TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

25 Mar 2022

Senarai Pusat Pelupusan Al Quran di Selangor

 Assalam wbt dan Hai,

Tahukah kalian, ada 3 cara untuk melupuskan Al-Quran. 

1. Yang pertama dengan cara merendam dalam air sehingga semua tulisannya hilang. Agak payah juga dan lama.

2. Yang kedua dengan cara menanam Al-Quran, pastikan tempat yang kita tanam tidak dipijak oleh sesiapa. Agak payah juga, nak cari gunung mana?

3. Yang ketiga dengan membakar Al-Quran dan hanyutkan di sungai atau lautan. Cara membakar tidaklah terlalu mudah, pastikan semua sekali memang terbakar. Pastikan asap yang terkeluar hanya asap sahaja, bukan abunya terbang-terbang seperti habuk. 

Jangan ambil mudah ya. Memelihara kesucian Al-Quran sangat penting buat kita umat Islam.

ehsan facebook

Saya susunkan senarai Pusat Pelupusan Al-Quran yang ada di Semenanjung Malaysia.

Harga proses pelupusan ini bergantung kepada tempat. Ada yang kira sekilo dan ada yang kira setiap 10kilo. Jadi kalian perlu siap-siap membawa wang. Kalau bawa lebih lagi baik. Moga-moga boleh membantu. Setakat ini hanya ada 4 tempat sahaja di Selangor. Jika ada lagi, nanti saya kemaskinikan kemudian ya. 

1. Pusat Perkhidmatan Pelupusan Ayat Suci Al-Quran, Cheras. Link FB
Alamat: Lot 6213, Kampung Batu 10, 43200 Cheras, Selangor
No Telefon: 03-26933049

2. Pusat Perkhidmatan Pelupusan Ayat Suci Al-Quran, Rawang. Link FB
Alamat: 52, Jalan Seroja 5d/3, Taman Seroja, 48300 Rawang, Selangor.
No Telefon: 019-2866622

Harga: RM4/10kg

3. Darul Kalam yang terletak di dalam kawasan Raudhatul Sakinah, Batu Caves. 
Alamat: Tanah Perkuburan Islam, Lebuhraya KL-Karak, Taman Selasih, Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor.
No Telefon: 03-22749333 sambungan 1410

4. Pusat Pelupusan Al-Quran Riyadh Restu, Kuang Link FB
Alamat: Lot 2154, Lorong Setia 3, Bt 19, Jalan Kuang, 48050 Kuang, Selangor
No Telefon: 019-4807069 (En Latiff Majid)

Harga: RM8.00/1kg



Terima kasih. 

1 comment:

andak said...

mekasih info, sangat berguna