TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

4 Nov 2022

Tukar Alamat Pada Geran Kena Bayar RM50 di JPJ

Assalam wbt dan Hai

Iye, kalau korang tengok geran kereta korang salah alamat ke, salah nama ke, salah apa-apa lah, korang boleh datang ke JPJ untuk tukar info. Ye, boleh saja datang bila-bila. Lepastu, korang perlulah bawa salinan bil ke, sebab nak buat reference, in case pegawai JPJ ada minta. Lepastu, bawa juga salinan IC siap-siap wokey? 

Untuk JPJ Shah Alam, terus ke Bahagian 5 (belah kanan), bahagian geran kereta. Sebelum ambil giliran, kena isi borang untuk tukar maklumat terlebih dahulu. 

Selepas kita isi borang seperti yang diminta, nanti akan buat pengesahan cap jari melalui mesin cap jari. Confirm dengan alamat baru, nanti Pegawai JPJ tanya nak print ke tak nak? Kalau tak nak print, alamat baru terus dikemaskini, kiranya lesen baru nanti korang dah ada alamaat baru lah. Kalau korang nak print, kena isi borang print geran, lalu kena bayar RM50 untuk print geran baru. Geran lama akan disimpan / dibuang oleh pihak JPJ, kira korang boleh bawa satu geran yang sudah dikemaskini saja. Hah gitu. Mudah kan?

Jangan lupa bawa kad debit, sebab JPJ guna my debit untuk semua urusan, tunai tidak diterima!



Kami datang awal dalam jam 9 pagi, kebetulan tak ramai orang. Dalam 30 minit saja sudah selesai urusan. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Terima kasih. 

No comments: