Assalam wbt dan Hai,
Dapat offer letter dari start up company?
Dapat offer letter dari company baru?
Perlu accept ke kerja di company baru?
Aku ingin berkongsi pengalaman aku. Aku diterima untuk berkerja di sebuah syarikat swasta bertaraf start-up iaitu umurnya setahun jagung sahaja, dalam setahun saja umurnya. Aku kenal dengan pemilik syarikat kerana mereka pernah berkerja di syarikat yang sama dengan aku. Mereka memang menjanjikan bulan dan bintang. Mereka kata, aku akan menjadi salah seorang pioneer dalam company mereka nanti. Pioneer itu maksudnya menjadi pelopor company atau pengasas syarikat atau senang kata, ahli paling lama, kemudian akan jadi manager suatu hari nanti. Selain menekankan work life balance, iaitu boleh kerja di rumah, tiada punch card dll. Ini adalah janji-janji palsu yang akan ditaburkan oleh company start up kepada orang yang dia nak ambil berkerja. Mereka juga mengatakan yang mereka mendapat projek besar bernilai jutaan ringgit yang membuatkan aku kagum seketika. Tanpa fikir panjang, aku pun terima.
Sayang seribu kali sayang, sebenarnya projek pun tiada. Work life balance, ya memang boleh masuk sesuka hatimu tetapi mesti kena masuk office setiap hari juga, lokasinya jauh dari rumah aku. Kalau aku masuk office, aku menganga seorang pandang dinding, staff cuma tiga orang. Aku dan dua orang boss aku. Boss tidak memberi kerja-kerja yang serius. Lebih kepada admin dan management. Yang kriktikal dan teknikal semua dia tapau. Padahal sepatutnya aku diberi tunjuk ajar kepada tugasan itu. Semakin lama, semakin bosan. Setahun tiada buat apa-apa. Memang gaji jalan tapi semakin hari semakin sedikit. EPF pun tak bayar sebab tak banyak job. Hampir tiada job. Akhirnya aku berhenti sebab company memang tak boleh bertahan, dengan mendapat tuntutan mahkamah lagi. Innalillah. Ini adalah keputusan yang paling teruk aku buat dalam hidup. Aku melepaskan gaji yang besar untuk berkerja dengan company so called work life balance, sudahnya makin menyusahkan hidup aku. Waktu PKP 1.0 pula, memang susah nak cari kerja. Ya sampai sekarang aku masih mencari kerja. Kalau tak ada kerja juga nanti akan datang, aku rasa aku perlu kerja jadi packager/sorter di Gudang Lazada dekat kawasan rumah aku saja.
Nasihat aku, kalau korang sudah berkerja lama dan gaji sudah banyak, jangan sesekali masuk company start up. Tak kisahlah korang kenal ke dengan owner, atau korang rasa boleh memberi work life balance ke, tak payahlah sebab its not easy to work as pioneer. Semua benda kau belajar dari management, admin, HR, procurement, tapi bila nak tulis kat resume, dia jadi tak berapa nak valid, jadi penyebab makin kena tanya dengan penemuduga. Gaji korang kebanyakan akan downgrade kalau kerja di sini. Jadi tolong lupakan please.... Jangan jadi macam aku.
Kalau korang fresh graduate atau baru 1 atau 2 tahun berkerja, its up to you to work as pioneer in start up company. Korang boleh tukar bila-bila aje. Gaji start up company pun lebih kurang saja gaji korang. Nanti kalau korang fed up, boleh apply kerja lain.
Itu saja yang aku nak kongsikan. Moga ada yang baca coretan aku andai kata, mungkin berada di dalam situasi yang sama dengan aku.
No comments:
Post a Comment