Banyak juga pasaraya menjual baju sekolah dan seragam koko sekolah yang kita boleh katakan mampu milik dan agak murah. Pilihan kami ialah Hari-Hari sebab ada kain cotton. Kebanyakannya memang jual jenis licin, kain kashibo. Kain cotton memang senang nak koyak tapi selesa hehe... Serap peluh. Sepasang baju sekolah yang murah berharga dalam lingkungan RM30-RM40.... Lebih daripada itu, aku kira mahallah juga. Kita nak beli dua tiga pasang, jadi yang mampu milik.
Pasaraya yang jual murah-murah memang ramai gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee manusia yang datang membeli tak kiralah waktu hari berkerja ke, hujung minggu lagilah. Jadi belilah awal sikit, takut saiz pun dah tak ada. Nak nak yang anaknya darjah 1 dan tingkatan 1.
1. Hari-Hari
2. Longwan
3. Pasarayaku
4. Sakan
5. Ten Ten
6. Green Point
7. Uniform Pelangi
8. Pasaraya Kawanmu
9. Karnival
10. Mydin
11. Billion
12. Aeon Big
13. Giant
14. Shopee - kedai apa-apa janji murah
Kalau yang agak mahal sikit tapi kata orang berkualiti
1. Canggih
2. Professor
3. Kaunselor
4. Outpost
5. Aeon Jusco
YA, SEMUANYA ADA DI SELANGOR. Silalah google alamat yang berdekatan dengan anda...... Nasib baik ECO tak ada baju sekolah, kalau ada, mau orang lagilah serbu ke sana. Hehehehe...
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment