Assalam wbt dan Hai,
Berdasarkan pengalaman semasa check in BEG di KLIA, Umrah Februari 2022. Semua jemaah perlu memastikan mempunyai dokumen ini:
1. salinan result swab test (yang kita buat 48 jam sebelum terbang)
2. salinan passport (muka surat pertama yang ada gambar muka)
3. salinan lengkap vaksinasi (dos 1, dos 2, booster - pastikan booster bukan sinovac, takut ada masalah sikitlah)
4. salinan muqeem (isi dahulu baru print) https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home
5. salinan e-visa (dokumen ini akan diberikan oleh mutawwif atau ejen travel)
jadi print siap-siap di rumah ya, nanti tak adalah kalut nak cari printer. kalau belum print, kat klia 1, boleh print di level departure, kedai hujung, sebelah 7E, photostate sekeping harganya RM2. moga dipermudahkan urusan đŸ˜€
Oleh sebab kami tidak print semua dokumen yang disuruh, maka kalut nak print, ke sana ke sini. Pukul 820 malam sepatutnya flight terbang tapi kena delay sampai 920 malam. Kemudian, kami selesai dalam pukul 9 malam, nak pergi gate C27. Ya Allah, C27 kena naik train. Sempat ke tak sempat, sempatkan juga. Sampai-sampai di kawasan C22, memang perlu ke toilet jadi pergi juga. Selesai saja qada hajat, terus check in. Dalam 10 minit duduk di tempat duduk no 48 (jumlah tempat duduk terisi ialah 51), terus terbang. Hehe. Sikit lagi nak kena tinggal. Alhamdulillah kami sempat masuk. Sudah duduk, ramai rupanya jemaah yang tertinggal di airport sebab masalah teknikal. Moga mereka dapat terbang ke Mekah dan Madinah.
Apa yang saya nampak, jika kalian ada vaksin dos 1 (Sinovac), dos 2 (Sinovac) dan dos 3 (Sinovac), kalian perlu menjalankan kuarantin di Jeddah selama 3 hari. Sayang pula kan. Jadi pastikan booster Pfizer atau AZ atau Moderna. Arab Saudi tak bagi booster Sinovac, tak pasti kenapa tak nak percaya vaksin China. huhu
Dalam kapal terbang MAS memang makan sedap-sedap. 2 kali makan. Masuk kapal saja dah dapat hidangan pertama. Solat maghrib dan isyak terpaksa di dalam kapal terbang, solat duduk dan tunai. Yelah, kita kan menghadap ke arah Kaabah, sudah hadap qiblat. Jadi perlu berwudhuk terlebih dahulu, wudhuk guna spray air saja. Berapa banyak rukhsah kita dapat dari Allah untuk memudahkan beribadat. Alhamdulillah.
Sampai di Mekah jam 4:30 pagi, check in hotel, Subuh di hotel kemudian, sarapan di hotel. Dalam jam 8 pagi, kami diarahkan berkumpul di depan WC3 (WC itu toilet hehe). Kemudian masuk bersama-sama ke dataran Kaabah bersama mutawif. Alhamdulillah.
Dari Malaysia 16/2/2022
Sampai di Mekah 17/2/2022
Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment