TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Feb 2022

Motivasi Rejab 1443H - Bagaimana Nak Komen Kalau Ada Kawan Cerita Banyak Dugaan

Assalam wbt dan Hai,

Selalunya kita akan dengar begini.

"Jangan selalu bersungut, sebab itu Allah bagi kau banyak dugaan.
Selalulah bersyukur agar kau diberi nikmat bertambah-tambah".

Bagi pendapat saya, ayat pertama itu kurang tepat. Ada sebahagian manusia, solat dhuha 3 bulan istiqamah, selawat 100 kali 3 bulan istiqamah, selawat tafrijiyah 3 kali selepas solat selama 3 bulan dan lain-lain lagi contoh, tup tup terus dimakbulkan doanya oleh Allah. Ada dikongsi di status whatsapp, di lontaran tweet dan sebagainya. Kemudian viral. Banyak sangat contoh. Jadi, orang yang masih berdoa dan belum dimakbulkan akan terasa sedih dan hampa. Kerana ramai lagi doa yang bertahun-tahun tetapi Allah belum makbulkan.

Saya ada dengar ceramah ustaz, ada beberapa sebab doa yang tidak dimakbulkan. Salah satunya ialah sebab Allah rindu dan suka mendengar hambaNya merintih dan berdoa. Jadi ada baiknya ulang semula cerita ini. Ustaz kata lagi, ada sebahagian hambaNya berdoa tidak terlalu lama, Allah cepat-cepat makbulkan sebab Allah benci suara dia meminta. Jadi yang berdoa lama-lama belum dimakbulkan, Allah nak uji. Allah uji maknanya Allah sayang, Allah ingat pada kita. Kalau Allah tak bagi ujian bukan bermakna Allah sayang tetapi mungkin Allah lupa pada kita. Waiyyazubillah. 

Selain itu, Ada juga komen begini.
"Allah bagi ujian kepada kamu tak dapat kerja tetapi rezeki kamu pada anak-anak, anak-anak kamu baik".

Pendapat saya seterusnya jangan bandingkan rezeki. Duit dan anak-anak bukan perkara yang sama. Bila bandingkan begini seolah-olah kita berkira-kira dengan rezeki yang Allah bagi. Aku ada itu, kau ada ini. Aku tak ada itu, kau ada ini. Seolah-olah kita bersyukur, eh tak jadi bersyukur, eh nak bersyukur pula. Lebih baik, kita gunakan ayat yang lebih simple, "Sesuatu yang baik bagi kamu, belum tentu baik di sisi Allah. Sesuatu yang buruk bagi kamu tetapi sebenarnya baik di sisi Allah". Insya Allah, jawapan lebih menyeluruh.

Kesimpulannya nak bagi nasihat kepada orang, jangan terus serkap jarang, bila bersungut sebab itu Allah bagi dugaan. Sebaliknya positifkan yang Allah sayang pada kamu, sebab itu belum dimakbulkan. Sabar, dan sabar dan terus sabar. Jangan putus asa dengan Allah. Allah itu ada. Kalau kita putus asa dengan Allah maka Allah akan putus asa dengan kita. 

Contohnya macam saya, saya juga salah seorang yang masih berusaha berdoa. Saya selalu mengamalkan solat dhuha memang tak tinggal berbelas tahun, tetapi Allah masih uji saya belum dapat kerja yang baik walaupun saya datang dari universiti yang bagus dan saya juga adalah pelajar yang pandai. Sekarang pun sedang menganggur. Jadi, saya masih cuba bersabar, bersyukur, bersangka baik kepada Allah dan saya ulang-ulang setiap hari. Mungkin saya tak glamour langsung di dunia ini tetapi tinggi kedudukan saya di sisi Allah. Insya Allah Aamiin.



Moga semua orang yang membaca ini diberkati oleh Allah.


Terima kasih. 

No comments: