masyarakatnya untuk menahan gerak maju Abrahah. Akan tetapi, ia dikalahkan dan ditawan. 

Nufail bin Habib Al Khath'ami memimpin pasukan Kabilah Syahran dan Nahis. Namun, ia juga dikalahkan dan dijadikan penunjuk jalan pasukan Abrahah.

Al Qullayus

Al Qullayus adalah nama gereja yang dibangun Abrahah agar orang tidak lagi pergi ziarah ke Mekah, tetapi ke gereja ini. Mengetahui maksud Abrahah ini, bangsa Arab marah karena kecintaan mereka pada Ka'bah sudah mendarah daging. 

Sementara itu, seseorang dari suku Kinani malah pergi memasuki Al Qullayus dan membuat kerusakan di dalamnya. Peristiwa inilah yang memicu Abrahah untuk menghancurkan Ka'bah.

Sikap Penduduk Mekah

"Kita lawan mereka, Abdul Muthalib! Berikan peringatan kepada setiap orang untuk bertempur!"

Orang-orang Quraisy di Mekah panik. Mereka meminta pendapat Abdul Muthalib untuk bertempur. Abdul Muthalib tahu, sekeras apa pun mereka melawan, semuanya akan sia-sia. Pasukan Mekah akan ditaklukkan. Karena itu, ia menjawab dengan bijak, 

"Tidak, kita tidak akan mampu. Seorang utusan Abrahah telah tiba dan menyampaikan keterangan bahwa Abrahah tidak akan memerangi kita. Abrahah hanya ingin menghancurkan Ka'bah. Kita akan selamat jika tidak menghalanginya. Aku sarankan semua orang pergi mengungsi ke gunung-gunung di sekeliling kota."

Abdul Muthalib kemudian mendatangi markas Abrahah bersama beberapa orang pemuka Mekah.

"Kembalikan unta-unta kami yang dirampas pasukanmu," kata Abdul Muthalib kepada Abrahah.

"Akan kukembalikan unta-unta itu! Apakah ada hal lain yang engkau minta?" tanya Abrahah.

"Urungkan niatmu untuk menghancurkan Ka'bah. Jika engkau mau, kami akan berikan sepertiga harta dari daerah Tihama yang subur."

Abrahah menggeleng, "Tidak."

"Kalau begitu, kami serahkan pengamanan Ka'bah kepada Tuhan pemilik Ka'bah!" jawab Abdul Muthalib, lalu dia pergi.

Kini kota Mekah kosong. Penduduknya telah mengungsi. Jalan lebar terbuka bagi Abrahah untuk menghancurkan Ka'bah yang letaknya sudah di depan mata. Tidak ada yang mampu menghalangi kekuatan sebesar itu

Catatan !

Abrahah Al Asyram

Abrahah Al Asyram bukanlah penduduk asli Yaman. Ia datang dari negeri Habasyah di Afrika, kemudian menduduki Yaman.
70.000 pasukan Habasyah yang dipimpin Aryath berhasil mengalahkan Yaman. Akan tetapi, Aryath kemudian dibunuh oleh Abrahah. Sejak itulah Abrahah memerintah Yaman.



BERSAMBUNG...

23 Feb 2022

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 6

بسم الله الرحمن الرحيم

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 6

Kredit Penulis dari Indonesia

Tebusan Seratus Unta

Dengan mem"baja"kan hati, Abdul Muthalib menuntun Abdullah menuju sebuah tempat didekat sumur Zamzam yang terletak di antara dua berhala Isaf dan Na'ila. Di tempat itulah biasanya orang orang Mekah melakukan pengurbanan hewan untuk dewa-dewa mereka. 

Namun, masyarakat semakin keras menghalangi Abdul Muthalib melakukan niatnya. Akhirnya, kekerasan hatinya pun luluh.

"Baiklah, tetapi apa yang harus kulakukan agar berhala tetap berkenan kepadaku?"

"Kalau penebusannya dapat dilakukan dengan harta kita, kita tebuslah," kata Mughirah bin 
Abdullah dari suku Makhzum.

Setelah diadakan perundingan, mereka sepakat menemui seorang dukun di Yatsrib. "Berapa tebusan kalian?" tanya dukun wanita itu. 

"Sepuluh ekor unta." 

"Kembalilah ke negeri kalian. Sediakan tebusan 10 ekor unta. Kemudian undi antara unta dan anak itu. Jika yang keluar nama anakmu, tambahlah jumlah untanya, kemudian undi lagi sampai nama unta yang keluar."

Mereka pulang dengan lega dan segera mengundi dengan anak panah. Ternyata yang keluar adalah nama Abdullah. Mereka menambahkan tebusan unta dan mengundi lagi. Ternyata, lagi lagi nama Abdullah yang keluar. Demikianlah, Abdul Muthalib menambah dan menambah terus jumlah unta. Ketika jumlah unta sudah mencapai 100 ekor, barulah nama 
unta yang keluar.

"Dewa sudah berkenan," seru orang orang. 

"Tidak," bantah Abdul Muthalib. "Harus dilakukan sampai 3 kali." 

Akhirnya, setelah 3 kali dikocok, yang keluar adalah nama unta. 100 ekor unta itu pun disembelih dan dibiarkan begitu saja tanpa disentuh manusia dan hewan karena mereka beranggapan bahwa unta itu untuk dewa 

Keturunan Dua Orang yang Disembelih

Diriwayatkan dari Rasulullah bahwa beliau bersabda, "Aku adalah anak dua orang yang disembelih." Yang dimaksud oleh beliau adalah Nabi Ismail nenek moyangnya, dan Abdullah ayahnya. 

Si Penguasa Yaman

Saat Abdul Muthalib memimpin Mekah, ada sebuah peristiwa dahsyat. Kejadian ini bermula dari Yaman, sebuah negeri yang terletak jauh di sebelah selatan Mekah. Saat itu, Yaman diperintah oleh seorang penguasa bernama Abrahah Al Asyram.

"Aku tidak habis pikir, mengapa setiap tahun seluruh bangsa Arab datang ke tanah Mekah?" seru Abrahah kepada para menterinya. 

"Paduka tahu, di sana ada sebuah bangunan bernama Ka'bah. Bangunan tua itu begitu disucikan oleh penduduk Jazirah Arab sehingga mereka tidak dapat berpaling darinya. Ke sanalah mereka pergi beribadah menyembah para dewa sepanjang tahun," jawab salah seorang menteri.

"Apa istimewanya bangunan tua yang terbuat dari batu kasar itu? Aku ingin negeri kita, Yaman, mempunyai sebuah rumah suci yang akan membuat bangunan tua di Mekah itu menjadi tidak berarti lagi dan dilupakan orang!"

"Namun, apa mungkin kita bisa membuat rumah suci baru yang bisa menandingi Ka'bah?" 

"Mengapa tidak? Buat sebuah gereja yang sangat indah! Hiasi dengan perlengkapan paling mewah yang kita miliki! Gerbang emas, jendela perak, lantai pualam yang berkilau!

Semuanya! Kerahkan seluruh ahli bangunan! Aku ingin gereja itu selesai dalam waktu singkat!" Tidak lama kemudian, berdirilah sebuah gereja seindah yang diinginkan Abrahah. Sang Penguasa Yaman itu mengunjunginya dengan rasa puas.

"Lihat, tidak lama lagi, seluruh orang Arab akan datang ke sini!" kata Abrahah kepada bawahannya, "bahkan orang orang Mekah akan melupakan rumah tua mereka begitu melihat bangunan seindah ini!"

Bendungan Ma'rib

Penduduk asli Yaman adalah kaum Saba. Sebelum datangnya Islam, negeri Yaman telah terkenal dengan kemajuan teknologi bangunannya. Salah satu bangunan yang amat terkenal adalah Bendungan Raksasa Ma'rib. Ketika bangunan ini jebol, banjir besar melanda daerah sekitarnya sehingga para penduduk terpaksa pindah ke negeri lain.




BERSAMBUNG...

22 Feb 2022

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 5

بسم الله الرحمن الرحيم


KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 5

Kredit Penulis dari Indonesia



Bernadzar

Abdul Muthalib bernadzar, "Kalau saja aku mempunyai 10 anak laki-laki, kemudian setelah semuanya dewasa, aku tidak memperoleh anak lagi seperti ketika sedang menggali Sumur Zamzam, maka salah seorang diantara 10 anak itu akan kusembelih di Ka'bah sebagai kurban untuk Tuhan."

Ternyata takdir memang menentukan demikian. Abdul Muthalib akhirnya mendapat 10 orang anak laki-laki. Setelah semua anak berangkat dewasa, ia tidak memperoleh anak. Dipanggilnya kesepuluh orang anak itu, termasuk si bungsu Abdullah yang amat disayangi dan dicintainya.

"Aku pernah bernadzar untuk menyembelih salah seorang di antara kalian jika Tuhan memberiku 10 orang anak laki-laki."

Kesepuluh anaknya terdiam. Mereka memahami persoalan itu. Mereka juga melihat kebingungan yang luar biasa di mata ayah mereka yang berkaca-kaca.

"Namun, aku tidak bisa menentukan siapa di antara kalian yang harus kusembelih. Oleh karena, aku berniat memanggil juru qidh untuk menentukannya."

Di hadapan patung dewa tertinggi Ka'bah, juru qidh (Nanak panah) meminta setiap anak menulis namanya masing-masing di atas qidh. Kemudian, ia mengocok anak panah tersebut di hadapan berhala Hubal. Nama anak yang keluar adalah Abdullah.

Melihat itu, serentak orang orang Quraisy datang dan melarangnya melakukan perbuatan itu.

"Batalkan keinginanmu, Abdul Muthalib! Mohon ampunlah kepada Hubal supaya kamu bisa membatalkan nadzarmu!"

Sanggupkah Abdul Muthalib menyembelih anak kesayangannya, apalagi tidak ada orang yang menyetujui niatnya itu?

Menemukan Zamzam

Malam harinya, dengan tubuh lelah, Abdul Muthalib tertidur. Tiba-tiba, dalam tidur, dia bermimpi mendengar suara yang bergema berulang-ulang, "Temukan Sumur Zamzam itu, wahai Abdul Muthalib! Temukan Sumur Zamzam! Temukan!"

Abdul Muthalib terbangun dengan keyakinan dan semangat baru. Esoknya, dia mengajak Harits menggali dan menggali lebih giat. 
Rasa heran orang-orang Quraisy yang melihatnya berubah menjadi tawa.

"Kasihan Abdul Muthalib, mungkin dia sudah kehilangan akal sehatnya!" kata mereka satu sama lain.

Suatu saat, ketika mereka sedang menggali di antara berhala Isaf dan Na'ila, air membersit.

"Air! Harits! Lihat, ada air!" seru Abdul Muthalib saking kagetnya.

"Ayo kita gali terus, Ayah! Ayo gali terus!"

Ketika mereka menggali lebih dalam, tampaklah pedang-pedang dan pelana emas yang pernah ditaruh oleh Mudzaz bin Amr dahulu. Melihat penemuan itu, orang-orang Quraisy datang berbondong-bondong.

"Abdul Muthalib, mari kita berbagi air dan harta emas itu!" pinta mereka.

"Tidak! Tetapi, marilah kita mengadu nasib di antara aku dan kamu sekalian dengan permainan qidh (anak panah). Dua anak panah buat Ka'bah, dua buat aku, dan dua buat kamu. Kalau anak panah itu keluar, dia mendapat bagian. Kalau tidak, dia tidak mendapat apa-apa."

Usul ini disetujui. Juru qidh mengundinya di tengah-tengah berhala di depan Ka'bah. Ternyata, anak panah Quraisy tidak ada yang keluar. Pemenangnya adalah Abdul Muthalib dan Ka'bah. Oleh karena itu, Abdul Muthalib dapat meneruskan tugasnya mengurus air dan keperluan para tamu Mekah setelah Sumur Zamzam memancar kembali.

Mengingat beratnya tugas itu. Abdul Muthalib sangat ingin agar dia mempunyai banyak anak laki-laki yang dapat membantunya.

Pedang dan Pelana Emas

Abdul Muthalib memasang pedang-pedang itu di pintu Ka'bah, sedangkan pelana-pelana emas ditaruh di dalam rumah suci itu sebagai perhiasan.



BERSAMBUNG...

21 Feb 2022

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 4

بسم الله الرحمن الرحيم

KISAH RASULULLAH NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 4

Kredit Penulis dari Indonesia


Harta Abdul Muthalib

Setelah tumbuh dewasa, Abdul Muthalib pun menjadi seorang pemuka Mekah sebagaimana Hasyim, bapaknya.

Sementera itu, ketika Hasyim meninggal, hartanya dikuasai oleh Naufal, adiknya yang terkecil. Setelah  dewasa, Abdul Muthalib hendak meminta harta ayahnya, tetapi Naufal menolak. Abdul Muthalib pun meminta bantuan kerabat ibunya yang tinggal di Yatsrib. Orang-orang Yatsrib mengirimkan 80 pasukan berkuda. Naufal pun ketakutan dan menyerahkan harta Hasyim kepada Abdul Muthalib.

Pada zaman pemerintahannya, Abdul Muthalib melakukan sebuah perbuatan yang akan dikenang orang sepanjang zaman. 

Sumber Air Mekah

Abdul Muthalib adalah pengurus air dan makanan bagi tamu-tamu yang datang ke Mekah. Setelah ratusan tahun Sumur Zamzam tertimbun, air harus didatangkan dari beberapa sumur yang terpencar-pencar di sekitar Mekah.

Menggali Sumur Zamzam

Saat itu, Sumur Zamzam telah terkubur dan dilupakan orang selama ratusan tahun. Namun, Abdul Muthalib tidak pernah lupa pada sejarah Mekah, bahwa dulu pernah ada mata air yang menghidupi Mekah, mata air yang memancar keluar oleh kaki Ismail.

"Aku harus menemukannya!" fikir Abdul Muthalib. "Aku harus menemukan kembali Sumur Zamzam yang telah dilupakan orang! Apalagi aku bertugas menyediakan air dan makanan bagi penduduk Mekah."

Fikiran seperti itu tidak pernah hilang dari benaknya, "Aku harus menemukannya! Aku harus menemukannya!"

Setelah itu, Abdul Muthalib mengambil tembilang (alat untuk menggali bertangkai panjang) dan memanggil putra satu-satunya, "Harits, temani ayah mencari dan menggali kembali Sumur Zamzam!"

Harits mengangguk. Kemudian, mereka mulai mencari di mana dulu letak Mata Air Zamzam berada. Setelah beberapa kali mencoba menggali di beberapa tempat, Sumur Zamzam tidak juga ditemukan.

"Ayah, mungkin Sumur Zamzam memang telah hilang," kata Harits.

"Tidak Nak, Ayah yakin Sumur itu masih ada! Kita harus menemukannya! Orang-orang Mekah akan hidup lebih baik jika Sumur Zamzam ada di tengah kita!"

Dengan gigih keduanya pun terus mencari sumur Zam-Zam. Orang-orang Quraisy, penduduk asli Mekah, melihat perbuatan mereka dengan heran.

"Mengapa engkau masih terus menggali, Abdul Muthalib? Bukankah dulu nenek moyang kita, Mudzaz bin Amr pernah menggalinya, tapi tidak berhasil?"

Abdul Muthalib menaruh tembilangnya dan duduk. Ya, ratusan tahun yang lalu Mudzaz bin Amr mertua Nabi Ismail عليه ااسلام pernah mencoba menggali Zamzam tapi tidak berhasil. Padahal, saat itu Mudzaz telah mempersembahkan sesaji berupa pedang dan pelana berpangkal emas agar Sumur Zamzam ditemukan. 




BERSAMBUNG...